Pergi ke kandungan

Khaidhirah Abu Zahar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Khaidirah Abu Zahar
خضيرة أبو ظهر
Timbalan Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka
(Perancangan Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Industri, Teknikal, Pembangunan Pendidikan dan Latihan Vokasional (TVET))
Menyandang jawatan
6 April 2023
GabenorMohd Ali Rustam
Ketua MenteriAb Rauf Yusoh
AhliAb Rauf Yusoh
Kawasan pilihan rayaRim
Timbalan Speaker
Dewan Undangan Negeri Melaka
Dalam jawatan
27 Disember 2021 – 6 April 2023
GabenorMohd Ali Rustam
Ketua MenteriSulaiman Md Ali
(2021–2023)
Ab Rauf Yusoh
(Mac–April 2023)
SpeakerIbrahim Durum
Didahului olehGhazale Muhamad
Digantikan olehKerk Chee Yee
Kawasan pilihan rayaRim
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka
bagi Rim
Menyandang jawatan
20 November 2021
Didahului olehGhazale Muhamad
(BNUMNO)
Majoriti1,327 (2021)
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Melaka
2021–Barisan Nasional
Maklumat peribadi
Lahir
Khaidhirah binti Abu Zahar

(1984-03-02) 2 Mac 1984 (umur 41)
MelakaMalaysia Merlimau, Melaka, Malaysia
Kewarganegaraan Malaysia
Parti politikPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN)
Pasangan
  • Tengku Shafriz-Rullah Tengku Shahid (k. 2006; c. 2010)
  • Helmi Yusof (k. 2011; c. 2016)
  • Syfik Izdzywan Sidek (k. 2020)
PertalianAbu Zahar Ithnin (father)
Anak1 anak perempuan dan 1 anak angkat
Tempat belajarUniversiti Teknologi MARA
Universiti Malaya
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pengarah
  • ahli politik
  • pengacara
Nama panggilanDira

Khaidhirah Abu Zahar (lahir 2 Mac 1984) merupakan seorang ahli politik Malaysia, pengacara, pengarah dan bekas pelakon yang telah berkhidmat sebagai Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Ketua Menteri merangkap Ahli Ab Rauf Yusoh sejak April 2023 serta Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) bagi Rim sejak November 2021. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka dari Disember 2021 sehingga pelantikannya sebagai Timbalan Ahli EXCO pada April 2023. Beliau ialah seorang ahli dan Naib Ketua Bahagian Jasin bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen dalam gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN). Beliau juga lebih dikenali dengan nama pentasnya iaitu Dira.

Beliau merupakan pelakon pertama yang dipilih sebagai seorang wakil rakyat selepas kemenangannya dalam Pilihan raya negeri Melaka 2021, secara keseluruhan selebriti kedua yang menjadi wakil rakyat selepas bekas Senator Jins Shamsuddin yang telah meninggal dunia.[1][2]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 2 Mac 1984 di Merlimau, Melaka, sebagai anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Allahyarham Abu Zahar Ithnin.[3] Dira memiliki ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Kerjaya hiburan

[sunting | sunting sumber]

Dira pernah menjadi pengacara rancangan televisyen Fulus Mania, Jom Ronda with Proton dan Melodi. Antara drama lakonannya termasuk Delima, Cinta Tanpa Suara, Rona Roni Makaroni, Merah Putih, One Hundred Birthdays, Tower 13, Aki Nabalu, Arjuna, Woman, Two Kali Mencintai Mu, Crossings dan Aku Bukan Dia. Beliau juga pernah membintangi filem My Indie Rock Darling.

Dira turut terlibat dalam pementasan teater seperti Compilation Vol II (Legacy) dan Signs. Beliau juga bergiat dalam penulisan skrip, antaranya untuk filem drama Syawal Aku Dan Dia di TV Alhijrah. Dira pernah menyertai rancangan realiti tarian Sehati Berdansa terbitan Astro.

