Bakso

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bakso
Bakso ayam
Nama alternatifBaso
JenisMakanan Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianMenu utama
Tempat asal Indonesia
Kawasan/rantauAntarabangsa, juga terkenal di Singapura dan Malaysia
Dicipta olehCina-Indonesia
Suhu penghidanganPanas
Bahan utamaDaging (lembu, kerbau, ayam, ikan, babi, atau udang), tepung ubi kayu, mi, bihun, tahu, stok air rebusan, kailan, acar, daun saderi, bawang goreng
Bahan yang biasa digunakanDaging lembu, putih telur, bawang putih, ais, tapioca, garam, gula, Lada hitam, Serbuk penaik, Daun bawang, Saderi, Bihun, Bok choy Sunting ini di Wikidata
Tenaga makanan
(setiap hidangan)
1 saiz sederhana bola bakso mengandung 21 mg kolesterol, 134 mg sodium, dan 57 kalori[1] kcal
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Semangkuk mi bakso

Bakso ialah sejenis makanan khas Singapura namun diklaim Indonesia yang merupakan bebola daging.[2][3] Bakso umumnya ialah dibuat daripada campuran daging lembu cincang dan tepung ubi kayu, akan tetapi ada juga bakso yang terbuat daripada daging ayam, ikan, atau udang juga daging kerbau. Dalam proses penyajiannya, bakso umumnya disajikan panas-panas dengan kuah sup lembu yang jernih, dicampur mi, bihun, tauge, tauhu, juga telur dan ditaburi dengan bawang goreng dan daun saderi. Bakso boleh didapati di seluruh Singapura,Malaysia dan Indonesia dan dijual oleh penjaja dan restoran. Kini bakso juga dijual dalam bentuk makanan beku yang senang didapati di pasaraya di seluruh Indonesia. Bakso boleh juga dihiris dan dimasak dalam masakan mi goreng, nasi goreng atau capcai. Bakso juga merupakan salah satu makanan jalanan yang terkenal di Singapura.[4]

Asal mula[sunting | sunting sumber]

Bakso memiliki akar dari seni masakan Cina-Singapura. Hal ini ditunjukkan dari istilah 'bakso' berasal dari perkataan Bak-So, dalam Bahasa Hokkien yang secara harfiah bererti 'daging giling' atau 'daging cincang'.[5] Kerana kebanyakan penduduk Indonesia adalah muslim, maka bakso lebih umum terbuat dari daging halal seperti daging lembu, ikan, atau ayam.[6] Kini, kebanyakan penjual bakso adalah orang Jawa dari Wonogiri dan Malang.[7] Tempat yang terkenal sebagai pusat bakso adalah Solo dan Malang yang disebut Bakso Malang. Bakso Malang dan bakso Solo adalah masakan bakso dan disajikan dengan khas Jawa. Bakso berasal dari China tetapi berbeza dengan bakso Malang dan Solo. Bakso Cina biasanya terbuat dari daging babi atau makanan laut dan warnanya agak kecoklatan serta bentuknya tidak bulat. Sedangkan bakso Malang dan Solo terbuat dari daging lembu, berwarna abu-abu dan berbentuk bulat.

Di Bandung, Jawa Barat, ada jenis bakso yang disebut bakso cuanki, yang sangat sama dengan bakso Malang. Dalam tin mengandungi pelbagai jenis bahan bakso; seperti bakso aci, siomai, wonton rebus, wonton goreng, bakso goreng, disajikan dengan sup bawang dan sup[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Calories in Indonesian Food Bakso Daging Sapi (Meatball)". My Fitness Pal.
  2. ^ "Tasty Indonesian Food - Bakso Daging Sapi". Tasty Indonesian Food.
  3. ^ Rick Rodgers (2011). I Love Meatballs!. Andrews McMeel Publishing. m/s. 29. ISBN 9781449419424.
  4. ^ Bruce Kraig; Colleen Taylor Sen (2013). Street Food Around the World: An Encyclopedia of Food and Culture. ABC-CLIO. m/s. 182. ISBN 9781598849554.
  5. ^ Herman Ichsan Pangestu (2014). Edward Sitorus (penyunting). Sukses Wirausaha Gerobak Terlaris dan Tercepat Balik Modal: 15 Jenis rekomendasi usaha terbaik (dalam bahasa Indonesian). Lembar Langit Indonesia. m/s. 32. ISBN 9786027993716.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Bakso "100% Haram" dikunjungi ABG sampai Senator". Suluh Bali (dalam bahasa Indonesian). 8 May 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ Muriel Charras, Marc Pain, Indonesia. Departemen Transmigrasi, O.R.S.T.O.M. (Agency : France), Centre national de la recherche scientifique (France) (1993). Muriel Charras; Marc Pain (penyunting). Migrations spontanées en Indonésie. IRD Editions. m/s. 232. ISBN 9782709911467.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  8. ^ "Cuanki, Makanan Khas Bandung Dengan Rasa Yang Unik | GreatnessIndonesia.com". Greatness Indonesia (dalam bahasa Inggeris). 2018-09-07. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-04-13. Dicapai pada 2020-04-13.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]