Ayam Goreng (Nusantara)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ayam goreng
Ayam goreng in Jakarta.JPG
Ayam goreng Kalasan, dihidangkan dengan serbuk rangup
Jenis sajianLauk
Tempat asalIndonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei
KawasanAsia Tenggara
Dicipta olehMasakan Malaysia, Masakan Indonesia
Suhu penghidanganPanas
Bahan utamaAyam (makanan), kunyit, bawang putih, bawang merah dan rempah ratus digoreng celur dalam minyak kelapa
di Wikibuku Buku Masakan: Ayam Goreng (Nusantara)  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Ayam Goreng (Nusantara)

Ayam goreng merupakan sebuah hidangan ayam yang digoreng celur dalam minyak kelapa atau sebagainya. Fahaman ayam goreng dengan fried chicken di barat tidak sama kerana bahan yang digunakan adalah berbeza. Berbeza daripada fried chicken Selatan Amerika Syarikat, jenis Asia Tenggara ini tidak disaluti bater atau pun tepung, dan lebih menggunakan rempah ratus.

Pemerapan dan rempah[sunting | sunting sumber]

Menggoreng ayam goreng

Campuran rempah berbeza mengikut tempat, tetapi ia mungkin mengandungi campuran bawang merah, bawang putih, daun salam, kunyit, serai, air asam jawa, buah keras, lengkuas, garam dan gula. Bahagian-bahagian ayam diperap dalam bahan rempahan buat seketika sebelum digoreng, supaya rempah diserap jauh ke dalam daging. Daging ayam juga mungkin dipanaskan untuk membantu rempah diserap. Selalunya dalam masakan Indonesia, ayam goreng telah pun separuh masak dengan kunyit. Dalam Jawa, proses ini dipanggil ungkep.

Ayam kemudian digoreng celur dalam minyak panas, selalunya minyak kelapa sawit atau minyak kelapa. Digoreng sehingga kuning keemasan Varian yang lain seperti ayam goreng kremes menggoreng adunan tadi dengan tepung untuk menghasilkan serbuk rangup. Dalam resipi lain, serbuk ini dihasilkan dengan halia, lengkuas goreng, atau pun serondeng .

Ayam goreng selalunya dihingkan dengan nasi, sambal belacan atau sambal kicap (cili potong dan bawang merah dengan kicap manis) sebagai pencecah dan potongan timun dan tomato sebagai ulam. Tempe dan tauhu boleh disertai sebagai tambahan.

Jenis-jenis[sunting | sunting sumber]

Nasi bungkus Padang dengan ayam goreng Padang.

Ada banyak aneka ayam goreng, antara yang dikenali ramai ialah:

  • Ayam goreng lengkuas[1] juga dinamakan hayam goreng Bandung: Ayam goreng masakan Bandung Sunda.[2]
  • Ayam goreng Padang: ada pelbagai jenis ayam goreng Padang. Yang paling popular adalah hampir sama dengan ayam goreng lengkuas.[3]
  • Ayam pop: ayam goreng Padang tanpa kulit, dihidangkan dengan sambal.[4]
  • Ayam goreng balado: ayam goreng masakan Padang atau Minang, jarang dikenali sebagai ayam goreng berlada. Ayam goreng disaluti dengan sambal balado.[5]
  • Ayam goreng lado ijo: sejenis ayam goreng balado dimasak dengan menggunakan cili hijau.
  • Ayam goreng Jakarta: ayam goreng Jakarta.[6]
  • Ayam goreng Kalasan: ayam goreng Jawa berasal dari kampung Kalasan, Yogyakarta.[7]
  • Ayam goreng kremes: ayam goreng Jawanese dengan kremes, yakni serbuk rangup.[8]
  • Ayam goreng serundeng: ayam goreng Jawa dengan serondeng.[9]
  • Pecel ayam: ayam goreng Jawa Timur dengan sambal.
  • Ayam goreng penyet: dipanggil penyet kerana ayam goreng ditumbuk dengan lesung untuk diadunkan dengan sambal.[10]
  • Ayam goreng berempah: ayam goreng Melayu, digoreng sehingga kuning keperangan bersertakan serbuk tepung yang digoreng rangup.
  • Ayam goreng kunyit: ayam goreng Melayu yang didadu digoreng dengan kunyit.
  • Ayam goreng halia: ayam goreng Melayu dengan rempah ratus seperti jintan, ketumbar dan halia, digoreng sehingga perang.

Ayam goreng juga merangkumi ayam goreng asing seperti fried chicken. Ayam goreng Amerika Syarikat dikenali sebagai ayam goreng tepung. Ayam goreng ini dapat dijumpai di kedai McDonald's di Malaysia.[11]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ayam Goreng Lengkuas". Tasty Indonesian Food.com. Tasty Indonesian Food.com. Dicapai 11 August 2013. 
  2. ^ "Resep Khas Pasundan, Ayam Goreng Lengkuas Bandung". SINDOnews.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai 2017-11-11. 
  3. ^ "92 resep ayam goreng padang enak dan sederhana". Cookpad (dalam bahasa Indonesia). Dicapai 2017-11-11. 
  4. ^ "Resep Mudah Masak Ayam Pop ala Masakan Padang - VIVA". VIVA (dalam bahasa Indonesia). 2016-12-07. Dicapai 2017-11-11. 
  5. ^ "Cara Membuat Ayam Goreng Bumbu Balado Pedas Gurih". Resep Makan Sedap (dalam bahasa Inggeris). 2015-06-03. Dicapai 2017-11-11. 
  6. ^ nufus, Hayatun. "Resep Membuat Ayam Goreng jakarta". www.resepmakananindonesia.com. Dicapai 2017-11-11. 
  7. ^ Inc., Tastemade,. "Ayam Goreng Kalasan ~ Resep". Tastemade (dalam bahasa Indonesia). Dicapai 2017-11-11. 
  8. ^ Post, The Jakarta. "Try this 'Ayam Goreng Kremes' recipe at home". The Jakarta Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2017-11-11. 
  9. ^ Vemale.com. "Resep Ayam Goreng Serundeng - Vemale.com". www.vemale.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2017-11-11. 
  10. ^ Post, The Jakarta. "Where to enjoy the most delicious 'penyet' in Jakarta". The Jakarta Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2017-11-11. 
  11. ^ "Ayam Goreng MCD Mcdonald's Malaysia". McDonald's. Dicapai January 22, 2019. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]