Beliau membintangi beberapa filem seperti For 3 Days, Chow Kit, Kil, The Run (juga dikenali sebagai Lari), dan Longkai. Dira turut bergandingan dengan Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong dalam filem Kimchi Untuk Awak arahan Michael Ang yang ditayangkan pada Mac 2017.[4]

Dira pernah duduk di kerusi pengarah dengan mengarahkan pementasan teater Mencari Sumaiyah yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur dari 8 hingga 14 Ogos 2016.[5]

Selain itu, beliau juga mengarah drama sitkom untuk Astro Warna, 3 Dara Kg.com yang dibintangi Scha Al-Yahya, Marsha Londoh dan Eina Azman.

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Mengikut jejak langkah bapanya, bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Haji Isnin yang menceburi bidang politik, Dira menyertai Puteri UMNO dengan berkhidmat sebagai Exco dari 2015 hingga 2018. Pelantikan beliau dibuat semasa mesyuarat sayap UMNO di Menara Dato' Onn yang dipengerusikan oleh Ketua Puteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. Turut hadir, timbalannya Zahida Zarik Khan; Penolong Setiausaha Puteri, Fahariyah Md Nordin serta barisan Exco.

Pada 24 Ogos 2013, Dira menyerahkan borang keahlian Puteri UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Idris Haron. Beliau dipetik daripada Utusan Malaysia sebagai berkata: "Saya mahu melakukan banyak perkara untuk parti kerana saya melihat bagaimana ibu dan bapa saya berjuang dalam parti dan kerana semangat mereka saya terpanggil untuk menyertai Puteri".[6]

Dira mendedahkan kepada Utusan Malaysia pada Jun 2018 bahawa beliau membuat kenyataan rasmi berhubung spekulasi bahawa beliau bertanding untuk jawatan Ketua Puteri UMNO.[7] Dalam satu temu bual bersama Sinar Harian, Dira menyatakan bahawa beliau kekal setia kepada UMNO, dengan mengatakan bahawa apa yang beliau lakukan kini ialah perniagaan dan politik, dan bukan lagi bidang lakonan.[8] Dira diumumkan sebagai Ketua Puteri UMNO Bahagian Jasin pada mesyuarat perwakilan pergerakan itu. Beliau menang tanpa bertanding untuk jawatan tersebut bagi penggal 2018–2021.[9]

Dira merupakan antara muka baharu yang dipilih oleh parti sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan raya negeri Melaka 2021 bagi kerusi Rim.[10][11][12] Beliau menjadi artis pertama yang berjaya memenangi pilihan raya untuk menjadi seorang wakil rakyat.[13] Pada 27 Disember 2021, beliau dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka bersama Speaker baharu Ibrahim Durum oleh Ketua Menteri Sulaiman Md Ali.[14]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Dira telah berkahwin sebanyak tiga kali. Beliau berkahwin dengan pemuzik, Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid (kini suami kepada Sherie Merlis) pada tahun 2006, dan berpisah pada tahun 2010. Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan bernama Tengku Anggun Deandra Tengku Shafiz-Rullah. Dira kemudiannya berkahwin dengan jurukamera dan pengarah, Helmi Yusof pada 14 November 2011,[15] dan mengalami keguguran pada Disember 2013.[16] Pasangan tersebut memfailkan perceraian pada tahun 2016.[17]

Beliau mempunyai seorang anak angkat bernama Waris Iskandar Andiqa selepas mendapat kelulusan permohonan daripada pihak kerajaan.[18][19]

Dira berkahwin buat kali ketiga dengan ahli perniagaan, Syfik Izdzywan Sidek pada 21 Jun 2020 di Masjid Al Azim, Melaka pada jam 10.30 pagi.[20] Semasa majlis tersebut, Dira menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 bersama tiga dulang hantaran berbalas lima.[21]

