Ayam Taliwang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ayam Taliwang.

Ayam Taliwang ialah makanan khas Pulau Lombok dari Kampung Karang Taliwang, Bandar Mataram, Nusa Tenggara Barat yang menggunakan daging ayam. Daging ayam yang disajikan berasal dari ayam kampung muda yang dibakar kemudian direncahkan dengan cili merah kering, bawang merah, bawang putih, tomato, belacan goreng, kencur, gula merah, dan garam. Makanan ini biasanya disajikan bersama makanan khas Lombok yang lain, contohnya plecing kangkung.

Cara penyediaan[sunting | sunting sumber]

Ayam dibersihkan, dibelah bahagian dada dan dikeluarkan isi perutnya. Lumuri ayam dengan sedikit garam sehingga rata. Tusuk Ayam dengan buluh, goreng sehingga setengah masak. Angkat dan toskan.

Panggang di atas bara api sehingga masak sambil dibalikkan sekali sekala. Angkat dan sisihkan.

Ramuan yang terdiri daripada bawang putih, buah keras, cili kering, cili api, belacan dan garam secukupnya dikisar dan ditumis sehingga harum. Tuang santan, masak sehingga mendidih. Ayam kemudian diketuk dan permukaannya disapu dengan kuah sehingga rata. Panggang ayam sehingga kuah meresap sambil diulang sapu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]