Asam pedas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Asam pedas
Lauk asam pedas ikan tongkol (Minangkabau: ambu-ambu asam padeh).
JenisFish stew, hidangan ikan, masakan Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianSajian utama
Tempat asal}
Kawasan/rantauMalaysia
Masakan berkaitanMalaysia,[1][2][3] Malaysia[4] dan Singapura[5]
Suhu penghidanganSuhu bilik atau panas
Bahan utamaIkan dimasak dalam sup masam dan pedas
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Asam pedas (Jawi: اسم ڤدس; Minangkabau: asam padeh) ialah sejenis lauk berasaskan ikan berperisa masam dan pedas dipercayai dari masakan orang Minangkabau di barat pulau Sumatera; ia turut meluas dalam kalangan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu[6] (terutamanya di Melaka dan Johor), pulau Sumatera (terutamanya Riau, Jambi dan Sumatera Selatan) sampai sejauh Kalimantan Barat[7] di Borneo.

Setiap jenis asam pedas serata kawasan-kawasan ini mempunyai rasa dan tekstur tersendiri bergantung kepada bahan yang digunakan.[8]

Pembuatan[sunting | sunting sumber]

Ramuan[sunting | sunting sumber]

Cara memasak[sunting | sunting sumber]

Cara untuk membuatnya cili kering, bawang merah dan putih, halia dan belacan dikisar atau ditumbuk lumat. Serai dan lengkuas diketuk dan bunga kantan dibelah empat. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dan lengkuas tadi kedalam periuk sehingga naik baunya dan garing. Jangan pula hangus. Selepas itu masukkan air asam jawa mengikut banyak atau sedikit sukatan masakan. Ikan yang telah dibersihkan dimasukkan sehingga mendidih. Akhir sekali masukkan serai, daun kesum, bunga kantan, asam gelugur/asam jawa atau daun limau purut.

Kebiasaan masakan asam pedas bukan sahaja di hidangkan untuk keluarga di rumah malah masakan ini juga terdapat di kedai-kedai makan, restoran, juga di hotel-hotel yang terkemuka di negeri Melaka dan Johor. Lauk ini lazim dimakan bersama nasi di banyak tempat serantau melainkan masyarakat Pulau Lingga yang menjamah bersama lempeng sagu yang mampu mereka perolehi berbanding beras pada zaman dahulu.[9]

Perbezaan[sunting | sunting sumber]

Perbezaan di antara asam pedas utara Malaysia dan selatan Malaysia ialah penggunaan asam. Asam jawa yang pekat lebih biasa digunakan di negeri selatan dan asam gelugur atau asam keping lebih biasa di negeri-negeri di utara.

Variasi asam pedas juga berbeza bergantung kepada tempat. Asam pedas ikan adalah lebih popular di penempatan berhampiran laut di mana makanan laut adalah mudah didapati dalam keadaan banyak, murah dan segar. Walau bagaimanapun, asam pedas daging dan ayam juga terkenal di beberapa tempat dan biasanya bergantung kepada bahan mentah yang mudah didapati.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Boi, Lee Geok (15 September 2017). Asian Seafood (dalam bahasa Inggeris). Marshall Cavendish International Asia Pte Ltd. ISBN 978-981-4794-08-4.
  2. ^ "Ikan Asam Pedas Pontianak, Jenis menu masakan masyarakat Melayu". idntimes.com. 2 November 2020. Dicapai pada 22 September 2020.
  3. ^ Arman, Dedi (26 May 2019). "Pedasnya Ikan Asam Pedas Melayu". kebudayaan.kemdikbud.go.id. Dicapai pada 22 September 2020.
  4. ^ "3 Most Popular Western Malaysian Seafood Dishes".
  5. ^ Zainul Abidin Rasheed; Wan Hussin Zoohri; Norshahril Saat, penyunting (2020). Beyond Bicentennial: Perspectives On Malays. Singapura: World Scientific Publishing. m/s. 323–325. ISBN 978-981-121-250-5.
  6. ^ "Serba-serbi RM Padang: Dari Rendang sampai Rahasia Saji". Kompas. 28 Disember 2020. Dicapai pada 7 Januari 2021.
  7. ^ "Ikan Asam Pedas Pontianak, Jenis menu masakan masyarakat Melayu". Direktorat Warisan dan Diplomasi Budaya. 2 November 2019. Dicapai pada 24 September 2020.
  8. ^ Awal Faiz. "Beza Asam Pedas Melaka Dan Johor". Saji.
  9. ^ Faris Joraimi (Apr–Jun 2021). "Mother Island: Finding Singapore's Past in Pulau Lingga". BiblioAsia. Jil. 17 no. 4. National Library Board. m/s. 30–35.CS1 maint: date format (link)