Portal:Muhyiddin Yassin/Jawatan terdahulu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Muhyiddin Haji Mohd Yassin

PSM (Persekutuan); SPMJ (Johor);
SHMS (Kedah); SPSA (Perak);
SPMP (Perlis); SUNS (Negeri Sembilan);
SPDK (Sabah); DUNM (Melaka);
DP, PNBS (Sarawak);
SMJ, PIS (II), BSI (II) (Johor);
AP; ADUN;
Plaque of the City of Sarajevo (Bosnia);
Honorary Doctorate of Litterature (BFSU);
International Honorary Doctorate (USSA)
محي الدين بن محمد ياسين

Menteri Dalam Negeri Malaysia
Dalam jawatan
21 Mei 2018 – 24 Februari 2020
Yang di-Pertuan Agong
Perdana Menteri Mahathir Mohamad (2018-2020)
Timbalan MenteriMohd Azis Jamman
Didahului oleh Ahmad Zahid Hamidi
Digantikan oleh Hamzah Zainudin

Ahli Parlimen Malaysia
untuk Pagoh
Johor Darul Ta'zim
Dalam jawatan
14 Ogos 2018 – 24 Februari 2020
(1 tahun, 194 hari)
Penggal Parlimen
Yang di-Pertuan Agong
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (2020-2021)
Didahului oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin
Digantikan oleh
Kawasan pilihan rayaJohor Muar Pagoh
Lihat senarai
Majoriti 6,927 (2018)

Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Gambir
Dalam jawatan
28 Jun 2018 – 27 Februari 2020
(1 tahun, 244 hari)
Penggal Dewan Negeri
Yang di-Pertuan Agong
Sultan Sultan Ibrahim
(2010-2024)
Yang di-Pertua Dewan Negeri Suhaizan Kaiat (2018-2024)
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (2020-2021)
Menteri Besar
Didahului oleh Asojan Muniandy
Digantikan oleh
Kawasan pilihan rayaJohor Gambir
Lihat senarai
Majoriti 3,088 (2018)

Timbalan Presiden
Pakatan Harapan
Timbalan Presiden III
Dalam jawatan
13 Julai 2017 – 24 Februari 2020
Berkhidmat dengan
Yang di-Pertuan Agong
Perdana Menteri
Pengerusi Mahathir Mohamad
Ketua Umum

Presiden
Anwar Ibrahim
Wan Azizah Wan Ismail
Naib Presiden
Didahului olehJawatan Baharu
Digantikan oleh
Kawasan pilihan raya
Lihat senarai
Majoriti
Lihat senarai

Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Dalam jawatan
14 Januari 2017 – 15 Julai 2020
(3 tahun, 183 hari)
Yang di-Pertuan Agong
Perdana Menteri
Pengerusi
Lihat senarai
Timbalan Presiden Mukhriz Mahathir
Naib Presiden
Didahului olehJawatan Baharu
Digantikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin

Muhyiddin Haji Mohd Yassin

PSM (Persekutuan); SPMJ (Johor);
SHMS (Kedah); SPSA (Perak);
SPMP (Perlis); SUNS (Negeri Sembilan);
SPDK (Sabah); DP, PNBS (Sarawak);
SMJ, PIS (II), BSI (II) (Johor);
AP; ADUN;
Plaque of the City of Sarajevo (Bosnia);
Honorary Doctorate of Litterature (BFSU);
International Honorary Doctorate (USSA)
محي الدين بن محمد ياسين

Timbalan Perdana Menteri Malaysia
ke-10
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 28 Julai 2015
Dicalonkan oleh Mohd Najib Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Dilantik oleh
Yang di-Pertuan Agong
Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak (2009-2018)
Digantikan oleh Ahmad Zahid Hamidi
Dalam jawatan
10 April 2009 – 15 Mei 2013
Dicalonkan oleh Mohd Najib Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Dilantik oleh
Yang di-Pertuan Agong
Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak (2009-2018)
Didahului oleh Mohd Najib Abdul Razak

Menteri Pendidikan I Malaysia
Dalam jawatan
12 Ogos 2013 – 28 Julai 2015
Berkhidmat dengan
Menteri Pendidikan II Malaysia
Idris Jusoh
Yang di-Pertuan Agong Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (2011-2016)
Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak (2009-2018)
Timbalan Menteri I Mary Yap Kain Ching
Timbalan Menteri II Kamalanathan Panchanathan
Didahului oleh
Digantikan oleh

Ahli Parlimen Malaysia
untuk Pagoh
Johor Darul Ta'zim
Dalam jawatan
24 Jun 2013 – 7 April 2018
Yang di-Pertuan Agong
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Lihat senarai
Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak (2009-2018)
Didahului oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin
Digantikan oleh
Kawasan pilihan rayaJohor Muar Pagoh
Lihat senarai
Majoriti 12,842 (2013)

Menteri Pelajaran Malaysia[1]
Dalam jawatan
10 April 2009 – 11 Ogos 2013
Berkhidmat dengan
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia
Mohamed Khaled Nordin
Yang di-Pertuan Agong
Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak (2009-2018)
Timbalan Menteri I Wee Ka Siong
Timbalan Menteri II Mohd Puad Zarkashi
Didahului oleh
Digantikan oleh

Timbalan Pengerusi
Barisan Nasional
Dalam jawatan
26 Mac 2009 – 26 Februari 2016
Yang di-Pertuan Agong
Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak (2009-2018)
Pengerusi Mohd Najib Abdul Razak
Naib Pengerusi
Didahului oleh Mohd Najib Abdul Razak
Digantikan oleh Ahmad Zahid Hamidi
Kawasan pilihan raya
Lihat senarai
Majoriti
Lihat senarai

Timbalan Presiden
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Dalam jawatan
26 Mac 2009 – 26 Februari 2016
Yang di-Pertuan Agong
Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak (2009-2018)
Presiden Mohd Najib Abdul Razak
Naib Presiden
Didahului oleh Mohd Najib Abdul Razak
Digantikan oleh
Lihat senarai

Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Malaysia
Dalam jawatan
19 Mac 2008 – 9 April 2009
Yang di-Pertuan Agong Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin (2006-2011)
Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)
Timbalan Menteri IPerdagangan Antarabangsa
Liew Vui Keong
Timbalan Menteri IIIndustri
Jacob Dungau Sagan
Didahului oleh Rafidah Aziz
Digantikan oleh

