Muruku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Muruku
A Traditional Tamil Snack Murukku.jpg
Muruku
Tempat asalIndia
KawasanJaffna, Tamil Nadu, Kerala, Batticaloa, Andhra Pradesh
Masakan negara yang berkaitanIndia, Sri Lanka
Bahan utamaTepung beras, tepung urad dal, garam, minyak
di Wikibuku Buku Masakan: Muruku  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Muruku

Muruku (Tamil: முறுக்கு, murukku; Malayalam: മുറുക്ക്) ialah sejenis makanan dari subbenua India yang terkenal di kawasan India Selatan serta Sri Lanka. Perkataan muruku berasal dari perkataan bahasa Tamil yang bererti "berpusar", merujuk kepada bentuk makanan tersebut. Makanan ini masyhur dalam kalangan penduduk Tamil Nadu, Kerala dan Andhra Pradesh dan dikira sebagai salah satu makanan unggul dalam masyarakat Tamil.[1] Selain itu, makanan ini juga terkenal di kawasan dengan jumlah penduduk Tamil yang banyak seperti Malaysia, Singapura dan Fiji.

Pemasakan[sunting | sunting sumber]

Muruku lazimnya diperbuat daripada tepung beras atau tepung urad dal sebelum diproses menjadi doh. Doh tersebut pula dibentuk menjadi bentuk berpusar, sama ada dengan menggunakan tangan ataupun dengan acuan. Pusaran doh yang terhasil kemudiannya digoreng celur di dalam minyak sayuran.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Muruku Manapparai merupakan sejenis muruku terkenal yang berasal dari Manapparai, Tamil Nadu. Kerajaan Tamil Nadu bercadang untuk memberikan status penunjuk geografi terhadap muruku Manapparai pada tahun 2010.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "செய்முறை" (dalam bahasa Tamil). Dicapai 22 Ogos 2015. 
  2. ^ "Geographical indication tag for 'Mannapparai Murukku' sought". The Hindu (dalam bahasa Inggeris). Chennai, India. 25 Oktober 2010. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Muruku di Wikimedia Commons