Ayam pop

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ayam pop
Ayam pop.JPG
Sepotong ayam pop
Tempat asal Indonesia
KawasanSumatera Barat
Bahan utamaDaging ayam, air kelapa, bawang putih, minyak kelapa
di Wikibuku Buku Masakan: Ayam pop  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Ayam pop
Ayam pop dengan sos

Ayam pop ialah hidangan daging ayam tanpa kulit yang berasal dari Sumatera Barat, Indonesia.[1] Ia merupakan salah satu jenis ayam goreng, tetapi yang membezakan antara ayam pop dengan ayam goreng yang lain ialah ayam pop mempunyai warna putih selepas memasaknya.[2] Ia disebabkan oleh ayam pop telah dibumbui dan direbus dengan air kelapa bersama dengan bawang putih cincang. Selepas itu, ayam akan digoreng rendam seketika dalam minyak masak yang panas sehingga masak sempurna dan mendapatkan tekstur yang sedikit garing.[2]

Ayam pop biasanya dimakan bersama nasi panas dengan sambal cili tomato yang terbuat daripada cili yang digiling dan dicampur dengan tomato yang dicincang serta daun ubi kayu yang direbus atau ulam-ulaman.[2] Ayam pop merupakan salah satu masakan yang terkenal di kalangan masyarakat Padang serta di restoran Padang.[3][4]

Asal[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan Kompas.com, hidangan ini berasal daripada sebuah restoran di Bukittinggi, yakni Restoran Keluarga Benteng Indah, dari tahun 1950.[5] Pada mulanya, restoran ini hanya menjual ayam goreng biasa atau kering. Pada suatu hari, pesanan ayam semakin tinggi lantas pemilik restoran mendidih ayam dalam jumlah yang besar ke dalam santan serta bawang putih yang telah dicincang dan kemudian menggoreng seketika supaya pelanggan tidak menunggu lama untuk mendapatkan pesanannya.[5] Dengan sengaja ataupun tidak, hidangan ayam ini menjadi popular kerana bentuknya berbeza daripada ayam goreng yang biasa ditemukan.[5] Ia memiliki aroma khas air kelapa dan rasa yang lebih enak. Ia menjadi kegemaran penduduk berbangsa Cina di Bukittinggi pada ketika itu, disebabkan ayam pop hampir sama dengan ayam Hainan.[5] Kemungkinan kecil, "pop" merupakan singkatan bagi "popular".[5]

Terdapat juga sumber yang mengatakan bahawa ayam pop terkenal pada tahun 1976. Sebuah restoran di Ssmpang Raya, Sumatera Barat merupakan yang pertama memperkenalkan ayam pop, sehingga beberapa cabang restoran Simpang Raya yang majoritinya di luar Sumatera Barat dengan menambah slogan "Istana Ayam Pop".[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ SPF: Ayam & Bebek Panggang & Goreng. Gramedia Pustaka Utama. m/s. 28–29. ISBN 978-979-22-3112-0.
  2. ^ a b c Rahmadila Eka Putri (14 Januari 2021). "6 Trivia Ayam Pop khas Minang, Bukan Sekadar Ayam Goreng!". idntimes.com (dalam bahasa Indonesia). IDN Times. Dicapai pada 2021-06-08.
  3. ^ "Resipi Ayam Pop Indonesia, Ringkas Lengkap dengan Sambal Sedap". rasa.my. Rasa. Dicapai pada 9 Jun 2021.
  4. ^ Murdjiati Gardjito, Lia Muliani, Chairunisa C (2019). Pusaka Nenek Moyang, Yang Pantang Disayang- Kuliner Minangkabau. Gramedia Pustaka Utama. m/s. 105. ISBN 978-602-06-3238-4.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ a b c d e "Ini Asal-usul Ayam Pop Khas Minang" (dalam bahasa Indonesia). Kompas.com. 31 Julai 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Julai 2017. Dicapai pada 2017-07-31.
  6. ^ Rahmawati, Mila (2009). Sukses Bisnis Rumah Makan Padang. Niaga Swadaya. m/s. 42. ISBN 9789791477741.