Naib Presiden
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Naib Presiden II
Dalam jawatan
23 September 2004 – 25 Mac 2009
Berkhidmat dengan
Yang di-Pertuan Agong
Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi
Presiden Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Presiden Mohd Najib Abdul Razak
Didahului oleh
Digantikan oleh
Naib Presiden III
Dalam jawatan
11 Mei 2000 – 22 September 2004
Berkhidmat dengan
Yang di-Pertuan Agong
Perdana Menteri
Presiden
Timbalan Presiden Abdullah Ahmad Badawi
Didahului oleh
Digantikan oleh
Naib Presiden I
Dalam jawatan
4 November 1993 – 9 Oktober 1996
Berkhidmat dengan
Yang di-Pertuan Agong
Perdana Menteri Mahathir Mohamad (1981-2003)
Presiden Mahathir Mohamad
Timbalan Presiden Anwar Ibrahim (1993-1998)
Didahului oleh
Digantikan oleh

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Malaysia
Dalam jawatan
27 Mac 2004 – 18 Mac 2008
Yang di-Pertuan Agong
Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)
Timbalan Menteri I Mohd Shariff Omar
Timbalan Menteri II
Setiausaha Parlimen Rohani Abdul Karim
Didahului olehMenteri Pertanian
Mohd Effendi Norwawi
Digantikan oleh Mustapa Mohamed

Menteri
Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna
Malaysia
Dalam jawatan
15 Disember 1999 – 26 Mac 2004
Yang di-Pertuan Agong
Perdana Menteri
Timbalan Menteri Subramaniam Sinniah
Setiausaha Parlimen Wong Kam Hoong
Didahului oleh Megat Junid Megat Ayob
Digantikan oleh Mohd Shafie Apdal

Ahli Parlimen Malaysia
untuk Pagoh
Johor Darul Ta'zim
Dalam jawatan
7 Jun 1995 – 3 April 2013
Yang di-Pertuan Agong
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Perdana Menteri
Didahului oleh Ahmad Omar
Digantikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin
Kawasan pilihan rayaJohor Muar Pagoh
Lihat senarai
Majoriti
Lihat senarai

Menteri Belia dan Sukan Malaysia
Dalam jawatan
4 Mei 1995 – 14 Disember 1999
Yang di-Pertuan Agong
Perdana Menteri Mahathir Mohamad (1981-2003)
Timbalan Menteri Loke Yuen Yow
Setiausaha Parlimen Shahrizat Abdul Jalil
Didahului oleh Abdul Ghani Othman
Digantikan oleh Hishammuddin Hussein

Pengerusi Barisan Nasional
Parlimen Pagoh
Dalam jawatan
26 April 1985 – 24 Jun 2016
Yang di-Pertuan Agong
Perdana Menteri
Presiden
Didahului oleh Othman Saat
Digantikan oleh Ismail Mohamed

Ketua UMNO Bahagian Pagoh
Dalam jawatan
26 April 1985 – 24 Jun 2016
Yang di-Pertuan Agong
Perdana Menteri
Presiden
Didahului oleh Othman Saat
Digantikan oleh Ismail Mohamed
 1. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Pelajaran Malaysia sebelum ia bertukar menjadi Menteri Pendidikan I Malaysia. Beliau dibantu oleh Dato' Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Pendidikan II Malaysia.

Muhyiddin Haji Mohd Yassin

محي الدين بن محمد ياسين

Menteri Besar Johor Darul Ta'zim
ke-13
Ketua Majlis
Dewan Negeri Johor
ke-7 dan ke-8
Dalam jawatan
4 Ogos 1986 – 6 April 1995
Dicalonkan oleh Mahathir Mohamad
Perdana Menteri Malaysia
Dilantik oleh
Yang di-Pertuan Agong
Sultan Almarhum Sultan Iskandar
(1981-2010)
Pemangku Sultan Tunku Ibrahim Ismail
(1984-1989)
Perdana Menteri Mahathir Mohamad (1981-2003)
Didahului oleh Abdul Ajib Ahmad
Digantikan oleh Abdul Ghani Othman

Pengerusi Jawatankuasa
Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan,
Perancangan dan Pembangunan Ekonomi

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Johor Darul Ta'zim
Dalam jawatan
4 Ogos 1986 – 6 April 1995
Yang di-Pertuan Agong
Sultan Almarhum Sultan Iskandar
(1981-2010)
Pemangku Sultan Tunku Ibrahim Ismail
(1984-1989)
Perdana Menteri Mahathir Mohamad (1981-2003)
Didahului oleh Abdul Ajib Ahmad
Digantikan oleh Abdul Ghani Othman

Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Bukit Serampang
Dalam jawatan
4 Ogos 1986 – 6 April 1995
Yang di-Pertuan Agong
Sultan Almarhum Sultan Iskandar
(1981-2010)
Pemangku Sultan Tunku Ibrahim Ismail
(1984-1989)
Yang di-Pertua Dewan Negeri
Perdana Menteri Mahathir Mohamad (1981-2003)
Didahului oleh Zakaria Salleh
Digantikan oleh Ahmad Omar
Kawasan pilihan raya Bukit Serampang
Lihat senarai
Majoriti
Lihat senarai
  • 7,020 (1990)
    Menang Tanpa Bertanding (1986)

Timbalan Menteri
Perdagangan dan Perindustrian I
Malaysia
Dalam jawatan
2 Jun 1983 – 19 Julai 1986
Berkhidmat dengan
Lihat senarai
Yang di-Pertuan Agong
Perdana Menteri Mahathir Mohamad (1981-2003)
Menteri
Didahului oleh Lew Sip Hon
Digantikan oleh Kok Wee Kiat

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia
Dalam jawatan
29 April 1982 – 1 Jun 1983
Yang di-Pertuan Agong Pahang Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah (1979-1984)
Perdana Menteri Mahathir Mohamad (1981-2003)
Menteri Pengiran Othman Pengiran Rauf (1981-1983)
Didahului oleh Idris Abdul Rauf
Digantikan oleh Ahmad Shah Hussein Tambakau

Setiausaha Parlimen
Kementerian Luar Negeri Malaysia
Dalam jawatan
12 Oktober 1981 – 28 April 1982
Yang di-Pertuan Agong Pahang Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah (1979-1984)
Perdana Menteri Mahathir Mohamad (1981-2003)
Menteri Muhammad Ghazali Shafie (1981-1984)
Didahului oleh Mohd Kassim @ Yahya Ahmad
Digantikan oleh Abdul Kadir Sheikh Fadzir

