Kacimuih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Kacimuih
Kacimuih.jpg
Kacimuih dengan taburan gula pasir
Jenis sajianMakanan ringan
Tempat asal Indonesia
Dicipta olehMinangkabau
Bahan utamaUbi kayu, parutan kelapa, gula
di Wikibuku Buku Masakan: Kacimuih  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Kacimuih

Kacimuih adalah makanan ringan tradisional Minangkabau yang dibuat daripada ubi kayu dan parutan kelapa.[1] Kacimuih disajikan dengan taburan gula untuk menambah rasa. Gula yang dipakai biasanya gula pasir juga gula merah. Kacimuih memiliki tekstur yang lembut dengan rasa yang enak. Rasa yang enak berasal daripada parutan kelapa yang telah ditaburi gula.

Kacimuih dapat ditemui di pasar-pasar tradisional Sumatera Barat, khususnya di Bukittinggi.[2] Makanan ini juga dikenali sebagai makanan sampingan sebagai penahan lapar bagi orang Minangkabau.

Pembuatan[sunting | sunting sumber]

Kacimuih gula merah.

Bahan utama kacimuih adalah ubi kayu. Cara membuat kacimuih yang pertama iaitu mengupas kulit ubi kayu dan dibersihkan dari kotoran. Ubi kayu yang telah bersih diparut kasar dan dikukus sampai matang. Setelah matang, ubi kayu diletakan di piring dan diberi parutan kelapa serta diberi taburan gula pasir.[3]

Untuk kacimuih yang menggunakan gula merah, parutan kelapa di masak terlebih dahulu dengan gula merah yang telah dicairkan. Kemudian diletakan diatas parutan ubi kayu yang telah dimasak.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Des 2018, Liputan6dotcom06; Wib, 07:00. "3 Olahan Singkong Fantastis di Sumatra Barat". liputan6.com. Dicapai pada 2018-12-27.CS1 maint: numeric names: authors list (link)
  2. ^ Kaya, Indonesia. "Kacimuih, Gurihnya Singkong Dengan Taburan Kelapa - Situs Budaya Indonesia". IndonesiaKaya (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2018-12-27.
  3. ^ a b "Kacimuih, Jajanan Manis Khas Minangkabau untuk Berbuka". langgam.id. 25 April 2020. Dicapai pada 18 Disember 2020.