Sambalado tulang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sambalado tulang.

Sambalado tulang merupakan masakan khas Minangkabau khususnya di Nagari Rao-rao, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia. Bahan utama untuk membuat adalah tulang lembu atau tulang kerbau yang telah dibersihkan daripada kotoran dan kulit. Bahan lainnya seperti ketumbar, cili merah dan hijau, bawang merah, bawang putih, kentang juga ikan bilis.[1]

Tulang lembu atau kerbau akan digiling bersama dengan cili, ketumbar dan bahan lainnya. Setelah digiling biasanya akan direbus di tungku.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Liputan6.com (2018-11-13). "Sambalado Tulang, Sambal Unik Minang dari Tulang Sapi". liputan6.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2019-10-24.
  2. ^ Safniyeti (27 Mei 2020). ""Sambalado Tulang", Sambal Khas Orang Rao-Rao Batusangkar". Komposiana (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 4 Disember 2020.