Ahli Parlimen Malaysia
untuk Pagoh
Johor Darul Ta'zim
Dalam jawatan
31 Julai 1978 – 19 Julai 1986
Yang di-Pertuan Agong
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Perdana Menteri
Lihat senarai
Didahului oleh Syed Nasir Syed Ismail
Digantikan oleh Ahmad Omar
Kawasan pilihan rayaJohor Muar Pagoh
Lihat senarai
Majoriti
Lihat senarai

Kerjaya كرجاي[sunting sumber]

Berikut adalah senarai jawatan yang beliau pernah sandang

Sektor Swasta[sunting sumber]

Pengalaman pertama beliau bekerja ialah sebagai guru sambilan yang mengajar Bahasa Melayu di sebuah sekolah swasta milik persendirian ayahanda beliau iaitu, Sekolah Menengah Md. Yassin (Persendirian) pada tahun 1967 lalu.

Sektor Awam[sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim (Bahagian Latihan dan Biasiswa) (1970) dan kemudiannya sebagai Penolong Pegawai Daerah Muar (Bahagian Pembangunan Luar Bandar) pada tahun 1974 lalu.

Sektor Korporat[sunting sumber]

Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk berkecimpung dalam dunia korporat. Beliau telah bertugas di beberapa buah anak syarikat milik kerajaan negeri Johor Darul Ta'zim, (GLC), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Darul Ta'zim (PKENJ); kemudian dijenamakan semula sebagai Perbadanan Johor (JCorp). Antara tahun 1974 hingga tahun 1978, Tan Sri Muhyiddin telah memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn Bhd sebagai Pengurus Perjawatan; Pengarah Urusan, Sri Saujana Berhad dan Sergam Berhad serta Pengarah Syarikat, Equity Mal (Johor) Sdn Bhd dan Syarikat Granite Malaysia Sdn Bhd.

Politik ڤوليتيك[sunting sumber]

Berikut adalah senarai parti politik dan jawatan yang beliau pernah sandang

  • Parti Politik

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) (1971–1988)
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Baharu (PEKEMBAR) (1988–1997)
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) (1997–2016)

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu[sunting sumber]

Beliau telah menceburkan diri dalam bidang politik apabila mendaftar sebagai Ahli Biasa UMNO Cawangan Permatang Pasir, Bukit Pasir. Beliau seterusnya mendaftarkan diri sebagai Ahli Biasa UMNO Bahagian Muar Dalam bersama Tan Sri Othman Saat pada tahun 1971 lalu.

UMNO Cawangan Permatang Pasir[sunting sumber]

Barisan Pemimpin UMNO Cawangan[sunting sumber]
Pengerusi Tetap UMNO Cawangan[sunting sumber]

Kemudian, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Permatang Pasir, Bukit Pasir pada 1971.

UMNO Bahagian Pagoh[sunting sumber]

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian[sunting sumber]
Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian[sunting sumber]

Beliau telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Muar Dalam dari tahun 1972 hingga tahun 1974.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian[sunting sumber]

Beliau telah dilantik sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pagoh dari tahun 1974 hingga tahun 1976.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian[sunting sumber]

Kemudian beliau dilantik pula sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pagoh dari tahun 1976 hingga tahun 1982.

Sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pagoh, beliau telah juga dilantik sebagai EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim dan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada tahun yang sama.

Barisan Pemimpin UMNO Bahagian[sunting sumber]
Bendahari UMNO Bahagian[sunting sumber]

Pada tahun 1971, beliau telah dilantik sebagai Bendahari UMNO Bahagian Muar Dalam dan kemudiannya Bahagian Pagoh hingga tahun 1974.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian[sunting sumber]

Setelah itu, pada tahun 1982, beliau telah dipilih pula sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh sehingga tahun 1985.

Ketua UMNO Bahagian[sunting sumber]

Beliau telah memenangi jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh pada 26 April 1985 setelah menewaskan penyandangnya, Tan Sri Othman Saat.

Pada 24 Jun 2016, beliau telah dilucutkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh setelah dipecat dari parti UMNO[1] oleh Majlis Tertinggi UMNO yang mesyuarat khasnya dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Hishammuddin Hussein dan jawatan tersebut telah dipangku oleh Haji Ismail Mohamed, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh.

Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim[sunting sumber]

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri[sunting sumber]
EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Negeri[sunting sumber]

Beliau merupakan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim dari tahun 1971 hingga tahun 1974.

Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri[sunting sumber]

Beliau telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim dari tahun 1974 hingga tahun 1976.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri[sunting sumber]

Kemudian, beliau telah dilantik sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim dari tahun 1976 hingga tahun 1982.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri[sunting sumber]

Seterusnya beliau telah dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim dari tahun 1982 hingga tahun 1986 dan dalam masa yang sama terus kekal sebagai EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Barisan Pemimpin Badan Perhubungan UMNO Negeri[sunting sumber]
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri[sunting sumber]

Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim pada tahun 1982 hingga tahun 1988 dan dari tahun 1995 hingga tahun 2003.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri[sunting sumber]

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim pada tahun 1986 hingga tahun 1995.

Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan[sunting sumber]

Barisan Pemimpin Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan[sunting sumber]
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan[sunting sumber]

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan pada tahun 2009 menggantikan Tan Sri Zulhasnan Rafique sehingga tahun 2013. Kemudian jawatan tersebut telah disandang oleh Dato' Sri Tengku Adnan Tengku Mansor.

UMNO Pusat[sunting sumber]

Pergerakan Pemuda UMNO Pusat[sunting sumber]
Pengerusi Biro Industri Utama Pergerakan Pemuda UMNO Pusat[sunting sumber]

Tan Sri Muhyiddin telah menjadi Pengerusi Biro Industri Utama Pergerakan Pemuda UMNO Pusat sejak tahun 1984 hingga tahun 1987.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Pusat[sunting sumber]

Tan Sri Muhyiddin telah menjadi EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Pusat sejak tahun 1976 hingga tahun 1987.

Majlis Tertinggi UMNO[sunting sumber]
Ahli Majlis Tertinggi UMNO[sunting sumber]

Pada tahun 1984, beliau telah bertanding kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, namun beliau telah gagal kerana kekurangan undian. Pada tahun 1987, buat pertama kalinya, Tan Sri Muhyiddin dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO selepas percubaan kali pertama pada tahun 1984 menemui kegagalan.

