Bubur lambuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bubur lambuk.

Bubur lambuk atau lambut merupakan sejenis hidangan yang amat masyhur pada bulan puasa di Malaysia. Ia biasanya dimasak secara bergotong-royong di masjid-masjid untuk diagih-agihkan kepada para jemaah sebagai hidangan berbuka puasa.

Bubur lambuk diperbuat daripada beras dengan campuran rempah dan sayuran pucuk paku miding. Di Terengganu, selain daripada bahan biasa, kadang-kala kerepok keping mentah dan budu juga ditambah bagi menambah perisa, dan juga ubi keledek, udang kering dan lain-lain.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]