Pergi ke kandungan

Laluan Ampang dan Sri Petaling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laluan Ampang
لالوان امڤڠ
Laluan Sri Petaling
لالوان سري ڤتاليڠ
Kereta api berhenti di stesen Awan Besar
Kereta api berhenti di stesen Awan Besar
Umum
Nama lainInggeris: Ampang and Sri Petaling lines
Cina: 安邦线和大城堡线
Tamil: அம்பாங் வழித்தடம்–செரி பெட்டாலிங் வழித்தடம்
JenisTransit aliran
SistemRapid KL - LRT KL Sistem 1 (LRT1)
StatusBeroperasi
LokasiLembah Klang
Terminal AG01  SP01  Sentul Timur (utara)
 AG18  Ampang (timur)
 SP31  KJ37  Putra Heights (barat daya)
Stesen36 + 2 stesen simpanan
Perkhidmatani) Sentul Timur - Ampang
ii) Sentul Timur - Putra Heights
Penumpang harian170,814 (suku ke-4, 2018)[1]
Penumpang60.96 juta (2018)[1]
Nombor laluan3 dan 4
Laman sesawangmyrapid.com.my
Operasi
Dibuka16 Disember 1996; 29 tahun yang lalu (1996-12-16)
Sambungan terakhir30 Disember 2016; 9 tahun yang lalu (2016-12-30)
PemilikPrasarana Malaysia
PengendaliRapid Rail
CiriBertingkat dan searas tanah
DepotDepoh Ampang
Depoh Kuala Sungai Baru
Stok kereta apiPengangkutan rel ringan bersendi CSR Zhuzhou
50 set kereta api enam gerabak[2]
Lebar: 2.65 m (8 ka 8 in)
Panjang: 84 m (276 ka)
Teknikal
Panjang landasan45.1 km (28.0 bt)
Tolok landasan1,435 mm (4 kaki 8 12 in) tolok piawai
PengelektrikanRel ketiga, 750 VDC
Kelajuan operasiPurata: 60 km/j (37 mph)
Peta laluan

Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling ialah laluan kereta api alihan laju ketiga dan keempat di Lembah Klang. Ia merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang, di mana laluan ini dari Sentul Timur sehingga ke Ampang dan Putra Heights. Nama Laluan Ampang dinamakan sempena terminalnya iaitu stesen Ampang manakala bagi Laluan Sri Petaling, ia dinamakan sempena bekas stesen terminalnya, Sri Petaling.

Pada awal rangkaian ini bermula iaitu pada 1992, sistem ini dikenali sebagai LRT STAR (singkatan bagi Sistem Transit Aliran Ringan). Setelah syarikat Rapid Rail mengambil alih operasi sistem ini pada 2005, nama sistem ini ditukar untuk merujuk kepada dua cabang sistem ini iaitu Laluan Ampang dan Sri Petaling.

Map
Jajaran LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling

Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, laluan-laluan Ampang dan Sri Petaling ditunjukkan dengan warna jingga dan merah manggis berserta petunjuk bernombor 3 dan 4 masing-masing.

Rangkaian laluan tersebut terdiri daripada landasan sepanjang 45.1 kilometer (28.0 bt) dengan 36 buah stesen dan dua stesen simpanan. Rangkaian ini juga menggunakan tolok landasan piawai dan kereta api separa automatik, merupakan yang pertama seumpamanya di Lembah Klang.

Senarai Stesen

[sunting | sunting sumber]

Laluan Ampang

[sunting | sunting sumber]
Kod Stesen Jenis Platform Pandu dan Rantau Khidmat bas perantara Pertukaran/catatan Lokasi
Fasa Pemanjangan: Dibuka pada 6 Disember 1998.
 AG1  SP1  Sentul Timur Sisi T180  Terminal utara.

Stesen permulaan perkongsian laluan dengan 4 LRT Laluan Sri Petaling.

Kuala Lumpur
 AG2  SP2  Sentul T180 
GO KL Laluan Merah Manggis
 AG3  SP3  MR11  PY17  Titiwangsa 254 
Melalui MRT Titiwangsa:
170 201 
Pertukaran ke  PY17 Stesen Titiwangsa MRT Laluan Putrajaya.

Pertukaran ke  MR11 Stesen Titiwangsa Monorel KL.