Beliau terus kekal berada di kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO sehingga tahun 1993 dan dari tahun 1996 hingga ke tahun 2000. Pada tahun 1993 hingga tahun 1996 dan dari tahun 2000 hingga tahun 2016, beliau menduduki kerusi Majlis Tertinggi UMNO.

Beliau menduduki kerusi Majlis Kerja Tertinggi UMNO dari tahun 1987 hingga tahun 2016.

Naib Presiden UMNO[sunting sumber]

Pemilihan UMNO 1990
Pada tanggal 30 November 1990, beliau telah bertanding telah bertanding pada Pemilihan UMNO tahun 1990 untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO. Beliau hanya mendapat undian kedua terendah daripada 6 orang calon yang bertanding, iaitu sebanyak 582 undian.

Pemilihan UMNO 1990
Calon Undian Perwakilan Pencalonan
Bahagian
Keputusan
Anwar Ibrahim 1,067 undian 110 Menang
Abdullah Ahmad Badawi 953 undian Menang
Sanusi Junid 750 undian Menang
Wan Mokhtar Wan Ahmad 735 undian 16 Tercalon
Tan Sri Muhyiddin Yassin 582 undian Tercalon
Abdul Rahim Thamby Chik 452 undian Tercalon

Pemilihan UMNO 1993
Seterusnya, pada tanggal 4 November 1993, beliau telah bertanding pada Pemilihan UMNO tahun 1993 melalui Team Wawasan setelah dicalonkan oleh 133 Bahagian UMNO untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1993 dan berjaya mendapat undian tertinggi, iaitu sebanyak 1,413 undian.

Pemilihan UMNO 1993
Calon Undian Perwakilan Pencalonan
Bahagian
Keputusan
Tan Sri Muhyiddin Yassin 1,413 undian 133 Menang
Mohd Najib Tun Abdul Razak 1,202 undian 148 Menang
Muhammad Haji Muhammad Taib 1,189 undian 138 Menang
Abdullah Ahmad Badawi 927 undian 16 Tercalon
Sanusi Junid 525 undian 13 Tercalon
Wan Mokhtar Wan Ahmad Menarik diri 6 Tercalon
Mohamed Yusof Mohamed Noor Menarik diri 1 Tercalon
Anwar Ibrahim Menarik diri 1 Tercalon

Pemilihan UMNO 1996
Namun pada tanggal 10 Oktober 1996, semasa Pemilihan UMNO tahun 1996, beliau gagal untuk mempertahankan jawatan sebagai Naib Presiden UMNO setelah tewas. Beliau hanya mendapat undian kedua terendah daripada 7 orang calon yang bertanding, iaitu sebanyak 545 undian.

Pemilihan UMNO 1996
Calon Undian Perwakilan Keputusan
Mohd Najib Tun Abdul Razak 1,483 undian Menang
Abdullah Ahmad Badawi 1,053 undian Menang
Muhammad Haji Muhammad Taib 1,045 undian Menang
Ramli Ngah Talib 696 undian Tercalon
Syed Hamid Albar 653 undian Tercalon
Tan Sri Muhyiddin Yassin 545 undian Tercalon
Yob Tajuddin Kulub Ismail 111 undian Tercalon

Pemilihan UMNO 2000
Pada tanggal 11 Mei 2000, beliau sekali lagi telah bertanding pada Pemilihan UMNO tahun 2000 setelah dicalonkan oleh 30 Bahagian UMNO dan berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang daripada 3 orang calon yang berjaya dilantik sebagai Naib Presiden UMNO dengan undian ketiga tertinggi, iaitu sebanyak 813 undian.[2]

Pemilihan UMNO 2000
Calon Undian Perwakilan Pencalonan
Bahagian
Keputusan
Mohd Najib Tun Abdul Razak 1,289 undian 151 Menang
Muhammad Haji Muhammad Taib 853 undian 32 Menang
Tan Sri Muhyiddin Yassin 813 undian 30 Menang
Osu Sukam 629 undian Tercalon
Abu Hassan Omar 616 undian 58 Tercalon
Syed Hamid Albar 524 undian Tercalon
Abdul Ghani Othman 469 undian 80 Tercalon
Mohd Isa Abdul Samad 421 undian Tercalon
Rais Yatim 371 undian Tercalon

Pemilihan UMNO 2004
Pada tanggal 23 September 2004, semasa Pemilihan UMNO tahun 2004, beliau telah berjaya mempertahankan jawatan tersebut dengan mendapat undian ketiga terbanyak, iaitu sebanyak 1,234. Tetapi, selepas Tan Sri Mohd Isa Dato' Haji Abdul Samad disabitkan dengan kesalahan rasuah semasa Pemilihan UMNO tahun 2004 pada tanggal 24 Jun 2005, kedudukan undian beliau adalah di tempat yang kedua dan tempat ketiga telah diberikan kepada Tan Sri Muhammad Haji Muhammad Taib.

Pemilihan UMNO 2004
Calon Undian Perwakilan Keputusan
Mohd Isa Abdul Samad[2] 1,507 undian Tercalon
Mohd Ali Mohd Rustam[3] 1,329 undian Menang
Tan Sri Muhyiddin Yassin 1,234 undian Menang
Muhammad Haji Muhammad Taib 1,177 undian Menang
Mustapa Mohamed 1,059 undian Tercalon
Adnan Yaakob 690 undian Tercalon
Shahrir Abdul Samad 651 undian Tercalon

 2. Tan Sri Mohd Isa Dato' Haji Abdul Samad telah dilucutkan jawatan sebagai Naib Presiden UMNO pada tahun 2005 kerana salah laku rasuah semasa pemilihan tersebut.
 3. Tempat pertama Tan Sri Mohd Isa Dato' Haji Abdul Samad sebagai Naib Presiden UMNO kemudiannya diganti oleh Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam (kemudiannya Tun), sambil tempat kedua diganti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tempat ketiga diganti oleh Tan Sri Muhammad Haji Muhammad Taib.

Timbalan Presiden UMNO[sunting sumber]

Pemilihan UMNO 2009
Setelah kerusi Timbalan Presiden UMNO dikosongkan oleh penyandang terdahulu, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, beliau telah menawarkan diri untuk bertanding pada Pemilihan UMNO tahun 2009 setelah dicalonkan oleh 91 Bahagian UMNO dan memenanginya dengan menewaskan calon, Tan Sri Muhammad Haji Muhammad Taib dengan undian sebanyak 1,575 pada tanggal 26 Mac 2009 yang lalu.

