Mohd Anuar Mohd Tahir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anuar Tahir)
Lompat ke: pandu arah, cari
Mohd Anuar Mohd Tahir

'Mohd Anuar Mohd Tahir Beliau adalah bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Sebelum daripada itu beliau adalah bekas Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) . Beliau bertanding atas tiket parti Parti Islam SeMalaysia (PAS) setelah Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, jawatan Timbalan Presiden UMNO dan dipecat dari ahli UMNO.

Pada pilihan raya umum 2008, beliau bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis kawasan Bintong di atas tiket PAS namun tewas kepada Md Isa Sabu (BN- UMNO).

Jawatan terakhir beliau di dalam PAS adalah sebagai Pengerusi Lajnah Buruh & Setinggan. Mohd Anuar Tahir aktif dalam bidang dakwah, sosial dan kemanusiaan.

Pada 18hb April 2009, Mohd Anuar Tahir telah dipilih menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Besar, Perlis dalam pertandingan mesra tiga penjuru.

Isu semasa[sunting | sunting sumber]

Majikan larang pekerja bersolat[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Mei 2009, Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar (LPPB) PAS Pusat, Anuar Tahir kesal tindakan majikan melarang pekerja solat Jumaat.Syarikat MP E-Worldwide Sdn Bhd telah mengeluarkan arahan berbunyi, "NOT APPROVED - PRAYER FOR MUSLIM STAFF DURING OFFICE HOUR" (Tidak Diluluskan - Waktu Solat Bagi Pekerja Muslim Semasa Waktu Bekerja).Alasan yang diberikan ialah kesukaran untuk memantau pekerja Muslim yang berhenti untuk solat waktu tengahari dan petang. Syarikat MLM ini adalah syarikat dari Korea Selatan yang mempunyai cawangan di Kangar, Perlis.[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]