Pergi ke kandungan

Bungong kayee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bungong kayee atau peunajoh tho adalah kuih tradisional Aceh. Kuih ini memiliki bentuk seperti bunga. Warna asasnya berwarna putih dengan dua bahagian kelopak diberi warna hijau dan merah. Bungong kayee mempunyai tekstur yang keras dan rasa yang manis.[1]

Fail:Bungong Kayee, Renyah Legit Berlapis Gula.jpg
Bungong Kayee

Bungong kayee dibuat dari tepung beras, tepung gandum, telur, gula dan pewarna makanan. Untuk membuat adunan tepung ialah digiling nipis dengan tangan kemudian dibentuk seperti kelopak bunga. Kuih ini hampir pupus kerana untuk membuat kuih ini mesti teliti dan susah.[1]

  1. ^ a b (Indonesia) Bungong Kayee, Renyah Legit Berlapis Gula food.detik.com Sabtu, 27 Disember 2014 08:35 WIB

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]