Dodol Garut
Penampilan
Dodol Garut (Tulisan Sunda: ᮓᮧᮓᮧᮜ᮪ ᮍᮛᮥᮒ᮪) merupakan makanan ringan khas Sunda daripada Kota Garut, Jawa Barat.[1] Terdapat pelbagai jenis dodol Garut, antaranya dodol bijan, dodol kacang, aneka dodol buah-buahan, chocodot (coklat isi dodol pertama di dunia), dodol piknik yang merupakan dodol paling terkenal dan menjadi salah satu ikon Kota Garut dan lain-lain lagi. Dodol ini termasuk makanan ringan yang rasanya manis dan lazat.[1][2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]- Dodol Garut dimulakan dengan industri sejak tahun 1926 yang diperkasakan oleh Ibu Karsinah. Semasa proses pembuatan serta bahan asas yang digunakan sangat sederhana, antaranya ialah tepung beras pulut, gula, susu dan juga santan kelapa tanpa menggunakan bahan pengawet.[1][2][3]
- Sejak perkembangan zaman, dodol Garut berevolusi kepada pelbagai perisa yang sedap dan menarik. Makanan ini juga dieksport ke negara Malaysia, Brunei, Jepun, Arab Saudi, Singapura dan juga United Kingdom.[2]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "Dodol Garut". Indonesia Kaya (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-29. Dicapai pada 26 October 2020.
- ^ a b c "Si Hitam Manis Dodol Garut". Kebudayaan Kemdikbud.Go.ID (dalam bahasa Indonesia). 11 March 2020. Dicapai pada 26 October 2020.
- ^ "Dodol Garut 2". Garutkab.Go.ID (dalam bahasa Indonesia). 21 December 2017. Dicapai pada 10 January 2020.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikibuku mempunyai maklumat lanjut berkenaan topik: Dodol Garut |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Dodol Garut. |