Sega Jamblang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pelbagai macam lauk untuk nasi jamblang

Sega Jamblang ialah makanan khas dari Cirebon, Jawa Barat yang disajikan secara mirip bufet menampilkan pelbagai jenis lauk-pauk masakan setempat di sana. Ciri khas makanan ini ialah kegunaan daun pokok jati sebagai pembungkus nasi atau sega.

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Nama Jamblang berasal dari nama sebuah desa terletak di daerah bernama sama di sebelah barat bandar Cirebon, tempat asal pedagang makanan tersebut. Walaupun bernama sega jamblang, makanan ini sama sekali tidak berkaitan dengan pokok atau buah jamblang.

Menu[sunting | sunting sumber]

Menu yang tersedia biasanya antara lain ialah sambal goreng, sayur tauhu, paru-paru, semur hati atau daging, perkedel, sate kentang, telur dadar/telur goreng, telur masak sambal goreng, semur ikan, ikan masin, tauhu dan tempe.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sega Jamblang ialah makanan khas Cirebon yang pada awalnya diperuntukan bagi para buruh paksa pada zaman Belanda yang sedang membina jalan raya Daendels dari Anyer ke Panarukan yang melepasi wilayah Kabupaten Cirebon.

Sega Jamblang semasa itu dibungkus dengan daun jati, kerana apabila dibungkus dengan daun pisang, ia kurang tahan lama manakala jika dengan daun jati boleh tahan lama. Hal ini kerana daun jati mempunyai rongga-rongga yang membantu nasi tetap terjaga kualitinya walaupun disimpan dalam masa yang lama.

Walaupun menunya sangat beraneka ragam, namun harga makanan ini secara relatifnya sangat murah. Kerana pada awalnya makanan tersebut diperuntukan bagi untuk para pekerja buruh kasar di pelabuhan dan kuli angkut di jalan Pekalipan.

Lihat pula[sunting | sunting sumber]