Parti Islam Se-Malaysia: Perbezaan antara semakan
kotak maklumat |
Tiada ringkasan suntingan |
||
Baris 1: | Baris 1: | ||
=PRU ke-13: PRU paling kotor dalam sejarah Malaysia= |
|||
{{Infobox political party |
{{Infobox political party |
||
|name = Parti Islam Se-Malaysia <br><small>ڤرتي اسلام س-مليسيا</small><br> PAS |
|name = Parti Islam Se-Malaysia <br><small>ڤرتي اسلام س-مليسيا</small><br> PAS |
Semakan pada 22:13, 20 Mei 2013
PRU ke-13: PRU paling kotor dalam sejarah Malaysia
Parti Islam Se-Malaysia ڤرتي اسلام س-مليسيا PAS | |
---|---|
Presiden | Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang |
Pengerusi | Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat |
Setiausaha agung | Datuk Mustafa Ali |
Diasaskan | 04 April 1956 |
Ibu pejabat | Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur |
Akhbar | Harakah |
Sayap belia | Dewan Pemuda PAS Malaysia |
Keanggotaan | Muslim, Bukan-Muslim (kelab) |
Ideologi | Islamisme, Fundamentalisme Islam, Demokrasi |
Agama | Islam |
Warna | Hijau |
Slogan | Membangun Bersama Islam Membentuk Negara Berkebajikan |
Parlimen Malaysia | 21 / 222
|
Simbol pilihan raya | |
Bulan | |
Laman sesawang | |
Laman web Parti Islam Se-Malaysia (Malay) | |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya |
Parti Islam Se-Malaysia (Jawi: ڤرتي اسلام س-مليسيا, juga PAS) adalah sebuah parti pergerakan Islam di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden parti, Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Awang. PAS cuba mengimbangi perjuangan nasionalisme UMNO sebagai sebuah parti yang mendokong Islam. Dengan tidak menafikan bahawa semangat perjuangan yang berteraskan kepada Islam di negara ini telahpun wujud semenjak tahun 1906 lagi, yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha) yang berpusat di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang, PAS yang muncul pada tahun 1951 adalah atas kesedaran masyarakat Melayu (pada waktu itu) untuk melihat Agama Islam dapat ditegak dan didaulatkan di negara ini.
Pada peringkat awal penubuhannya, PAS dilihat sebagai sebuah parti Melayu yang memperjuangkan hal-ehwal Islam melebihi dari apa yang dilaksanakan oleh UMNO. Didokongi oleh para ilmuan agama, PAS adalah parti yang menjadi pilihan bagi orang-orang melayu yang berpendidikan agama. Pun begitu setelah berlakunya Tragedi 13 Mei 1969, PAS telah menerima cadangan UMNO untuk bergabung didalam perikatan yang baru yang dinamakan sebagai Barisan Nasional (BN). PAS adalah diantara parti pengasas BN. Penglibatan PAS didalam BN berakhir dengan krisis darurat di Kelantan pada 1978. Akhirnya PAS mengambil keputusan untuk keluar dari BN. Para penyokong PAS mengganggap bahawa UMNO telah mengkhianati mereka. Para penyokong UMNO pula berpendapat PAS telah tidak patuh pada ketetapan BN. Pun begitu, krisis dalaman PAS telah membawa kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.
PAS telah mengambil masa yang lama untuk menyusun semula perjuangan mereka. Ketika Tuan Guru Yusuf Rawa mengambil alih teraju PAS pada 1982, PAS telah menjenamakan semula parti tersebut dibawah slogan "Kepimpinan Ulama".
Kini PAS adalah sebahagian dari sebuah perikatan yang namakan sebagai Pakatan Rakyat, bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Rakyat (DAP). Pencapaian PAS pada pilihan raya umum 2008 adalah di antara yang terbaik. Selain dari mengekalkan penguasaan PAS di Kelantan dengan majoriti yang besar, PAS turut membentuk kerajaan di Kedah dan Perak (antara 2008-2009). PAS juga adalah sebagai daripada kerajaan di Selangor dan Terengganu.
