Bakso beranak
Bakso beranak atau bakso isi adalah sebuah masakan yang berasal daripada Indonesia, di mana ia terdiri daripada bakso yang terdapat dalam bentuk ukuran biasa atau berukuran lebih besar daripada biasa. Bahagian dalamnya diisi dengan pelbagai makanan, contonya keju cheddar, keju mozarela, cili, telur, tauhu, sosej, cendawan, daging cincang, bakmi, bakso kecil dan sebagainya.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Bakso beranak mula dibuat oleh disebuah warung makan kecil d Bogor, Indonesia bernama Big Bakso Family yang dimiliki oleh seorang lelaki bernama Oding. Pada tahun 2013, idea baharu muncul apabila Oding sedang membuat bakso. Dia menjelaskan bahawa dia mencuba untuk meletakkan telur puyuh kemudian sosej dengan bakso giling dengan cili, kemudian ditutup dengan adonan bakso selagi lagi supaya rapi dan bulat sempurna. Idea itu diterima oleh pelangganya, dan mula terbiasa dengan bakso beranak sejak dari itu.[2]
Komposisi
[sunting | sunting sumber]Bahan bakso terbuat daripada daging lembu dan tepung ubi kayu. Rempahnya terdiri daripada bawang putih, garam, serbuk lada hitam dan telur ayam.[3]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Andi Annisa Dwi Rahmawati (12 Disember 2017). "Ada Bakso Beranak hingga Bakso Buaya yang Ngehits di Tahun Ini" [Ada Bakso Beranak hingga Bakso Buaya yang Tular di Tahun Ini] (dalam bahasa Indonesia). Detik.com. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
- ^ Muhammad Irzal Adiakurnia. "Kisah Perjuangan di Balik Terciptanya Tren "Bakso Beranak"" [KIsah Perjuangan di Sebalik Penciptaan "Bakso Beranak"]. Kompas.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 29 Januari 2020.
Waktu 2013 ide muncul, biar bulatnya rapih, coba dikasih telor puyuh dalemnya. Terus juga nyoba isian sosis sama bakso giling cabe yang jelek, ditutupin adonan lagi biar bulat sempurna (Pada tahun 2013, idea baharu muncul, supaya [bakso] bulat sempurna, [saya] mencuba meletakkan telur puyuh. Kemudian, saya cuba juga [meletakkan] isi sosej dan bakso cili giling, ditutup dengan adonan [bakso] agar bulat sempurna.)
- ^ Tantri Setyorini (2020-04-07). "Resep dan Cara Membuat Bakso Beranak" [Resipi dan Cara Membuat Bakso Beranak]. Merdeka.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2022-04-29.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Resipi Bakso Beranak Mudah
- Bakso beranak di Wikibuku
- Kategori berkenaan Bakso beranak di Wikimedia Commons