Serunding

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Serundeng)
Jump to navigation Jump to search

Serundeng, serondeng atau serunding merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama.

Terdapat dua jenis makanan yang wujud seluruh Nusantara beramuan berbeza namun dikenalpasti bernama "serunding" ini:

Di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Antara serunding yang biasa adalah Serunding Daging, Ayam, Ikan, Udang dan Ikan Bilis. Ia adalah hidangan yang lazim pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Masyarakat Melayu selalu membuat serunding terutama apabila banyak daging qurban (Hari Raya Haji). Serunding boleh dimakan dengan nasi himpit, ketupat nasi, ketupat daun palas, lemang dll.

Serunding berasal dari Negeri Kelantan Darulnaim[perlu rujukan] dan banyak diusahakan secara tradisional di Kampung Laut, Jajahan Tumpat, Kelantan. Kini Kampung Laut menjadi pusat pembuatan serunding yang terbesar [perlu rujukan] di Malaysia.

Tarikh kewujudan serunding belum dapat dipastikan, namun perusahaan serunding di Kampung Laut telah dipelopori [perlu rujukan] oleh Allahyarhamah Mek Som binti Ismail atau lebih dikenali Mak Som Pak Soh Lotri oleh penduduk setempat. Kini perusahaan pembuatan serunding diwarisi oleh anak cucu beliau yang ramai.

Di Indonesia[sunting | sunting sumber]

Serundeng Indonesia dibuat dari parutan kelapa yang digoreng hingga kuning kecoklatan dengan bumbu-bumbu seperti bawang bombay, cabai, bawang putih, bawang merah, ketumbar, kunyit, gula, asam jawa, daun salam, daun jeruk dan lengkuas. Bumbu-bumbu ini dilumatkan sebelum digunakan. Serundeng umumnya dihidangkan dengan irisan daging sapi goreng, yaitu hidangan serundeng daging, atau ditaburkan di atas soto, ketan, atau burasa (makanan Makassar) untuk menambah gurih rasa masakan tersebut.

Namun, di Sumatra Barat sedikit berbeda. Istilah serundeng bukan merujuk pada makanan dengan bahan dasar kelapa ini. Serundeng di Sumatra Barat terdiri atas kentang dan ubi[1] yang dipotong kecil-kecil serta kacang lalu diberi rempah-rempah dan digoreng. Rasanya gurih dan nikmat tentunya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ VIVA, PT. VIVA MEDIA BARU - (2017-04-11). "Sensasi Kelezatan Serundeng Ubi Minang - VIVA" (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2017-11-25.