Negara Anggota ASEAN |
Portal Malaysia |
Sejarah penubuhan
Mengikut satu fakta sejarah, PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 23 Ogos 1951. Bagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 (Warta Negara, 26 November 1951 dan Utusan Melayu 25 November 1951).
Walaupun di sini terdapat dua tarikh yang berbeza, namun bagi ahli-ahli sejarah dan tokoh-tokoh lama dalam PAS, fakta kedua (24 November 1951) adalah tarikh kepastian PAS ditubuhkan.
Parti Islam Se-Malaysia kemudiannya telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Pulau Pinang).
PAS atau Persatuan Islam Se-Malaya (nama asalnya) adalah pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan kepada Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka sesudah Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajah pada tahun 1948.
Golongan reformasi ini bukan sahaja berjaya menyedarkan masyarakat Melayu tentang betapa pentingnya menghapuskan penjajah barat bagi mewujudkan sebuah negara Islam, tetapi turut menyuarakan pendapat bahawa kelemahan umat Islam sebenarnya adalah berpunca daripada masyarakat Islam yang tidak mahu mengikut ajaran Islam dengan betul sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah.
Dalam usaha mereka menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya kembali semula kepada Islam, pada tahun 1906 mereka telah berjaya menerbitkan sebuah majalah di Singapura yang diberi nama al-lmam. Selanjutnya pada tahun 1925 terbit pula akhbar Edaran Zaman di Pulau Pinang, majalah al-Ikhwan pada tahun 1926 dan Suara pada tahun 1928.
Dengan terbitnya akhbar dan majalah tersebut, golongan ini telah berjaya mencetuskan Revolusi lntelektual di kalangan masyarakat Melayu dan akhirnya bibit-bibit kesedaran yang ditanamkan itu telah mendorong masyarakat Melayu untuk menubuhkan beberapa kesatuan atau pertubuhan bagi memajukan bangsa Melayu dan umat Islam pada tahun-tahun berikutnya.
Persatuan Melayu pertama bercorak politik secara nyata ditubuhkan di negara ini ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan lbrahim Haji Yaakob. la ditubuhkan pada Mei 1937. Kesatuan ini ditubuhkan atas kesedaran mahu memperjuangkan kemerdekaan negara serta membebaskan Tanah Melayu daripada terus ditindas dan dijajah oleh penjajah British.
Malangnya, kesatuan ini tidak dapat bertahan lama kerana ia telah diharamkan oleh Jepun semasa Jepun menguasai Tanah Melayu pada tahun 1941 - 1945.
Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, sebuah parti politik baru Melayu dibentuk, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). la ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Pemimpin awalnya ialah Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya berpindah tangan kepada Dr. Burhanuddin al-Helmi - iaitu seorang tokoh agama yang mampu menguasai bahasa Arab dan lnggeris disamping bahasa Melayu. PKMM telah mengisytiharkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara secara penuh.
Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM dan beliau mendapat kepercayaan golongan agama untuk menyertai gerakan politik bagi menentang penjajah.
PKMM telah berjaya memperluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sehingga ia berjaya menubuhkan pula beberapa sayap atau bahagian dalam struktur organisasinya.
Selain Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA) juga merupakan antara sayap atau bahagian dalam struktur organisasi PKMM.
MATA merupakan bahagian agama parti berkenaan. Melalui MATA dalam satu mesyuarat agung tahunannya telah berjaya melahirkan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948. Tujuan PKMM melahirkan Hizbul Muslimin sebagai sayapnya adalah bagi mengumpulkan tenaga para ulama.
Sebagai sebuah parti Islam pertama di negara ini, Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara yang berdaulat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman Islam serta mewujudkan sebuah negara Islam atau Darul Islam. Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan UMNO.
