Kuih cubit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kuih cubit (Bahasa Indonesia: Kue cubit; Jawa: Kuwé cubit) adalah kuih yang popular di Jakarta. Kuih kecil ini (bersaiz 4 cm sahaja)[1] biasanya dijual di hadapan sekolah oleh penjaja jalanan. Kuih cubit menggunakan campuran susu dan tepung gandum sebagai komponen utamanya. Doh dimasukkan ke dalam acuan keluli, dan dalam beberapa minit ia dimasak.

Kuih cubit

Rasanya lembut dan manis.[2] Terdapat pelbagai rasa, antaranya ialah perisa keju, coklat, teh hijau dan lain-lain lagi. Hiasan yang biasanya diletakkan bagi menyedapkan kuih ini adalah coklat beras.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]