Erra Fazira (Artis)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jangan dikelirukan dengan Eira Syazira.
"Fazira binti Wan Chek" dan "Erra Fazira" dilencongkan di sini. Untuk album EP eponim beliau, sila lihat Erra Fazira (EP).
Erra Fazira
Erra Fazira.jpg
Erra Fazira, gambar oleh Kid Chan
Kelahiran Fazira binti Wan Chek
(1974-02-09) 9 Februari 1974 (umur 43)
Rawang, Selangor, Malaysia
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Pelakon, penyanyi, pengacara
Tahun aktif 1992 - kini
Terkenal kerana Wati dalam Sembilu (1994)
Maria dalam Maria Mariana (1996)
Nina dalam K.L menjerit 1 (2005)
Kampung asal Rawang,Selangor
Pasangan Yusry bin Abdul Halim (2003-2006, cerai)
Engku Emran Engku Zainal Abidin (2007-2014, cerai)
Kerjaya muzik
Genre Pop, balada, R&B
Instrumen Vokal
Tahun aktif 1993 - 2007 (dalam industri muzik)
Syarikat rakaman
  • Sony Music (1994 - 2006)
  • Erra Fazira Entertainment (1998 - kini)

Fazira binti Wan Chek (lahir 9 Februari 1974) atau lebih dikenali sebagai Erra Fazira ialah seorang model, pelakon, penyanyi, dan bekas ratu cantik Malaysia. Dilahirkan dan dibesarkan di Rawang, Selangor, Erra memulakan kerjaya profesionalnya pada 1992 dengam menyertai pertandingan Ratu Cantik Miss Malaysia World 1992 dan memenangi gelaran tersebut. Pada 1994, Erra merakamkan album EP pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album dan didahului dengan single sulungnya "Yamg Terindah Hanya Sementara". Pada tahun yang sama, beliau melancarkan kerjaya lakonannya menerusi filem pecah panggung, Sembilu arahan Yusof Haslam, sejak itu, beliau diberi jolokan sebagai "Primadona Filem Melayu Alaf Baru" sejak tahun 1994 hingga kini.

Erra telah muncul dalam beberapa filem terkenal termasuk Gerak Khas The Movie (2000), Janji Diana (2004), KL Menjerit 1 (2005) dan Cuci (2007). Salah satu filem beliau, Hingga Hujung Nyawa (2004) telah melayakkan beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-17. Sepanjang kerjayanya, Erra telah memenangi pelbagai anugerah di dalam kerjaya muzik, televisyen dan filem termasuk Anugerah Industri Muzik, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah Skrin.

Di dalam kerjaya muziknya, Erra telah menerbitkan sebanyak 7 album. Beliau berkahwin sebanyak dua kali, iaitu bersama penyanyi Yusry KRU (kini berkahwin dengan Lisa Surihani) dari 2003 hingga 2006, dan perkahwinan keduanya bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin (kini berkahwin dengan pelakon Indonesia, Laudya Chintya Bella) dari 2007 hingga 2014, dikurniakan seorang anak perempuan bernama Engku Aleesya.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan pada 9 Februari 1974 di Sungai Choh, Rawang, Selangor kepada pasangan Wan Chek dan Azizah Zaik, Erra Fazira merupakan seorang yang aktif di sekolah dan menyertai banyak persatuan seperti Pengakap, St. John Ambulans, Kelab Kebudayaan, dan Kelab Bahasa Inggeris. Beliau juga aktif dalam bidang sukan dan pernah mewakili sekolah dalam acara sukan bola jaring. Erra Fazira sering bertukar sekolah disebabkan menghadapi perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Erra pernah bersekolah bersama rakan baiknya, aktres Umie Aida di SMK Putri Melawati, Kuala Lumpur. Erra Fazira juga pernah berkasih dengan Awie dari Kumpulan Wings.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

1990an[sunting | sunting sumber]

Erra Fazira sememangnya mempunyai minat menyanyi dan menari sejak kecil. Pada 1992, Erra menyertai pertandingan Ratu Cantik Malaysia / World 1992. Hasilnya beliau memenangi gelaran tersebut sekaligus mewakili negara ke peringkat akhir di Botswana, Afrika. Erra mempunyai ketinggian sebanyak 168 sentimeter.

Bakat nyanyian Erra dikesan oleh penyanyi popular 80-an, Dayangku Intan. Erra mula aktif menyanyi di funfair sebelum berjaya mendapat kontrak rakaman Polygram Records.

Namun akibat populariti yang melonjak naik setelah bergelar Ratu Cantik Malaysia, Erra terlebih dahulu menerima tawaran untuk muncul dalam watak utama filem Sembilu arahan pengarah Yusof Haslam. Filem tersebut mencapai kutipan pecah panggung sekaligus melonjakkan nama Erra sebagai aktres paling popular sebaris dengan aktres zaman itu seperti Fauziah Ahmad Daud, Erma Fatima, Sofia Jane dan Tiara Jacquelina.

Beliau kemudiannya menjadi artis rakaman Polygram Records untuk memulakan kerjayanya sebagai penyanyi. Lagu Cinta Abadi menjadi salam perkenalan kepada peminat pada lewat tahun 1994. Beliau kemudiannya menyertai Sony Music Entertainment Malaysia pada 1998 dan seterusnya muncul bersama album Kini.

