Gula melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Fail:Gulakelapa.jpg
Ketulan gula melaka.

Gula melaka, gula tuak, gula merah atau gula aren (di Indonesia) merupakan sejenis gula diperbuat daripada air nira kelapa.

Kemanisan dan kehalusan gula Melaka asli berbeza dengan gula melaka tiruan yang banyak terdapat di pasaran kini.

Proses pembuatan[sunting | sunting sumber]

Pembuatan gula aren di Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia.

Proses membuat Gula Melaka mempunyai tiga peringkat. Seseorang yang pakar dalam membuat Gula Melaka dapat mengenal pasti kelapa yang menghasilkan air nira yang baik. Ini penting bagi mendapatkan Gula Melaka yang bermutu tinggi.

Pemerolehan[sunting | sunting sumber]

Nira kelapa yang merupakan bahan asas didapatkan ditakung ke dalam buluh yang sepanjang sekaki. Di dalam tabung tersebut diletakkan sedikit kapur untuk mencegah air nira daripada menjadi masam (sebagai tuak).

Air nira ini kemudiannya dimasukkan dalam suatu kawah dikenali sebagai "sabak". Pada peringkat ini, pengawasan dan pengalaman adalah amat penting bagi menghasilkan gula yang baik. Api sabak mesti dijaga agar tidak terlalu besar ketika gula mencapai peringkat "bunga sena" dan menjadi pekat serta mengeluarkan buih-buih yang berwap panas. Dalam peringkat ini, gula dikacau dengan perlahan-lahan dan beberapa minit kemudian, kancah diturunkan dan gula itu terus dikacau bagi menghasilkan gula yang halus.

Proses memasak nira menjadi gula mengambil masa selama empat jam.

Peringkat ketiga[sunting | sunting sumber]

Dalam peringkat terakhir, gula yang dipastikan cukup pekat dan masih panas dituangkan ke dalam acuan yang diperbuat daripada buluh setinggi tiga inci yang tidak tertutup di kedua-dua hujung. Tabung diletakkan di atas lantai khas. Setelah beku, gula tersebut dikeluarkan daripada bekas tersebut.