Beliau mempunyai hobi menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Pada April 2012, Dira menjadi subjek kontroversi apabila beliau didakwa terlibat dalam satu kes pergaduhan dan dituduh menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang wanita berikutan salah faham kecil. Beliau membuat laporan polis berhubung insiden tersebut, namun menafikan penglibatan dalam kejadian itu. Akibatnya, beliau direhatkan daripada tugasnya sebagai pengacara rancangan Melodi dan tidak dibenarkan menghadiri promosi filem lakonannya, Chow Kit.[22]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2007 My Indie Rock Darling Wanita Muda Penampilan filem sulung
2012 Chow Kit Salina
Untuk 3 Hari Balqis
Ngorat Aishah
Pontianak vs Orang Minyak Penasihat Pontianak 1
2013 KIL Salina
Lari Maya
Longkai Rima
Kolumpo Kuih Sister Penampilan khas
Papadom 2 Sheila
2014 Sejoli: Misi Cantas Cinta Lola
Mana Mau Lari Gadis Jelita Penampilan khas
2016 Bo-Peng Hana
2017 Kimchi Untuk Awak Kak Long
Kau Takdirku Awek Dating 1 Penampilan khas
2023 Sayu Yang Syukur Sherry
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Rona Roni Makaroni Gia Astro Ria
Kekasihku Seru Masita TV3
2009 Merah Putih Anggun
Tower 13 Maria
2010 Arjuna Mas Ayu
Crossings Katie NTV7
2011 Tahajjud Cinta Umairah TV3
2011–2012 Nilapura Widya
2012–2013 Cinta Dalam Hati Munira TV2
2013 Dahlia Dahlia Astro Mustika HD
2015 Aku Bukan Dia Amy TV1
2017 3 Dara Kg.com Astro Warna Sebagai pengarah
Tahun Tajuk
2015 Baik Punya Cilok

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Ponti Anak Remaja Astro Ria
Seratus Hari Jadi Sara
2011 Perempuan TV2
2012 50:50 TV1
Kau Untukku Nurul Umairah Astro Box Office
2013 Karlos Bolos Cuwie TV3
Pasport Duniawi TV Alhijrah
Beranak Dalam Kubur Salmah Astro Prima
2014 Nangnok Nang Astro Ria
2015 Cinta Suci Jadi Saksi
2016 Redha Untukmu TV1 Sebagai pengarah

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2007 Mango TV Pengacara
2008 Jom Ronda bersama Proton Pengacara bersama AG TV3
2010–2012 Melodi Pengacara bersama Zizan Razak
2015 Betul ke Bohong? (Musim 7) Artis Jemputan Astro Warna

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Melaka[23][24][25][26]
Tahun Kerusi Calon Undi Peratus undian Lawan Undi Peratus undian Buang undi Majoriti Keluar
2021 N25 Rim Khaidiriah Abu Zahar (UMNO) 4,037 45.31% Azalina Abdul Rahman (BERSATU) 2,710 30.42% 9,082 1,327 66.43%
Prasanth Kumar Brakasam (PKR) 2,163 24.28%

