Siti Zailah Muhd Yusoff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Berhormat Ustazah
Siti Zailah Muhd Yusoff
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan
Dalam jawatan
2008–2017
Didahului oleh Abdul Fatah Harun
Majoriti 4,486
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
Digantikan oleh Nuridah Mohd Salleh
Butiran peribadi
Lahir (1963-10-12) 12 Oktober 1963 (umur 55)
Kelantan, Persekutuan Malaysia
Parti politik PAS logo.svg PAS
Pekerjaan Ahli Politik, Pendakwah

Yang Berhormat Ustazah Siti Zailah Muhd Yusoff atau Kak Lah (lahir 12 Oktober 1963) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan.

Politik[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Mohd. Afandi Yusoff serta calon bebas, Isma Airfath Hassanuddin dengan majoriti sebanyak 4,486 undi. Beliau memperolehi 19,344 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 14,858 undi.

Pengalaman[sunting | sunting sumber]

  • Pengerusi Persatuan Pelajar (SMIP).
  • Ahli Dewan Negara (selama 6 tahun)
  • Pegawai Dakwah Halaqat, JAHEAIK (selama 5 tahun)
  • Ahli Lembaga Hakim Pelawat Depot Tahanan PATI, Jabatan Penjara Malaysia
  • Ahli Lembaga Pengarah KELKON SDN. BHD.
  • Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pusat
  • Ketua Dewan Muslimat Negeri Kelantan
  • Ahli Mesyuarat Majlis Daerah Tanah Merah
  • Setiausaha Dewan Muslimat Kawasan Kuala Krai
  • Ketua Dewan Muslimat Kawasana Tanah Merah
  • Timbalan Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Parlimen dan DUN Muslimat Pusat
  • Penceramah, Panel Forum dan Pentazkirah Radio Manis FM

Jawatan di Dalam Parti[sunting | sunting sumber]

  • Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
  • Ketua Muslimat Negeri Kelantan
  • Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan
  • Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tanah Merah
  • Timbalan Pengarah IV Jabatan Pilihanraya Negeri Kelantan
  • Pengerusi Lajnah Tarbiyah Dewan Muslimat Negeri Kelantan
  • Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik dan Pilihanraya Negeri Kelantan

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Pada 21 November 2011, anaknya Ahmad Saleh Rahimi, 7, meninggal dunia di Hospital Selayang setelah dimasukkan ke wad rawatan rapi (ICU) sejak 13 November 2011 akibat menghidap penyakit buah pinggang. Jenazah dibawa pulang ke Tanah Merah.[1]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia: P23 Rantau Panjang, Kelantan[2][3][4]
Tahun Pembangkang Undi Prts Kerajaan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2008 Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS) 19,344 54.57% Mohd Afandi Yusoff (UMNO) 14,858 41.91% 35,451 4,486 78.11%
Isma Airfath Hassanuddin (BEBAS) 330 0.93%
2013 Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS) 23,724 56.57% Ghazali Ismail (UMNO) 17,448 41.61% 41,934 6,362 79.27%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Anak bongsu MP Rantau Panjang meninggal dunia
  2. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". SPR. Dicapai 24 May 2010.  Percentage figures based on total turnout.
  3. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai 4 February 2017.  Results only available from the 2004 election.
  4. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. SPR. Dicapai 24 March 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]