Bacem

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Bacem
Bacem tahu.jpg
Tahu bacem
Tempat asal Indonesia
KawasanJawa Tengah, Yogyakarta
di Wikibuku Buku Masakan: Bacem  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Bacem

Bacem atau baceman (Hanacaraka: ꦧꦕꦼꦩ꧀) merupakan sajian daripada daerah Jawa Tengah, juga Yogyakarta bahagian timur (Mataraman). Masyarakat Yogyakarta menyukai bacem yang bercita rasa manis, iaitu dengan bumbu khas gula merah. Bacem merupakan cara pemprosesan makanan untuk mengawetkan produk, biasanya adalah tempe dan tauhu.[1] Dibacem bermaksud direndam dalam air gula atau garam supaya bahan makanan menjadi tahan lama.[1][2]

Bacem tempe dan tahu biasa dimakan panas-panas dengan nasi putih. Di daerah Kaliurang, Yogyakarta dikenali sebagai jadah bacem, iaitu jadah yang disajikan bersama-sama dengan tempe dan tahu bacem.[3]

Proses pembuatan[sunting | sunting sumber]

Bahan dasar bacem adalah tempe atau tauhu atau bahan makanan lain seperti daging ayam atau daging lembu, yang telah dipotong-potong sesuai keinginan.[4] Rempah bumbu yang digunakan adalah bawang merah, bawang putih, ketumbar, buah keras, dan garam, yang digilingkan atau dihaluskan bersama. Bumbu halus ini dicampurkan ke potongan-potongan tempe atau tauhu, untuk kemudian direbus dengan air secukupnya. Di samping itu dimasukkan beberapa helai daun salam, kepingan lengkuas yang telah dihancurkan, dan hirisan gula merah.[4]

Bahan-bahan tersebut kemudian dimasak hingga air rebusan menjadi berkurang. Selepas itu, tempe atau tauhu yang telah dibacem dapat digoreng sebelum dihidangkan. Sebagai variasi dalam pembuatan bacem, dapat ditambahkan sedikit asam jawa ketika proses merebus; atau mengganti air biasa dengan air kelapa untuk merebus.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b (Indonesia) Sutrisno Sastro Utomo., Kamus lengkap Jawa-Indonesia, Yogyakarta: Kanisius, 2007, 25
  2. ^ "Arti kata Bacem". Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kemendikbud. KBBI Daring (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 3 Disember 2020.
  3. ^ "Sejarah Jadah Tempe: Makanan Khas Yogyakarta Kesukaan Sultan". Tirto.ID (dalam bahasa Indonesia). 29 Julai 2019. Dicapai pada 8 Disember 2020.
  4. ^ a b (Indonesia) Tim Dapur Anggrek., 500 Resep Lezat Selera Nusantara, Yogyakarta: Penerbit Pustaka Anggrek, 2009, Hal. 165-166
  5. ^ (Indonesia)Ch. Didit Setyawati., 100 Menu Masakan Tahu Tempe, Yogyakarta: Gradien Mediatama, Hal. 115