Bagaimanapun, riwayat hidup Hizbul Muslimin berakhir pada Ogos 1948 apabila British bertindak mengharamkannya disamping menahan seramai tujuh orang pucuk pimpinannya, termasuklah Ustaz Abu Bakar al-Baqir sendiri di bawah Undang-undang Darurat atau Emergency Regulations.
Sungguhpun aktiviti Hizbul Muslimin terhenti, namun keghairahan sokongan rakyat khususnya dari alim ulama terhadap perjuangan politiknya amatlah memberangsangkan. Semangat dan sokongan kental inilah yang akhirnya merintis jalan mudah ke arah penubuhan PAS pada tahun 1951.
Dalam hal ini, ramai ahli sejarah berpendapat penghargaan dan pengiktirafan perlulah dihulurkan kepada Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pemimpin MATA dan seterusnya Hizbul Muslimin yang telah menggarap sebahagian besar dari ground work bagi melebarkan persekitaran untuk memudahkan penubuhan PAS.
Peranan Hizbul Muslimin dalam penubuhan PAS lebih tertonjol lagi apabila sebahagian besar dari bekas pucuk pimpinan pusatnya turut menyertai PAS dan memainkan peranan secara aktif. Mereka antaranya termasuklah Ustaz Othman Hamzah, Ustaz Baharuddin Abd. Latiff, Tuan Haji Khaider Khatib dan Ustaz Yunus Haji Yatimi.
Besar kemungkinan juga Bahagian Agama UMNO yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fuad Hassan turut diresapi dengan pengaruh Hizbul Muslimin ini. Tambahan lagi ramai pemimpin agama dalam UMNO ketika itu kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang bercadang untuk menaja perjudian (loteri).
Tidak dapat dinafikan bahawa rancangan awal penubuhan PAS sebenarnya adalah ditimbulkan oleh sebahagian besar ahli-ahli agama di dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth dengan penitia penajanya terdiri daripada:
- Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan - Pengerusi
- Ustaz Haji Ahmad Maliki - Setiausaha
- Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah - Anggota
- Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Anggota
- Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Anggota
- Tuan Haji Mansor J.P - Anggota
- Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan.
Penitia penaja inilah yang berusaha merangka perlembagaan serta menamakan pertubuhan yang dicita-citakan itu - iaitu dengan nama Pertubuhan Ulama Se-Malaya. Penitia ini telah berusaha mengadakan persidangan dengan persatuan-persatuan kebajikan Melayu atau Islam, Majlis Agama Islam Negeri, ulama perseorangan, para kadhi dan juga mufti.
Walaupun perhimpunan ulama dan orang perseorangan yang dianjurkan oleh Bahagian Agama UMNO itu pada mulanya berjaya menubuhkan Pertubuhan Ulama, tetapi atas inisiatif Ustaz Othman Hamzah, bekas Ahli Jawatankuasa Hizbul Muslimin yang mewakili Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunung Semanggol berjaya melahirkan Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) bagi menggantikan Pertubuhan Ulama Se-Malaya yang dicadangkan pada mulanya.
Maka PAS telah ditubuhkan secara rasmi hasil dari perhimpunan atau muktamar tersebut, yang antaranya turut disertai oleh:
- Persatuan guru-guru agama dari Perlis.
- Persatuan ulama dari Kedah.
- Persatuan anak-anak Kalimantan Malaya (PERKAM) Perak.
- Kelab Darul Ehsan dari Selangor.
- Kelab Melayu Bagan dari Seberang Perai.
- Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunong Semanggol, Perak.
- Perikatan Melayu Bersatu dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.
- Dan lain-lain badan kebajikan, kelab atau jamaah terutamanya dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.
Juga hadir sama beberapa orang Tuan Guru, wartawan, imam dan kadhi atas nama peribadi.
Adapun Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:
PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.
KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.
KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.
KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.