 AG4  SP4  PWTC ML88
Fasa Pertama: Dibuka pada 16 Disember 1996.
 AG5  SP5  Sultan Ismail Sisi Kuala Lumpur
 AG6  SP6  Bandaraya Melalui SOGO KL:

100 
103 
104 
120 
151 
171 
173 
200 
202 
ML81
ML83
ML88
GO KL Laluan Biru

Sambungan ke  KA03  Stesen Bank Negara KTM Komuter.
 AG7  SP7  KJ13  Masjid Jamek 180 
190 
300 
303 
851 
Pertukaran ke  KJ13 Stesen Masjid Jamek LRT Laluan Kelana Jaya.
 AG8  SP8  KG17  Plaza Rakyat Melalui Pudu Sentral:

AEROBUS

Pertukaran ke  KG17 Stesen Merdeka MRT Laluan Kajang.
 AG9  SP9  MR4  BBCC - Hang Tuah Pertukaran ke  MR4 Stesen Hang Tuah Monorel KL.
 AG10  SP10  Pudu 400 
T418 
420 
421 
450 
580 
590 
 AG11  SP11  PY24  Chan Sow Lin Pulau T418 
T419 
590 
Pertukaran ke  PY24  Stesen Chan Sow Lin MRT Laluan Putrajaya.

Stesen terakhir perkongsian laluan dengan 4 LRT Laluan Sri Petaling.

 AG12  Miharja Sisi
 AG13  KG22  Maluri ✓ (Melalui MRT) T352 
400 
T400 
T401 
402 
450 
Pertukaran ke  KG22  Stesen Maluri MRT Laluan Kajang.
 AG14  Pandan Jaya T352 
 AG15  Pandan Indah Ampang, Selangor
 AG16  Cempaka
 AG17  Cahaya AJ2A
 AG18  Ampang Pulau 300 
T301 
T302 
303 
T304 
AJ2A
DS01
Terminal timur.

Laluan Sri Petaling

[sunting | sunting sumber]
Kod Stesen Jenis Platform Pandu dan Rantau Khidmat bas perantara Pertukaran/catatan Lokasi
Fasa Pemanjangan: Dibuka pada 6 Disember 1998.
 SP1  AG1  Sentul Timur Sisi T180  Terminal utara.

Stesen permulaan perkongsian laluan dengan 3 LRT Laluan Ampang.

Kuala Lumpur
 SP2  AG2  Sentul T180 
GO KL Laluan Merah Manggis
 SP3  AG3  MR11  PY17  Titiwangsa 254 
Melalui MRT Titiwangsa:
170 201 
Pertukaran ke  PY17 Stesen Titiwangsa MRT Laluan Putrajaya.

Pertukaran ke  MR11 Stesen Titiwangsa Monorel KL.

 SP4  AG4  PWTC ML88
Fasa Pertama: Dibuka pada 11 Julai 1998.
 SP5  AG5  Sultan Ismail Sisi Kuala Lumpur
 SP6  AG6  Bandaraya Melalui SOGO KL:

100 
103 
104 
120 
151 
171 
173 
200 
202 
ML81
ML83
ML88
GO KL Laluan Biru

Sambungan ke  KA03  Stesen Bank Negara KTM Komuter.
 SP7  AG7  KJ13  Masjid Jamek 180 
190 
300 
303 
851 
Pertukaran ke  KJ13 Stesen Masjid Jamek LRT Laluan Kelana Jaya.
 SP8  AG8  KG17  Plaza Rakyat Melalui Pudu Sentral:

AEROBUS

Pertukaran ke  KG17 Stesen Merdeka MRT Laluan Kajang.
 SP9  AG9  MR4  BBCC - Hang Tuah Pertukaran ke  MR4 Stesen Hang Tuah Monorel KL.
 SP10  AG10  Pudu 400 
T418 
420 
421 
450 
580 
590 
 SP11  AG11  PY24  Chan Sow Lin Pulau T418 
T419 
590 
Pertukaran ke  PY24  Stesen Chan Sow Lin MRT Laluan Putrajaya.

Stesen terakhir perkongsian laluan dengan 3 LRT Laluan Ampang.

 SP12  Cheras Sisi T401 
GO KL Laluan Hijau Nuri
 SP13  Salak Selatan 580 
 SP14  Bandar Tun Razak
 SP15  KB05  KT2  Bandar Tasik Selatan 581  Sambungan ke  KB05  Stesen Bandar Tasik Selatan KTM Komuter dan KTM ETS.

Sambungan ke  KT2  Stesen Bandar Tasik Selatan KLIA Transit.

