Kipang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kuih Kipang

Kipang [ki.pang] merupakan makanan khas Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia. Masyarakat setempat menjadikan kipang sebagai makanan turun-menurun dan snek harian.[1] Bahan dasarnya adalah kacang tanah dan untuk perisanya adalah gula merah tebu yang menjadi pilihan.[2] Apabila kesemua bahan sudah diaduk rata, kipang dimasukkan ke loyang dan dibekukan di peti ais.[3]

Makanan ini dahulunya dibungkus dengan daun pisang atau kertas. Tetapi, kini zaman sudah berubah, kuih ini dibungkus dengan plastik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kipang Kacang, Si Manis Renyah dari Ranah Minang". Republika (dalam bahasa Indonesia). 24 Mei 2020. Dicapai pada 29 November 2020.
  2. ^ kipang di Pusat Rujukan Persuratan Melayu
  3. ^ "Kipang Kacang". Warisan Budaya Takbenda Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 2011. Dicapai pada 4 Disember 2020.