Pemilihan UMNO 2009
Calon Undian Perwakilan Pencalonan
Bahagian
Keputusan
Tan Sri Muhyiddin Yassin 1,575 undian 91 Menang
Muhammad Haji Muhammad Taib 916 undian 46 Tercalon
Mohd Ali Mohd Rustam Dilucut kelayakan 47
Shahrir Abdul Samad Tidak layak 1
Nur Jazlan Mohamed Menarik diri

Pemilihan UMNO 2013 Pada Pemilihan UMNO tahun 2013, beliau kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO selepas mendapat kata sepakat yang mengatakan jawatan bagi Timbalan Presiden UMNO dan Presiden UMNO tidak perlu dipertandingkan.

Sebagai Timbalan Presiden UMNO, beliau juga telah diamanahkan tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan yang berperanan untuk mengurus perkara yang berkaitan dengan pengurusan parti.

Digantung tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO

Beliau menjawat jawatan tersebut sehingga 26 Februari 2016 selepas digantung tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO,[3] (namun jawatan-jawatan beliau yang lain dalam UMNO dikekalkan); oleh kerana mempersoalkan kedudukan beliau yang tidak diberikan ruang untuk membuat ucapan ketika Perhimpunan Agung UMNO 2015, menegur salah laku Pengerusi Lembaga Penasihat, 1Malaysia Development Berhad, Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak[4][5] dan berjuang bersama-sama pakatan pembangkang dalam Deklarasi Rakyat[6] yang dipelopori oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang antaranya ingin menyatakan kebimbangan terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial dalam negara.

Dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO dan dipecat keahlian UMNO

Pada 24 Jun 2016, beliau telah dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO setelah dipecat dari parti UMNO[7] oleh Majlis Tertinggi UMNO yang mesyuarat khasnya dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Hishammuddin Hussein.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia[sunting sumber]

BERSATU Cawangan Bukit Gambir Utara[sunting sumber]

Barisan Pimpinan Cawangan BERSATU[sunting sumber]
Penasihat Cawangan BERSATU[sunting sumber]

Beliau telah dilantik sebagai Penasihat Cawangan BERSATU Bukit Gambir Utara pada 2017 bagi membantu untuk menggerakkan perjalanan parti di peringkat cawangan.

BERSATU Bahagian Pagoh[sunting sumber]

Barisan Pimpinan Bahagian BERSATU[sunting sumber]
Ketua Bahagian BERSATU[sunting sumber]

Pada 8 Oktober 2016, beliau telah mengumumkan penubuhan bahagian pertama bagi parti BERSATU, iaitu BERSATU Bahagian Pagoh. Sebagai Ahli Parlimen Pagoh, beliau telah dilantik sebagai Ketua Bahagian BERSATU Pagoh.

BERSATU Negeri Johor Darul Ta'zim[sunting sumber]

Badan Pimpinan Negeri BERSATU[sunting sumber]
Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU[sunting sumber]

Beliau telah dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Johor Darul Ta'zim bagi menggantikan Dato' Osman Sapian yang meletak jawatan sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim. Kemudian, Haji Mazlan Bujang telah dilantik bagi menggantikan tempat beliau. Pada 7 September 2020, beliau kembali menjawat jawatan tersebut.

Beliau telah meletakkan jawatan selepas kekalahan calon Perikatan Nasional dari BERSATU dalam Pilihan raya negeri Johor 2022 lalu dan digantikan oleh Dato' Dr Sahruddin Jamal..

BERSATU Pusat[sunting sumber]

Majlis Presiden BERSATU[sunting sumber]
Pengerusi Majlis Presiden BERSATU[sunting sumber]

Beliau mempengerusikan badan eksekutif Majlis Presiden yang menjalankan tugas harian parti.

Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU[sunting sumber]
Pengerusi Biro Politik BERSATU[sunting sumber]

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Biro Politik BERSATU pada 7 September 2020 lalu.

Presiden BERSATU[sunting sumber]

Beliau adalah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sejak 14 Januari 2017 yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau telah mengasaskan parti ini dan menjadi Presiden Penaja pada 9 September 2016.

Pada tanggal 13 Disember 2016, di ibupejabat PKR, Petaling Jaya, beliau telah mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk menandatangani perjanjian dengan Pakatan Harapan untuk bekerjasama dalam menghadapi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14 lalu. Beliau telah bersetuju untuk bekerjasama, tetapi masih belum bersedia untuk menjadi parti komponen dalam Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan juga telah bersetuju untuk menggunakan satu logo bagi mewakili parti pembangkang yang bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pakatan Harapan-Parti Pribumi Bersatu Malaysia) bagi menentang Barisan Nasional semasa pilihan raya tersebut.

Rundingan lanjut adalah untuk menetapkan para calon satu lawan satu untuk menentang Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14 yang lalu. Beliau juga telah cuba untuk memujuk PAS bagi bekerjasama menghadapi pilihan raya tersebut. PAS bagaimanapun menolak pelawaan tersebut dan memilih untuk menjadi blok ketiga dalam pilihan raya tersebut.

Pengerusi BERSATU[sunting sumber]

Beliau telah memangku jawatan sebagai Pengerusi BERSATU setelah Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan tersebut pada 24 Februari 2020 lalu.

  • Parti Pilihan Raya dan Parti Kerajaan (1952–1973)

Parti Perikatan[sunting sumber]

Parti Perikatan Dewan Negeri Bukit Serampang[sunting sumber]

Pemuda Parti Perikatan Dewan Negeri[sunting sumber]
Penolong Setiausaha Pemuda Parti Perikatan Dewan Negeri[sunting sumber]

Beliau telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Pemuda Parti Perikatan Dewan Negeri Bukit Serampang bagi membantu jentera pilihan raya Parti Perikatan untuk bertanding di Dewan Negeri Bukit Serampang.

Parti Perikatan Parlimen Muar Dalam[sunting sumber]

Pemuda Parti Perikatan Parlimen[sunting sumber]
Penolong Setiausaha Pemuda Barisan Nasional Parlimen[sunting sumber]

Beliau dilantik sebagai Penolong Setiausaha Pemuda Barisan Nasional Parlimen Muar Dalam bagi membantu jentera pilihan raya Parti Perikatan untuk bertanding di kerusi Parlimen Muar Dalam.