Darjah kebesaran

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Artis Pertama Menang Pilihan Raya, Selamat Berkhidmat Untuk Rakyat Dira Abu Zahar". Astro Gempak. 21 November 2021. Dicapai pada 21 November 2021.
  2. ^ "PRN Melaka: Dira Abu Zahar artis pertama menang pilihan raya". Astro Awani. 21 November 2021. Dicapai pada 21 November 2021.
  3. ^ Bapa Dira Abu Zahar selamat dikebumikan Sensasi Selebriti. Dicapai pada 26 Mei 2014.
  4. ^ Farhana Abd Rahman (17 Mei 2016). Dira Abu Zahar leaves the art world Berita Harian . Dicapai pada 29 Mei 2016.
  5. ^ Mencari Sumaiya cabaran Dira Utusan Malaysia (21 Julai 2016). Dicapai pada 11 September 2016.
  6. ^ Dira Abu Zahar serah borang jadi ahli Puteri UMNO Diarkibkan 2018-05-02 di Wayback Machine Utusan Malaysia (25 Ogos 2013). Diperoleh pada 1 September 2013.
  7. ^ Khairulanuar Yahaya (5 Jun 2018). Dira Abu Zahar bertanding Ketua Puteri UMNO Utusan Malaysia. Dicapai pada 6 Jun 2018.
  8. ^ Muhammad Shamsul Abdul Ghani (2 Jun 2018). Dira istiqamah bersama UMNO, sudah berhenti berlakon Sinar Harian. Dicapai pada 6 Jun 2018.
  9. ^ Amir Mamat (23 Jun 2018). Dira dipilih Ketua Puteri UMNO Jasin Berita Harian. Dicapai pada 24 Jun 2018.
  10. ^ "PRN Melaka: Umno tampil 90% muka baharu". Free Malaysia Today. 4 November 2021. Dicapai pada 10 November 2021.
  11. ^ "Melaka polls: Barisan unveils candidates list contesting all 28 state seats". The Star. 6 November 2021. Dicapai pada 10 November 2021.
  12. ^ Norzalina (19 November 2021). "Bekas Aktres, Pengacara Cantik Bertanding Di PRN Melaka, Personaliti Humble Datuk Dira Abu Zahar Curi Perhatian". Nona. Dicapai pada 19 November 2021.
  13. ^ Tahir Alhamzah (22 November 2021). "Dira Abu Zahar first artiste to win an election". #Showbiz. New Straits Times. Dicapai pada 22 November 2021.
  14. ^ "Ibrahim Durum is new Melaka state assembly speaker, Dira is deputy". New Straits Times. 27 Disember 2021. Dicapai pada 27 Disember 2021.
  15. ^ Wahida Othman (14 November 2011). "Dira & Helmi meniti bahagia". Mangga. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 November 2011. Dicapai pada 17 Februari 2014.
  16. ^ Wartawan Sinar Harian (19 Disember 2013). "Dira Abu Zahar tak sedar hamil, keguguran". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2018. Dicapai pada 21 Jun 2014.
  17. ^ Zaidi Mohamad (9 November 2016). Dira, Helmi sudah enam bulan tidak sebumbung Berita Harian. Dicapai pada 21 Jun 2017.
  18. ^ Zaidi Mohamad (24 Februari 2019). Dira makin bahagia dengan kehadiran Waris Berita Harian. Dicapai pada 12 Jun 2019.
  19. ^ 3 bulan lepas awak muncul, Allah bisik ini saya punya: Dira Abu Zahar Astro Awani (10 Januari 2019). Dicapai pada 12 Jun 2019.
  20. ^ Zaidi Mohamad (21 Jun 2020). "Dira Abu Zahar nikahi ahli perniagaan". Berita Harian. Dicapai pada 21 Jun 2020.
  21. ^ "Pelakon Dira Abu Zahar bernikah dengan ahli perniagaan". Astro Awani. 21 Jun 2020. Dicapai pada 21 Jun 2020.
  22. ^ "Insiden gaduh: Dira Abu Zahar direhatkan pihak pengurusan". Oh Bulan!. 4 Mei 2012. Dicapai pada 6 November 2012.
  23. ^ "N.25 RIM". SPR Dashboard. 7 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 October 2020. Dicapai pada 8 November 2021.
  24. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  25. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Keputusan hanya tersedia daripada pilihan raya 2004.
  26. ^ "The Star Online GE". The Star.
  27. ^ Wawann Mohd (2 November 2020). "Terima anugerah DPSM, Dira Abu Zahar kini bergelar Datuk". Sinar Harian. Dicapai pada 6 November 2020.
  28. ^ Amri Hassan (5 November 2020). ""Yang penting bukan Datuk beli" - Dira Abu Zahar dapat pangkat Datuk dari Melaka". Astro Gempak. Dicapai pada 6 November 2020.
  29. ^ "Dira Abu Zahar terima gelaran Datuk". Rotikaya. 2 November 2020. Dicapai pada 6 November 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]