Opor ayam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Opor ayam
Opor Ayam, ayam rebus dalam santan
Tempat asalIndonesia
Kawasan/rantauJawa Tengah, Yogyakarta, dan Jawa Timur
Masakan berkaitanIndonesia
Bahan utamaAyam dan santan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Opor ayam ialah hidangan Indonesia dari Jawa Tengah yang terdiri daripada ayam yang dimasak dalam santan.[1] Campuran rempah (bumbu) termasuk lengkuas, serai, kayu manis, tamarind jus, gula melaka, ketumbar, jintan manis, buah keras, bawang putih, bawang merah, dan lada.[2] Opor ayam juga merupakan hidangan popular untuk lebaran atau Hari Raya Aidilfitri, biasanya dimakan bersama ketupat dan sambal goreng ati (hati lembu dalam sambal).

Opor ayam merupakan makanan yang sangat terkenal di Indonesia. Masakan ini telah dikenal luas di daerah lain, hampir di seluruh wilayah Indonesia. Opor ayam sebenarnya ialah ayam rebus yang diberi perencah pekat daripada santan yang ditambah dengan pelbagai rempah ratus seperti serai, kencur, dan sebagainya. Dalam tradisi Jawa, perayaan Lebaran biasanya dibuat meriah dengan membuat ketupat yang dihidangkan bersama telur dan hati lembu goreng dalam sambal.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Patrick Witton and Mark Elliott (2003), Lonely Planet Indonesia. Lonely Planet Publications, p. 108
  2. ^ Brissenden, Rosemary (2007). Southeast Asian Food, Classic and modern dishes from Indonesia, Malaysia, Singapore, Thailand, Laos, Cambodia and Vietnam. Periplus. m/s. 98. ISBN 978-0794604882. Dicapai pada 31 Oktober 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Templat:Indonesia-cuisine-stub