Antara barisan kepimpinan pertama yang dilantik menerajui PAS termasuklah:
- Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan - Yang Dipertua Agung
- Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Timbalan Yang Dipertua Agung
- Tuan haji Hussin Che Dol - Naib Yang Dipertua Agung (Utara)
- Fakir Muhammad Nor - Naib Yang Dipertua Agung (Tengah)
- Abdul Rahman Jamaluddin al-Jambuli - Naib Yang Dipertua Agung (Selatan)
- Tuan Haji Ahmad Maliki - Setiausaha Agung
- Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Bendahari Agung
Ahli Jawatankuasa Agung pula terdiri daripada:
- Tuan Haji Yahya Joned
- Tuan Haji Uthman Talib
- Tuan Haji Mohammad Nor
- Tuan Haji Zabidi Ali
- Tuan Haji Abdul Wahab
- Tuan Haji Assaiya
- Muhammad Mahzub
- Tuan Haji Ahmad Nadur.
Jika dilihat kepada persatuan, peribadi dan jumlah yang hadir semasa perhimpunan atau muktamar penubuhan PAS itu, yang kebanyakannya terdiri dari tokoh-tokoh agama, maka secara tidak langsung menunjukkan bahawa elemen dan semangat perjuangan Islam telah tersemai bersama PAS semenjak awal penubuhannya lagi.
Elemen Islam dalam PAS ini lebih terserlah lagi apabila usaha yang dibawa oleh Yang Dipertua Agung Pertamanya, Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan untuk menyetujui gagasan National Conference tajaan Dato’ Onn Jaafar (ramai yang berpendapat di sini bahawa Haji Ahmad Fuad mungkin terpengaruh dengan cara politik Dato’ Onn yang juga merupakan rakan karib beliau) tidak diterima oleh ahli dan penyokong-penyokong PAS.
Kegagalan Haji Ahmad Fuad mendapatkan sokongan ahli dan penyokong-penyokong PAS ini sekali lagi menunjukkan bahawa kesedaran mendalam mengenai politik Islam di kalangan ahli dan penyokongnya telah wujud walaupun PAS sendiri ketika itu masih berada pada tahap yang lemah.
Akhirnya, dalam satu Perhimpunan Khas pada September 1953, Haji Ahmad Fuad terpaksa mengambil jalan keluar dengan meninggalkan PAS bagi bersama-sama Dato’ Onn (menyertai Parti Negara).
Kesedaran Islam di kalangan ahli dan penyokong PAS inilah yang menjadikan satu ciri keistimewaan kepada perjuangan PAS walaupun sepanjang sejarah perjuangannya ramai di kalangan pemimpin atasnya meninggalkan parti, namun parti terus hidup, malah lebih kental dan subur.
Sejarah tidak mungkin berulang. PAS pernah bergabung dalam Parti Perikatan selepas Peristiwa 13 Mei 1969. Ini kerana kerusi Melayu UMNO di dalam Perlimen ketika itu sangat sedikit. Untuk mengekalkan kuasa Melayu PAS terpaksa berkorban menjadi anggota baru Parti Perikatan dan seterusnya menukar nama kepada Barisan Nasional pada tahun 1974.
Jasa PAS untuk menyelamat UMNO tidak dikenang lama. Bila kerusi parlimen UMNO kuat diparlimen, PAS telah disingkirkan tahun 1978. Sejarah penyingkiran ini begitu tragis sehingga PAS kehilangan Kelantan selepas pengistiharan darurat 1977.
Pengalaman pahit ini bagi PAS tak akan berulang dua kali. Sebarang bentuk perpaduan dengan UMNO akan ditolak kecuali UMNO membuat pindaan dalam akta tubuhnya menerima AL QURAN DAN HADIS sebagai teras perlembagaannya.
