Ayam geprek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ayam geprek
Sepinggan ayam geprek, ayam goreng dicampur sambal
JenisAyam goreng Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianUtama
Tempat asalIndonesia Yogyakarta, Indonesia[1]
Kawasan/rantauSeluruh Indonesia
Dicipta olehRuminah daripada Yogyakarta[2]
Suhu penghidanganpanas
Bahan utamaayam goreng tepung yang diketuk/digiling dan disajikan dengan sambal
Bahan yang biasa digunakanAyam goreng, Cili, bawang putih, garam Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ayam geprek (Hanacaraka: ꦄꦪꦩ꧀​ꦒꦼꦥꦿꦺꦏ꧀, Pitik geprèk) merupakan ayam goreng tepung khas Indonesia yang digiling atau dilumatkan bersama sambal bajak.[3] Kini ayam geprek telah menjadi hidangan terkenal yang dapat ditemukan di hampir semua bandar besar di Indonesia, tetapi asal mula ayam geprek berasal daripada kota Yogyakarta.[2]

Geprek merupakan istilah dalam Bahasa Jawa yang bererti "dipukul", "ditekan", atau "dilumatkan", maka ayam geprek bererti "ayam yang dipukul".[4] Masakan ini hampir sama dengan masakan Jawa tradisional ayam penyet, kerana kedua-duanya adalah sama-sama ayam goreng yang dipukul dan ditekan menggunakan penggiling dan dicampur dengan sambal.

Perbezaannya adalah, ayam penyet adalah ayam goreng tradisional Jawa yang diungkep dengan bumbu kuning, kemudian digoreng celur dalam minyak goreng panas. Sementara ayam geprek lebih sama dengan ayam goreng gaya barat (lazim disebut fried chicken Amerika), iaitu ayam goreng tepung yang rangup yang dilapisi dengan bater sebelum digoreng.

Asal usul[sunting | sunting sumber]

Ayam geprek pedas

Ayam geprek menjadi fenomena terkenal, seiring dengan banyaknya gerai yang menyajikan makanan ini di Indonesia pada tahun 2017. Asal mula ayam geprek bermula di Yogyakarta, hasil ciptaan Ruminah atau dikenal sebagai Bu Rum. Pada tahun 2003, Bu Rum diminta oleh pelanggannya untuk menambahkan sambal ulek (sambal giling) di atas ayam goreng tepung.[2] Masakan ayam goreng tepung yang dilumat bercampur sambal menjadi terkenal.

Ayam geprek biasanya hanya disajikan dengan sambal dan nasi putih. Akan tetapi kini terdapat variasi yang baharu dengan menambahkan keju mozarela dan kubis yang di goreng.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Asal muasa menu ayam geprek". (Indonesian)
  2. ^ a b c Agmasari, Silvita (27 April 2018). "Ini Warung Ayam Geprek yang Diklaim Pertama di Indonesia". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2019-12-30.
  3. ^ a b Post, The Jakarta. "Three places to enjoy fiery hot 'ayam geprek'". The Jakarta Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-12-30.
  4. ^ Agmasari, Silvita (27 April 2018). "Apa Bedanya Ayam Geprek dan Ayam Penyet?". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2019-12-30.