Mi bandung
![]() Mi Bandung Muar. | |
Nama alternatif | Mi Bandung Muar, Mi Bandong Muar, Mee Bandong, Mee Bandung, Mee Bandung Muar, Mee Bandong Muar |
---|---|
Jenis | Mi |
Tempat asal | ![]() |
Kawasan | ![]() |
Dicipta oleh | ![]() |
![]() ![]() |
Mi bandung/Mee bandong (Jawi: مي باندوڠ ) adalah masakan tradisional terkenal di Malaysia yang berasal daripada Muar, Johor.[1][2][3]
Etimologi[sunting | sunting sumber]
Perkataan 'bandung' berasal daripada maksud perkataan tersebut yang bererti 'berganda', 'berkembar' atau 'berpasangan' di mana sesuatu bergandingan atau bercampuran dengan sesuatu yang lain.[4] Umpamanya seperti 'Sirap Bandung' untuk minuman susu bergandingan dengan sirap berperisa ros ataupun 'Rumah Berbandung' untuk rumah berkembar (semi-D).[5] Manakala, daerah Muar diketahui dan dikenali ramai adalah tempat asal-usulnya Mi Bandung.[2][6][7][8]
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Mi Bandung pada asalnya ketika dahulu adalah masakan gandingan mi kuning dan telur ditambah dengan kuah pekat yang dibuat daripada ramuan campuran cili, bawang tumisan bersama rempah ratus, belacan dan udang kering.[9] Ia kemudiannya ditambah-baik dengan bahan-bahan seperti udang, daging, kuih ikan dan sayuran.[3][10] Versi khas ("spesial") telah dihasilkan mengikut peredaran masa dengan penambahan bahan seperti udang galah, udang karang (lobster) atau tulang besar kaki lembu yang dikenali juga sebagai Gear Box.[3][11]
Ia juga lebih gemar dan lazim dikenali sebagai 'Mi Bandung Muar' yang telah menjadi makanan terkenal dan kegemaran di merata Malaysia juga termasuk negara jiran Singapura[12][13], namun adalah diakui dan diketahui umum Mi Bandung asli yang berasal dari Muar masih adalah yang terbaik dan terpilih untuk dijamah.[2][3][14][15][16] Ia juga dikatakan adalah kegemaran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail, mantan Presiden Singapura S R Nathan dan juga cef selebriti antarabangsa serta usahawan restoran Chef Wan.[17]
Mi Bandung tidak seharusnya dikelirukan dan disalah-anggapkan berasal atau berkaitan dengan Bandung, suatu tempat di Indonesia kerana kedua-duanya adalah tiada hubungan langsung meskipun namanya serupa digelar sedemikian.[5][18]
Galeri[sunting | sunting sumber]
Mi Bandung House di Kuala Lumpur.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Muar Mee Bandung". We Love Muar. Dicapai pada 15 November 2018.
- ^ a b c "Mee Bandung Muar Abu Bakar Hanipah @ Wah San Kopitiam". Vkeong.com - Malaysian Food & Travel Blog. 26 November 2012. Dicapai pada 15 November 2018.
- ^ a b c d Azalea. "Mee Bandung Muar: A Homemade Recipe: How To Make Mee Bandung Muar: History of Mee Bandung Muar". LokaTaste (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 April 2021.
- ^ "Online Keyword Search: Bandung", Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017, dicapai pada 6 April 2021
- ^ a b Di Malaysia : Bandung Mempunyai Arti Berbeda (dalam bahasa Indonesia), Jakarta Indonesia: Mahfudz Tejani: Memaparkan Apa Yang Patut Di Paparkan, 5 July 2014, dicapai pada 6 April 2021
- ^ Dania Zainuddin (17 Oktober 2016). "'More Pages From My Past' papar kisah kehidupan membesar era 50an dan 60an". Astro Awani. Dicapai pada 13 April 2021.
- ^ "Terus Diwarisi". Mi Bandung Abu Bakar Hanipah Muar. 27 September 2015. Dicapai pada 13 April 2021.
- ^ "Mee Bandung". Mee Bandung Hjh Milah Muar. Dicapai pada 13 April 2021.
- ^ "Mee Bandung Muar Abu Bakar Hanipah @ Muar, Johor" (dalam bahasa Inggeris). Eatophilia.com. 27 February 2018. Dicapai pada 15 November 2018.
- ^ Dato' Mohd Anim Hosnan (4 August 2011). "MEE BANDUNG MUAR". Anim Agro Technology. Dicapai pada 15 November 2018.
- ^ Nurul Hani. "5 Restoran Mi Bandung Asli dan Terbaik di Johor". Saji.My. Dicapai pada 15 April 2021.
- ^ "Pelancong/Makanan dan Hidangan/Mi bandung", Portal Rasmi Kerajaan Johor Darul Takzim, Johor, Malaysia: Kerajaan Negeri Johor, 5 March 2009, diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-15, dicapai pada 5 April 2010
- ^ Mee Bandung Muar (Malaysian Bandung Noodles), What To Cook Today, dicapai pada 13 April 2021
- ^ Beh Heng Jian (4 November 2018). "Best Mee Bandung in PJ". Food Advisor. Dicapai pada 15 November 2018.
- ^ Murano 3.5L X-CVT crossover mewah Nissan, Oleh JOHARDY IBRAHIM, 17/04/2010, Utusan Malaysia.
- ^ Johor Cuisine/Food
- ^ Shaiffulazhar Misri (23 January 2013). "Memang Umph! Mee Bandung Muar". Harian Metro. Dicapai pada 15 November 2018 – melalui Berita Muar Dan Ledang.
- ^ Nurul Hidayati (2007-06-04), Mee Bandung di Kuala Lumpur, Jakarta Indonesia: DetikNews, diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-21, dicapai pada 2010-04-05
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Mee Bandung Muar: A Homemade Recipe: How To Make Mee Bandung Muar: History of Mee Bandung Muar - dalam bahasa Inggeris
- Resipi Mi Bandung Diarkibkan 2014-11-02 di Wayback Machine