Presiden
Nama | Tempoh perkhidmatan |
---|---|
Hj Ahmad Fuad bin Hassan | 1951 - 1953 |
Dr Hj Abbas bin Hj Ilias (Pemangku) | 1953 - 1956 |
Dr Burhanuddin bin Hj Mohd Noor al-Hilmi | 1956 - 1969 |
Tan Sri Mohd Asri bin Haji Muda (Pemangku ketika Dr Burhanuddin ditahan ISA) | 1965 - 1966 |
Tan Sri Mohd Asri bin Haji Muda | 1969 - 1982 |
Tuan Guru Haji Yusuf Rawa | 1982 - 1989 |
Dato' Haji Fadzil Mohd Noor | 1989 - 2002 |
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang | 2002 - kini |
Kepimpinan
Kepimpinan PAS Pusat
Bagi sesi 2011-2013[1], kepimpinan PAS Pusat adalah seperti berikut:-
Nama | Jawatan |
---|---|
Al-Mursyidul Am | Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat |
Timbalan Al-Mursyidul Am | Tuan Guru Dato’ Dr. Hj Haron Din |
Al-Presiden | Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang |
Timbalan Al-Presiden | Hj Mohamad Sabu |
Naib Al-Presiden I | Dato’ Hj Husam Musa |
Naib Al-Presiden II | Salahuddin Ayub |
Naib Al-Presiden III | Dato' Hj Mahfuz Omar |
Ketua Dewan Ulama | Ustaz Dato' Ustaz Hj Harun Taib |
Ketua Dewan Pemuda | Ustaz Hj Nasrudin Hassan Tantawi |
Ketua Dewan Muslimat | Siti Zailah Mohd Yusof |
Setiausaha Agung | Dato' Hj Mustafa Ali |
Bendahari Kehormat | YB DATO’Haji Abdul Halim Abdul Rahman |
Ketua Penerangan | Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man |
Pengarah Pilihanraya | Dato' Hj Mohd. Hatta Md Ramli |
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
- Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin
- Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
- Dato' Kamarudin Jaffar
- Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak
- YB Dato'Mohd Amar Abdullah
- Hj Abdul Ghani Samsuddin
- Dato’ Ustaz Hj Abu Bakar Chik
- Mohamed Hanipa Maidin
- Dato' Ir Amiruddin Hamzah
- Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali [telah meninggal dunia]
- Ustaz Hj Abdul Ghani Abdul Rahman
- Dr Dzulkefly Ahmad
- Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
- Ustaz Hj Hashim Jasin
- Mazlan Aliman
- Ustaz Hj Taib Azamudden Md Taib
- Dr Mujahid Yusof Rawa
- Hj Mohd Anuar Tahir
- Hj Asmuni Awi
- Tuan Haji Mohamad Taufek Abd Ghani
- Dr Hjh Siti Mariah Mahmud
- Hjh Wan Ubaidah Wan Omar
- Hj Ahmad Dollah
- Khalid Samad
- Abdul Wahid Endut
- Tuan Zulkefly Mohamad Omar
- Datuk Dr Mahfodz Mohammed
- Nuridah Salleh
Pesuruhjaya PAS Negeri
- Ustaz Hashim Jasin (Perlis)
- Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (Kedah)
- Dato' Mohd. Salleh Man (Pulau Pinang)
- Tuan Haji Abu Bakar Husin (Perak)
- Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (Kelantan)
- Tuan Haji Abdul Wahid Endut (Terengganu)
- Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pahang)
- Dr Abdul Rani Osman (Selangor)
- Tuan Haji Mohd Noor Mohamad (Wilayah Persekutuan)
- Tuan Haji Mohamad Taufek Abd Ghani (Negeri Sembilan)
- Tuan Haji Adly Zahari (Melaka)
- Dato' Dr Mahfodz bin Mohammad (Johor)
- Tuan Haji Aminuddin Halim (Sabah)
- Tuan Haji Adam Ahid (Sarawak)
Anggota Parlimen PAS bagi Parlimen Malaysia ke-13
|
|
Lihat juga
- Dasar-dasar PAS
- Peranan Ulama Dalam Era Globalisasi[1]
Lihat juga
- Senarai parti politik Malaysia
- Politik Malaysia
- Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah Sebuah IPT yang terletak di Kuala Terengganu dan dikendalikan sepenuhnya oleh Dewan Ulamak PAS Pusat
- Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Taman Melewar