Erra menjalin hubungan cinta bersama aktor dan penyanyi rock, Awie setelah sama-sama membintangi filem Sembilu. Mereka melangsungkan pertunangan pada 1996 sebelum akhirnya putus tunang dengan episod kontroversi pada hujung 1998.[perlu rujukan] Awie kemudiannya berkahwin dengan penyanyi muda Arni Nazira Anuar pada Disember 1998.

Pada tahun 1998 juga, Fazira menubuhkan syarikat sendiri, Erra Fazira Entertainment Sdn Bhd.

2000an[sunting | sunting sumber]

Erra kemudian bertemu cinta dengan penyanyi kumpulan KRU, Yusry bin Abdul Halim setelah sama-sama menjalani sesi fotografi majalah pada 2001.

Erra Fazira diijabkabulkan dengan Yusry pada 15 Jun 2003 di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Pada 16 Jun 2006, perkahwinan mereka disahkan berakhir apabila Yusri mengaku di hadapan hakim syari'e bahawa beliau sendiri melafazkan talak satu kepada isterinya pada 26 April 2006 di kediaman mereka.

Pada Jun 2007, Erra sekali lagi menjadi fokus episod kontroversi apabila beliau menjadi subjek cerita orang ramai apabila aktor Hans Isaac mengumumkan dia sudah tidak bercinta dengan Erra. Sebelum itu, baik Erra mahupun Hans; masing-masing menafikan mempunyai ikatan cinta. Kisah itu terus panas apabila Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin dikaitkan sebagai punca keretakan hubungan Erra dan Hans.[perlu rujukan]

Perkahwinan di antara Erra dan Emran pada Oktober 2007 menamatkan spekulasi media. Bekas ratu cantik sebelum itu sah menjadi tunangan Engku Emran dalam satu majlis sederhana di kediamannya di Damansara Kim pada 7 Sept 2007. Setelah hampir dua tahun menjalani kehidupan tanpa suami, Erra Fazira akhirnya selamat diijab kabul dengan Emran di Restoran Puteri. Hanya senaskah al-Quran sebagai hantaran perkahwinan.

Pada 2008, Erra menandatangai kontrak Wajah Eksklusif Astro sekaligus menandakan Erra bersedia untuk muncul sebagai pelakon TV.

Pada Mac 2009 Erra dan Emran dikurniakan cahaya mata bernama Engku Aleesya. Pun begitu, kisah anak sulung Erra ini menjadi bualan media apabila Erra dikatakan menyorokkan anaknya daripada media selama tempoh berpantang. Pada majlis cukur jambul Aleesya, Erra mengumumkan beliau dan suami serta anak akan muncul dalam rancangan realiti Gugu Gaga Erra sekaligus menjadikan Erra sebagai artis Malaysia pertama yang menjalani rancangan realiti mengenai anak sulungnya.

2010an[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Februari 2014, Erra dan Emran telah sah bercerai dengan talak satu.[2]

Imej dan legasi[sunting | sunting sumber]

Erra kini terus dijulang sebagai Primadona Filem Melayu biarpun dibanjiri oleh ramai muka-muka baru, namun populariti Erra sebagai aktres terus harum dan dikenang sebagai aktres paling berpengaruh di dalam sejarah perfileman melayu. Erra bukan sahaja seorang aktres tetapi juga bakat serba bolehnya dikenang menerusi hasil kerjanya sebagai penyanyi, penciptaan lagu, pengarah muzik video, penerbit filem dan TV serta pengacaraan. Erra juga merupakan aktres yang menjana pendapatan tertinggi dalam sejarah perfileman Malaysia. Sehingga 2009, kutipan keseluruhan filem lakonan Erra dikatakan berjumlah RM 76 juta.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Erra Fazira semasa sesi fotografi.

Erra telahpun muncul dalam lebih 30 buah filem sepanjang 20 tahun penglibatan dalam bidang lakonan. Beliau juga muncul dalam banyak drama televisyen ketika bergelar "Wajah Eksklusif Astro" sejak 2008.

Filem

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Diskografi Erra Fazira

Selain bergelar pelakon, Erra juga seorang penyanyi pop yang popular di Malaysia dan negara serantau. Beliau telah merakam 7 buah album studio yang mengandungi beberapa lagu hits yang menduduki carta teratas di Malaysia dan Indonesia. Beliau juga banyak merakamkan lagu-lagu runut bunyi untuk filem. Erra pernah membuat dua buah konsert solo iaitu pada 1999 di Kuala Lumpur dan 2006 di Perth, Australia.

EP
Album studio

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jane Ritikos. "Awie Bongkar Kisah Perceraian", Mstar Online, 19 Oktober 2006. Retrieved on 16 Februari 2013.
  2. ^ Nor Azura Abdul Jalil (2014/02/18). "Erra Fazira bercerai talak satu". myMetro. Dicapai pada 18 Februari 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Amy Mastura
menerusi Puteri Impian
Festival Filem Malaysia - Aktres Terbaik
2001
menerusi Soal Hati
Diikuti oleh:
Umie Aida
menerusi Embun
Didahului oleh
Nasha Aziz
menerusi Trauma
Festival Filem Malaysia- Aktres Terbaik
2005
menerusi Hingga Hujung Nyawa
Diikuti oleh:
Sharifah Amani
menerusi Gubra
Didahului oleh
Sofia Jane
Anugerah Bintang Popular Berita Harian- Pelakon Filem Wanita Popular
1994 - 1995
Diikuti oleh:
Ziana Zain
Didahului oleh
Amy Mastura
Anugerah Bintang Popular Berita Harian- Pelakon Filem Wanita Popular
2000 - 2004
Diikuti oleh:
Maya Karin