Gudeg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Gudeg pada umumnya ialah makanan khas Yogyakarta dan Jawa Tengah yang diperbuat daripada nangka muda yang dimasak dengan santan dan dirempahi dengan kepayang. Warna coklat biasanya dihasilkan oleh daun jati yang dimasak bersamaan. Gudeg dimakan dengan nasi dan dihidangkan dengan kuah santan kental (areh), ayam kampung, telur, tauhu dan sambal goreng krecek.

Terdapat berbagai-bagai kelainan gudeg, antara lain:

  • Gudeg Kering, iaitu gudeg yang dihidangkan dengan areh  kental yang jauh lebih kental daripada santan pada masakan padang.
  • Gudeg Basah, iaitu gudeg yang dihidangkan dengan areh  cair.
  • Gudeg Solo, iaitu gudeg yang areh nya berwarna putih.

Anekdot[sunting | sunting sumber]

Adanya sebuah cerita yang tersebar di kalangan masyarakat Indonesia yang menjadikan warna coklat pada gudeg sebagai isu. Cerita itu mengatakan bahawa warna coklat itu dihasilkan daripada darah ayam yang ditambahkan pada masakan, sedangkan daun jatilah yang menghasilkan warna tersebut.