Rawon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rawon
Rawon Setan, Sebuah jenis Rawon yang dihidangkan pada waktu malam
Jenis sajianHidangan Utama
Tempat asalIndonesia
KawasanSurabaya dan Malang, Jawa Timur
Suhu penghidanganPanas
Bahan utamaDaging, Kacang Keluak
di Wikibuku Buku Masakan: Rawon  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Rawon

Rawon atau nasi rawon (kerana selalu dihidangkan dengan nasi) ialah sup daging yang istimewa kerana mengandungi kepayang. Berasal dari Surabaya, Jawa Timur, Indonesia, rawon menggunakan hitam kacang keluak sebagai perasa utama, yang memberikan warna gelap dan rasa lazat kepada sup. Meskipun dikenali sebagai masakan istimewa Jawa Timur, rawon juga dikenali oleh masyarakat Jawa Tengah di sebelah timur (daerah Surakarta) Pulau Jawa di Indonesia.

Daging untuk rawon umumnya merupakan daging lembu yang dipotong kecil-kecil. Rumusan supnya terdiri daripada campuran bawang merah, bawang putih, lengkuas (laos), ketumbar, serai, kunyit, cili, kepayang, garam, serta minyak sayuran. Semua bahan ini (kecuali serai dan lengkuas) dihaluskan, lalu ditumis sehingga harum. Campuran ramuan ini kemudian dimasukkan ke dalam air rebusan daging bersama-sama dengan daging. Warna gelap rawon yang istimewa berasal daripada ramuan kepayang.

Rawon dihidangkan bersama nasi, dan dilengkapi dengan tauge, bawang goreng, keropok, dan sambal.