  • Parti Pilihan Raya dan Parti Kerajaan (1974–2018)
  • Parti Pilihan Raya dan Parti Pembangkang (2018–2020)
  • Parti Pilihan Raya dan Parti Kerajaan (2020-2024)

Barisan Nasional[sunting sumber]

Barisan Nasional Dewan Negeri Bukit Serampang[sunting sumber]

Kepimpinan Barisan Nasional Dewan Negeri[sunting sumber]
Pengerusi Barisan Nasional Dewan Negeri[sunting sumber]

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Barisan Nasional Dewan Negeri Bukit Serampang sebagai satu gerak kerja mengukuhkan kedudukan beliau sebagai calon pilihan raya bagi Bukit Serampang.

Barisan Nasional Parlimen Pagoh[sunting sumber]

Pemuda Barisan Nasional Parlimen[sunting sumber]
Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Parlimen[sunting sumber]

Beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Parlimen Pagoh.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Parlimen[sunting sumber]

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Parlimen Pagoh.

Kepimpinan Barisan Nasional Parlimen[sunting sumber]
Pengerusi Barisan Nasional Parlimen[sunting sumber]

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Pagoh dari tahun 1985 hingga 2016.

Barisan Nasional Negeri Johor Darul Ta'zim[sunting sumber]

Pemuda Barisan Nasional Negeri[sunting sumber]
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Negeri[sunting sumber]

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Negeri Johor Darul Ta'zim.

Badan Penyelaras Barisan Nasional Negeri[sunting sumber]
Pengerusi Barisan Nasional Negeri[sunting sumber]

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Johor Darul Ta'zim dari tahun 1986 hingga 1995.

Barisan Nasional Pusat[sunting sumber]

Dewan Tertinggi Barisan Nasional[sunting sumber]
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional[sunting sumber]

Beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional dari tahun 2009 hingga tahun 2015.

Sepanjang beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, beliau telah menjadi Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional sebanyak 18 kali.

Pada tahun 2015, beliau telah melahirkan kebimbangan terhadap sokongan rakyat kepada Barisan Nasional disebabkan oleh kesan krisis 1Malaysia Development Berhad yang beliau anggap bakal menyebabkan Barisan Nasional kemungkinan akan kalah pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14 yang akan datang.

Akhirnya beliau telah dipecat kerana dianggap memberikan tanggapan yang negatif terhadap Barisan Nasional walaupun ianya sekadar ingatan dan muhasabah diri. Setelah itu, jawatan tersebut telah disandang oleh Dato' Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi.

  • Parti Pilihanraya dan Parti Pembangkang (2016–2018)
  • Parti Pilihanraya dan Parti Kerajaan (2018–2020)

Pakatan Harapan[sunting sumber]

Pada permulaannya, gabungan Pakatan Harapan-Parti Pribumi Bersatu Malaysia adalah untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-14 untuk menentang Barisan Nasional.

Pada 20 Mac 2017, Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah diterima masuk sebagai ahli terbaharu dalam Pakatan Harapan. Beliau kemudiannya telah menganggotai Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan Dewan Negeri Gambir[sunting sumber]

Kempimpinan Pakatan Harapan Dewan Negeri[sunting sumber]
Pengerusi Pakatan Harapan Dewan Negeri[sunting sumber]

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Dewan Negeri Gambir sebagai satu gerak kerja mengukuhkan kedudukan beliau sebagai calon pilihan raya bagi Gambir.

Pakatan Harapan Parlimen Pagoh[sunting sumber]

Badan Pimpinan Pakatan Harapan Parlimen[sunting sumber]
Pengerusi[sunting sumber]

Pada 13 Julai 2017, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Parlimen Pagoh.

Pakatan Harapan Negeri Johor Darul Ta'zim[sunting sumber]

Badan Pimpinan Pakatan Harapan Negeri[sunting sumber]
Pengerusi[sunting sumber]

Pada 22 Ogos 2017, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Johor Darul Ta'zim. Setelah meletakkan jawatan, Haji Aminolhuda Hassan telah dilantik bagi menggantikan beliau.

Pakatan Harapan Pusat[sunting sumber]

Majlis Presiden Pakatan Harapan[sunting sumber]
Timbalan Presiden[sunting sumber]

Pada 13 Julai 2017, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Presiden III dalam struktur baharu Majlis Presiden Pakatan Harapan.

  • Kerajaan
  • Parti Pilihan Raya dan Parti Kerajaan (2020-kini)

Parti Perikatan Nasional [sunting sumber]

Setelah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau telah menamakan kerajaan pimpinan beliau sebagai Perikatan Nasional yang disokong oleh parti-parti dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Barisan Nasional, Parti Islam Se-Malaysia, Gabungan Parti Sarawak, Parti Bersatu Sabah dan Parti Solidariti Tanah Airku serta BEBAS.

Perikatan Nasional Dewan Negeri Gambir[sunting sumber]

Kepimpinan Perikatan Nasional Dewan Negeri[sunting sumber]
Pengerusi Perikatan Nasional Dewan Negeri[sunting sumber]

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Dewan Negeri Gambir sebagai satu gerak kerja mengukuhkan kedudukan beliau sebagai pemimpin masyarakat bagi Gambir.

Parti Perikatan Nasional Parlimen Pagoh[sunting sumber]

Badan Pimpinan Parti Perikatan Nasional Parlimen[sunting sumber]
Pengerusi[sunting sumber]

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Parti Perikatan Nasional Parlimen Pagoh.

Parti Perikatan Nasional Negeri Johor Darul Ta'zim[sunting sumber]

Badan Perhubungan Negeri Parti Perikatan Nasional Negeri[sunting sumber]
Pengerusi[sunting sumber]

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Parti Perikatan Nasional Johor Darul Ta'zim. Selepas kekalahan Perikatan Nasional dalam Pilihan raya negeri Johor 2022, beliau telah meletakkan jawatan dan digantikan oleh Dato' Dr Sahruddin Jamal..

Parti Perikatan Nasional Pusat[sunting sumber]

Majlis Presiden Parti Perikatan Nasional[sunting sumber]
Pengerusi[sunting sumber]

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Presiden Parti Perikatan Nasional.

