Teh bunga kekwa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Teh bunga kekwa
Chrysanthemum tea.JPG
JenisTea herba

Nama lain
  • Teh bunga
  • Gukhwa-cha
  • júhuā-chá
AsalAsia Timur (China)

Penerangan kilatSecawan teh bunga kekwa

Suhu100 °C
Tempoh2‒3 minit
Regional names
Nama Cina
Bahasa Cina: 菊花茶
Nama Korea
Hangul: 국화차
Hanja: 菊花茶
Nama Melayu
Bahasa Melayu: teh kekwa
Nama Tamil
Bahasa Tamil: saamandhi
Nama Thai
Bahasa Thai: น้ำเก๊กฮวย
RTGS: nam kekhuai
Nama Vietnam
Bahasa Vietnam: trà hoa cúc

Teh bunga kekwa atau ringkasnya teh bunga adalah minuman berasaskan seduhan bunga kekwa, baik dari spesies Chrysanthemum morifolium mahupun Chrysanthemum indicum, yang popular di Asia Timur dan Tenggara. Ia boleh didapati secara terus disajikan panas, namun juga dijual sejuk secara berbungkus dalam kotak atau tin.

Air minuman ini dicatatkan mula dikembangkan pada zaman dinasti Song.[1]

Penyediaan[sunting | sunting sumber]

Kuntum-kuntum bunga kekwa yang telah dikeringkan direndam dalam air panas (biasanya 90 hingga 95 darjah Celsius setelah disejukkan dari mendidih) baik dalam teko, cawan, atau gelas; air ini ditambah dengan gula batu atau gula tebu juga ditambah serta kadangkalanya goji sebagai penambah perisa. Minuman yang dihasilkan tampak lutsinar berwarna kuning pucat hingga terang dengan aroma bunga yang harum.

Ada adat yang menyatakan air ini boleh diminum berulang kali dengan menuangkan air panas ke bunga seduhan dalam bekas menghasilkan teh yang sedikit kurang kuat; proses ini sering diulang beberapa kali.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Campbell, Dawn L. (1995). The tea book. Gretna: Pelican Publishing. m/s. 116. ISBN 978-1-56554-074-3.