 SP16  PY29  Sungai Besi T559 
T560 
Pertukaran ke  PY29  Stesen Sungai Besi MRT Laluan Putrajaya.
 SP17  Bukit Jalil ✓ (Melalui Stadium Bukit Jalil) T580 
652 
 SP18  Sri Petaling T563  Bekas terminal selatan.
Fasa Pemanjangan: Dibuka pada 31 Oktober 2015.
 SP19  Awan Besar Pulau T580 
651 
652 
PAVBJ
Kuala Lumpur
 SP20  Muhibbah Sisi 651 
 SP21  Alam Sutera T581  Puchong, Selangor
 SP22  Kinrara BK5 541 
SJ03
 SP23  Kinrara BK3 Stesen rizab.
Fasa Pemanjangan 2: Dibuka pada 31 Mac 2016.
 SP24  IOI Puchong Jaya Sisi T600 
602 
T604 
Puchong, Selangor
 SP25  Pusat Bandar Puchong T604 
SJ02
 SP26  Taman Perindustrian Puchong 506 
600 
602 
T604 
 SP27  Bandar Puteri T605 
 SP28  Puchong Perdana T601 
602 
 SP29  Puchong Prima T601 
602 
T603 
 SP30  Kampung Sri Aman Stesen rizab.
 SP31  Putra Heights Pulau 752  Terminal selatan.

Pertukaran ke  KJ37  Stesen Putra Heights LRT Laluan Kelana Jaya.

Subang Jaya, Selangor
Landasan LRT di Chan Sow Lin, stesen pertukaran antara kedua-dua laluan LRT. The Exchange 106 yang siap dibina kelihatan di latar belakang

Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling yang dahulunya dikenali sebagai LRT STAR (singkatan bagi Sistem Transit Aliran Ringan), adalah sebuah laluan tren dengan dua cabang yang bermula di stesen Sentul Timur sehingga ke stesen Ampang dan stesen Sri Petaling melalui stesen Sow Lin station.

LRT STAR mula dicadangkan dalam Pelan Induk Pengangkutan 1981, apabila kerajaan mencadangkan sebuah rangkaian laluan LRT lines menghubungkan pusat bandar Kuala Lumpur dengan kawasan sekeliling.[perlu rujukan] Sebuah perjanjian telah dimeterai antara kerajaan dan STAR pada Disember 1992.[3]

Sistem asal (27.4 km) terdiri daripada 25 stesen yang akan dibina dalam dua fasa. Fasa I (12.5 km) terdiri daripada 13 (AmpangSultan Ismail) dan sebuah depoh berhampiran stesen Ampang. Fasa II (15 km) terdiri daripada 12 stesen (Chan Sow LinSri Petaling, dan Sultan IsmailSentul Timur). Fasa I menelan kos sebanyak RM1.27 billion dan siap 5 bulan lebih awal daripada jadual manakala Fasa II menelan kos sebanyak RM 2.23 billion.[3] Fasa I dibuka secara percuma selama 9 hari kepada awam pada 8 Disember 1996 dan kutipan tambang bermula pada 16 Disember 1996.[4] Fasa II pula bermula operasi pada 11 Julai 1998.[perlu rujukan] Mengikut pelan asal, STAR akan bina, miliki dan mengurus STAR LRT tetapi STAR menghadapi masalah kewangan dan terpaksa diselamatkan oleh kerajaan.[5]

Jadi, pada tahun 2002, Prasarana mengambil alih laluan ini dan menukar nama LRT STAR ke laluan STAR. Operasi laluan ini dipindahkan kepasa Rapid KL pada tahun 2004[perlu rujukan] dan laluan ini telah dijenamakan semula kepada Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling Line pada tahun 2005.[perlu rujukan] Laluan Ampang mengambil laluan cabang antara stesen Sentul Timur dan stesen Ampang, manakala Laluan Sri Petaling mengambil laluan cabang antara stesen Sentul Timur dan stesen Sri Petaling.

Pada tahun 2006, kerajaan mengumumkan projek Perluasan Laluan Ampang. Perluasan ini terdiri daripada 11 stesen baharu di sepanjang 17.7 kilometer landasan bertingkat daripada stesen Sri Petaling. Projek ini akan melanjutkan terminus Laluan Sri Petaling line dari Sri Petaling ke Putra Heights.[6] Tidak seperti laluan asal yang menggunakan sistem signal Fixed-block, laluan dibawah projek perluasan ini akan menggunakan sistem signal Pengawalan Tren Secara Komunikasi (CBTC). Oleh itu, apabila empat stesen pertama dan empat stesen seterusnya yang masing-masing dibuka pada 31 Oktober 2015 and 31 Mac 2016, terdapat servis tren berasingan antara stesen Sri Petaling dan stesen Bandar Puteri.[7][8] Pengsignalan semula perlu dilakukan pada laluan asal sebelum laluan dibawah projek penyambuan dapat disatukan dengan laluan asal. Thales telah diberikan kontrak pada 3 September 2012 untuk menaik taraf sistem signal di laluan asal. Penaiktarafan sistem signal ini siap pada Julai 2016.[9][10]