Majlis Tertinggi Parti Perikatan Nasional[sunting sumber]
Pengerusi[sunting sumber]

Pada 8 September 2020, Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Dato' Seri Hamzah Zainudin telah mengumumkan bahawa Parti Perikatan Nasional telah didaftarkan pada 7 Ogos 2020 dan pengumuman perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Parti Perikatan Nasional telah dibuat pada hari yang sama. </onlyiclude>

Jawatan Kerajaan جاوتن كراجأن[sunting sumber]

Zaman Tun Hussein Dato' Seri Onn (1976-1981)[sunting sumber]

Badan Perundangan 1976-1981[sunting sumber]

Beliau pertama kalinya telah dipilih menjadi Wakil Rakyat apabila beliau memenangi kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1978. Setelah mendapat kemenangan tersebut, beliau dilantik di dalam Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen Pagoh.

Zaman Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003)[sunting sumber]

Badan Eksekutif dan Badan Perundangan 1981-2003[sunting sumber]

Pada tahun 1981, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia[8] oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh berkenaan pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1982 dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia[9] pada tahun yang sama oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Selepas setahun, iaitu pada tahun 1983, beliau telah bertukar portfolio sebagai Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian I Malaysia[10] sehingga tahun 1986.

Beliau telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor Darul Ta'zim[11] selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 1986 apabila memenangi kerusi Dewan Negeri Johor (Dewan Negeri) Bukit Serampang. Beliau menjadi Pengerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim sebagai EXCO Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan dan Perancangan. Sebagai Ahli Dewan Negeri Bukit Serampang, beliau berjaya mempertahankan kerusi Dewan Negeri Bukit Serampang pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1990 dan dilantik sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim untuk penggal kedua. Di bawah kepimpinan beliau, negeri Johor Darul Ta'zim terus berkembang pesat dan menjadi antara negeri yang termaju di Malaysia.

Selepas memenangi kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1995, iaitu pada bulan Mei 1995, beliau telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia.[12] Empat tahun kemudian, beliau dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia mulai bulan Disember 1999[13] setelah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 yang lalu.

Zaman Tun Abdullah Datuk Ahmad Badawi (2003-2009)[sunting sumber]

Badan Eksekutif dan Badan Perundangan 2003-2009[sunting sumber]

Pada bulan Januari 2004, beliau diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi mengetuai Kementerian Pertanian Malaysia berikutan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan.

Setelah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, beliau dilantik semula menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia[14] yang fungsinya ditambah bagi memajukan sektor pertanian dan industri yang berkaitan agar lebih berdaya saing. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memperkasakan bidang pertanian menjadi suatu perniagaan.

Beliau sekali lagi telah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau telah dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.[15] Beliau menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia dalam tempoh yang tidak lama, iaitu selama lebih kurang 1 tahun kerana selepas itu telah diberi peluang untuk naik ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Zaman Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (2009-2015)[sunting sumber]

Badan Eksekutif dan Badan Perundangan 2009-2015[sunting sumber]

Pada tanggal 9 April 2009, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah bersetuju untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, berikutan peralihan tampuk kuasa Perdana Menteri Malaysia daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dikekalkan sehingga 5 tahun. Beliau juga telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi Malaysia[16] dari tahun 2009 hingga tahun 2013.

Semasa menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, beliau telah mendiami Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, iaitu Sri Satria.

Kenderaan rasmi beliau adalah merupakan sebuah kereta Proton Perdana Eksekutif bersaiz limousin yang dikhaskan untuk kegunaan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan bernombor pendaftaran W9M.[17] Selain daripada itu, beliau juga menggunakan sebuah kenderaan peribadi berupa sebuah kenderaan pelbagai guna, Toyota Alphard bernombor pendaftaran JBM2.

Beliau juga telah melancarkan laman sesawang peribadi, MY-Malaysia[18] di Angkasapuri pada 30 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berinteraksi bersama rakyat Malaysia.

Seperti yang diduga, beliau telah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2013 yang lalu.

Pada tanggal 15 Mei 2013 di Malaysia, semasa beliau menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-66, beliau sekali lagi telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan sebagai Menteri Pelajaran Malaysia pada tahun 2013[19] untuk penggal kedua.

Pada 12 Ogos 2013, beliau telah bertukar portfolio daripada menjadi Menteri Pelajaran Malaysia kepada Menteri Pendidikan I Malaysia.[20]

Pada tanggal 28 Julai 2015, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah membuat satu keputusan mengejut iaitu membuat rombakan besar-besaran ke atas Kabinet Malaysia 2013[21] dengan menggugurkan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kedudukan Tan Sri Muhyiddin digantikan oleh Dato' Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi.[22]

Pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa mempunyai kaitan langsung dengan persoalan yang ditimbulkan oleh beliau berkenaan keputusan Kerajaan Malaysia membekukan penerbitan dua akhbar media perniagaan alternatif di Malaysia The Edge, iaitu The Edge Financial Daily dan The Edge Financial Weekly kerana melaporkan salah laku syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB)[23] dan teguran beliau agar Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak terlibat dalam pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengatakan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Kabinet Malaysia 2015 dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran yang diperlukan oleh Kerajaan Malaysia,[24] walaupun ia merupakan satu tindakan yang sukar demi 'pemantapan dan penyatuan'.[25]

Menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Dr Robert Micheal Gates di Perdana Putra, Putrajaya
Menerima kunjungan hormat daripada Perdana Menteri India, Dr Manmohan Singh di Kuala Lumpur

Zaman Tun Dr Mahathir Mohamad (2018-2020)[sunting sumber]

Badan Eksekutif dan Badan Perundangan 2018-2020[sunting sumber]

Beliau sekali lagi telah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh dalam gabungan parti politik baharu, Pakatan Harapan setelah disingkirkan dari Barisan Nasional. Kerusi Dewan Negeri Johor bagi Gambir juga turut menangi oleh beliau buat kali yang pertama.

Seterusnya, dengan kejayaan tersebut, beliau telah dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia pada 12 Mei 2018 yang lalu.

Pada 21 Mei 2018, beliau telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V[26] di Istana Negara.

Beliau telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negeri Gambir, Johor Darul Ta'zim pada 28 Jun 2018[27] di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negeri Johor Darul Ta'zim, Suhaizan Kayat.