Garis Masa

[sunting | sunting sumber]
  • 13 November 1992 – Sistem Transit Aliran Ringan Sdn Bhd (STAR LRT) diperbadankan untuk melaksanakan projek LRT pertama di Kuala Lumpur.
  • 22 Disember 1992 – Persetujuan francais antara kerajaan Malaysia dan STAR LRT ditandatangani bagi pembangunan, milikan dan pengendalian sistem LRT.
  • 30 Ogos 1994 – Kerja-kerja pembinaan projek dimulakan secara rasmi.
  • 16 Disember 1996 – Fasa 1 antara stesen-stesen Ampang dan Sultan Ismail memulakan operasinya.
  • 11 Julai 1998 – Laluan cabang dari stesen Chan Sow Lin ke stesen Sri Petaling memulakan operasinya. Cabang ini membentuk sebahagian daripada aliran Sentul Timur-Sri Petaling.
  • 6 Disember 1998 – Sambungan dari stesen Sultan Ismail ke stesen Sentul Timur dimulakan operasinya.
  • 1 September 2002 – Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) mengambil alih milikan dan pengendalian STAR LRT di bawah fasa pertama langkah penstrukturan semula pengangkutan awam di Kuala Lumpur. SPNB menamakan semula sistem ini sebagai STARline.
  • November 2004 – Pengendalian STARline diambil alih oleh RapidKL. Milikan aset-aset kekal dengan SPNB.
  • 19 Julai 2005 – RapidKL mengumumkan bahawa kedua-dua aliran STARline dinamakan semula sebagai Aliran Ampang dan Sri Petaling. Segala papan tanda berkenaan akan ditukar menjelang tahun 2006.
  • 28 Nowember 2011 – Tiket Aliran Ampang, Aliran Kelana Jaya dan KL Monorail diganti sepenuhnya dengan token perjalanan, membolehkan penumpang bertukar tren tanpa membeli tiket dua kali.
  • 21 Oktober 2014 – SPNB akan membeli 50 set tren enam gerabak baharu atau kenderaan rel ringan (LRV) berharga RM990 juta daripada syarikat CSR ZELC dari China dan dijangka tiba hujung tahun 2014. Tren itu akan beroperasi secara berperingkat mulai Oktober 2015.
  • Disember 2014 − Perkhidmatan Aliran Ampang ke Bandar Kinara kini beroperasi.

Insiden dan Kemalangan

[sunting | sunting sumber]
  • 27 Oktober 2006 – Tren LRT enam koc yang tiba dari Ampang melampaui hujung rel jejambat di stesen Sentul Timur, menyebabkan separuh hadapan koc pertama berayun-ayun di udara kira-kira 25m dari aras tanah.[perlu rujukan]
  • 25 September 2008 – Enam orang tercedera apabila tren yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah lagi tren berhampiran stesen Bukit Jalil. Dipercayai bahawa tren pertama tiba-tiba berhenti 200 meter dari stesen sebelum dihentak oleh sebuah lagi trek atas landasan yang sama, menyebabkan perkhidmatan LRT tergendala sepanjang hari sehingga pulih pada hari keesokannya.[11]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b "Statistik Pengangkutan Rel". Kementerian Pengangkutan Malaysia. Dicapai pada 13 Disember 2018.
  2. ^ "Archived copy". MyRapid. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Julai 2016. Dicapai pada 28 Julai 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
  3. ^ a b Abdullah, Ebi Azly (7 Dis 1996). "LRT: Laluan Bas dilancar serentak". Berita Harian. m/s. 12. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  4. ^ "Naik LRT Percuma sembilan hari". Berita Harian. 7 Dis 1996. m/s. 4.
  5. ^ https://www.malaysiakini.com/news/4031
  6. ^ "George Kent-Lion Pacific JV gets Ampang Line extension job". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-12. Dicapai pada 2017-05-07.
  7. ^ Month-long free ride at four new LRT stations – Prasarana
  8. ^ Prasarana announces partial opening of Sri Petaling LRT line
  9. ^ Thales awarded the contract to upgrade Kuala Lumpur Ampang Line to fully automated CBTC signalling[pautan mati kekal]
  10. ^ Temporary suspension of LRT Ampang, Sri Petaling lines
  11. ^ Elizabeth Looi (2008-09-25). "Six injured in LRT accident". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-12. Dicapai pada 2021-10-01.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]