Pada 12 Julai 2018, Setiausaha Akhbar beliau, Hafiz Abdul Halim telah mengeluarkan kenyataan media yang menyatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan peringkat awal di pankreas di Hospital Mount Elizabeth di Singapura dan telah mendapat cuti rehat selama sebulan untuk menjalani rawatan susulan.[28] Disebabkan itu, tugas sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia dijalankan sementara oleh Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad dan beliau tidak dapat hadir untuk majlis angkat sumpah jawatan sebagai Ahli Parlimen Pagoh yang telah berlangsung pada 16 Julai 2018 di Dewan Rakyat di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dato' Mohamad Ariff Md Yusof.

Dewan Negeri Johor, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri

Perdana Menteri (2020-2021)[sunting sumber]

Badan Eksekutif dan Badan Perundangan 2020-2021[sunting sumber]

Beliau telah mengambilalih jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah perletakan jawatan secara mengejut Tun Dr Mahathir Mohamad.

Satu undian telah dilakukan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke atas 221 orang Ahli Dewan Rakyat Malaysia, kecuali Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menentukan calon yang mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Yang di-Pertuan Agong juga berkenan untuk berbincang dengan Majlis Raja-Raja untuk memuktamadkan pilihan Baginda. Akhirnya, beliau mendapat undian majoriti dan dilantik ke jawatan tersebut.

Beliau telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 16 Ogos 2021 setelah kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14. Seramai 120 orang Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14; iaitu, 105 orang dari Pembangkang dan 15 orang dari UMNO, sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional.

Jawatan sebagai Ahli Parlimen Pagoh dan Ahli Dewan Negeri Johor bagi Gambir terus dipegang.

Zaman Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob (2021-2024)[sunting sumber]

Badan Eksekutif dan Badan Perundangan 2021-2022[sunting sumber]

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi bertaraf Menteri bagi Majlis Pemulihan Negara pada 1 September 2021 lalu. Tanggungjawab tersebut beliau terima secara sukarela dan tidak menerima sebarang imbuhan.

Setelah meletakkan jawatan, beliau meneruskan khidmatnya sebagai Ahli Parlimen Pagoh dan Ahli Dewan Negeri Johor bagi Gambir. Bagaimanapun, khidmat sebagai Ahli Dewan Negeri Johor bagi Gambir telah berakhir pada tahun 2022 setelah Dewan Negeri Johor dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan raya negeri Johor 2022 dan beliau tidak bertanding untuk menumpukan perhatian dengan tanggungjawab di peringkat Persekutuan Malaysia.

Rujukan رجوكن[sunting sumber]

  1. ^ Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan secara rasmi pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari UMNO berkuatkuasa serta-merta, Youtube, dicapai pada 12 Disember 2016
  2. ^ Kejutan Dalam Pemilihan Naib Presiden UMNO, Utusan Malaysia Online, dicapai pada 13 Disember 2016
  3. ^ Pengumuman rasmi pengantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO oleh Setiausaha Agung UMNO, Dato' Sri Tengku Adnan Tengku Mansor, Astro Awani, dicapai pada 12 Disember 2016
  4. ^ Tan Sri Muhyiddin di Teluk Kemang (Bahagian 1), Allahyarham Shaifudin Mahmud (Din Turtle), dicapai pada 13 Disember 2016
  5. ^ Tan Sri Muhyiddin di Teluk Kemang (Bahagian 2), Allahyarham Shaifudin Mahmud (Din Turtle), dicapai pada 13 Disember 2016
  6. ^ Teks penuh Deklarasi Rakyat bagi singkir Najib, Malaysiakini.com, dicapai pada 13 Disember 2016 di Malaysia
  7. ^ Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan secara rasmi pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari UMNO berkuatkuasa serta-merta, Youtube, dicapai pada 12 Disember 2016
  8. ^ Senarai bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia, Kementerian Luar Negeri Malaysia, dicapai pada 2 Januari 2017
  9. ^ Ahli Dewan Rakyat 14061982, Dewan Rakyat Malaysia, dicapai pada 2 Januari 2017
  10. ^ (Melayu) (Inggeris) Senarai Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, dicapai pada 2 Januari 2017
  11. ^ Bibliografi Menteri Besar Johor Darul Ta'zim, Kerajaan Johor Darul Ta'zim, dicapai pada 2 Januari 2017
  12. ^ Ahli Dewan Rakyat 07061995, Dewan Rakyat Malaysia, dicapai pada 2 Januari 2017
  13. ^ Ahli Dewan Rakyat 23121999, Dewan Rakyat Malaysia, dicapai pada 2 Januari 2017
  14. ^ Ahli Dewan Rakyat17052004, Dewan Rakyat Malaysia, dicapai pada 2 Januari 2017
  15. ^ Senarai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, dicapai pada 2 Januari 2017
  16. ^ Senarai Menteri Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia, dicapai pada 2 Januari 2017
  17. ^ Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Bunga Raya bagi menghadiri Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Astro Awani, Dicapai pada 16 Oktober 2017
  18. ^ Tan Sri Muhyiddin lancar laman sesawang rasmi MY-Malaysia, Utusan Online, dicapai pada 13 Oktober 2017
  19. ^ Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan Kabinet Malaysia 2013, Berita Harian Online, dicapai pada 13 Disember 2016
  20. ^ Senarai Menteri Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, dicapai pada 2 Januari 2017
  21. ^ Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan Kabinet Malaysia 2015 yang telah menggugurkan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan digantikan oleh Dato' Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi, Berita Harian Online, dicapai pada 12 Disember 2016
  22. ^ Harian, W. (2015) Tan Sri Muhyiddin digugurkan dari Kabinet Najib. Sinar Harian, dicapai pada 28 Julai 2015
  23. ^ (Inggeris) Ng, J. (2015) Malaysia’s Najib Razak Fires Deputy Prime Minister in 1MDB Rift. Wall Street Journal, dicapai pada 12 Ogos 2015
  24. ^ Tan Sri Muhyiddin digugur, Ahmad Zahid dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Astro Awani, dicapai pada 13 Disember 2016
  25. ^ (Inggeris) Ng, J. (2015) 5 Things to Know About Probes of Malaysia’s 1MDB Fund. Wall Street Journal, dicapai pada 2 Ogos 2015
  26. ^ Turut mengangkat sumpah tiga menteri kanan iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad, Utusan Online; dicapai pada 4 Jun 2018
  27. ^ 56 ADUN Johor angkat sumpah jawatan, Astro Awani, dicapai pada 17 Julai 2018
  28. ^ Tan Sri Muhyiddin selamat dibedah, bercuti sebulan, Astro Awani, dicapai pada 18 Julai 2018