Pergi ke kandungan

Bubur pedas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bubur pedas
Bubur pedas dihidangkan dengan pisang goreng dan secawan kopi yang disajikan di Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia.
Nama alternatifBubur Sambas
JenisBubur nasi Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianHidangan
Tempat asalIndonesia
Kawasan/rantauSambas[1] dan seluruh Kalimantan (merangkumi Sarawak)[2]
Dicipta olehBangsa tempatan Sambas (Dayak)[2]
Suhu penghidanganPanas
Bahan utamaUntuk perisa: Bawang putih, halia, bawang merah, bawang besar, cili kering, kunyit, serai, lengkuas dan kelapa parut[3]
Untuk bubur: Lobak merah, kentang, sayur daun, cendawan, tauhu, rebung, daun kunyit, kacang panjang, udang kering dan daging ditambah dengan perasa[3]
Bahan yang biasa digunakanBeras, Bilis, coriander seed, caraway seeds, bawang merah, bawang putih, daun serai, kelapa, keledek, Rebung buluh, Cili, asparagus bean, garam, kacang tanah Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bubur pedas atau bubur sambas adalah hidangan bubur tradisional bangsa tempatan Sambas (Dayak) yang berasal daripada bandar Sambas dekat negeri Kalimantan Barat (Indonesia). Berasal daripada Sambas, bubur pedas pada masa moden ini boleh pula ditemui dekat wilayah negara Sarawak yang bersempadan dengan Sambas, ia lazim disajikan pada bulan Ramadhan selepas umat Islam menamatkan puasa harian mereka ketika iftar.[4]

Bahan-bahan

[sunting | sunting sumber]

Bubur pedas diperbuat daripada beras halus dan kelapa parut. Stok dibuat sama ada dari tetelan (daging tulang seperti tulang rusuk) atau rebusan ayam. Bumbu rempah campuran termasuk bawang merah, bawang putih, cili merah, serai ketuk, lada hitam, lengkuas dan daun salam. Sejumlah sayur-sayuran, antara lain lobak merah, kangkung, daun pucuk paku dan daun kesum, kacang panjang, tauge, rebung buluh dan keledek dadu akan dimasukkan ke dalam periuk apabila bubur sedang dimasak. Bawang goreng, ikan bilis dan kacang ditambah di atas bubur pedas apabila dihidangkan. Jus limau nipis, kicap manis dan sambal juga boleh ditambah sebagai perasa.[5][6]

Bubur jenis ini berasal dari orang Melayu di Sambas di Kalimantan Barat[7] dan kemudian disesuaikan sebagai makanan untuk orang Melayu Sarawak.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Bubur Pedas Sambas Kalimantan Barat | Wisata Pontianak". wisatapontianak.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2018-06-25.
  2. ^ a b Awang Azman Awang Pawi. "Sarawak Malay Material Culture and their Weltanschauung : Some Preliminary Research Themes and Findings" (PDF). Faculty of Liberal Arts, Prince of Songkla University. Dicapai pada 25 August 2013. In Sarawak, hot porridge or bubur pedas, that is the traditional food of the Malays is known to have been originated from Sambas and later it was adapted to be the food of the Sarawak Malays. The same can be said of the kek lapis Sarawak or the Sarawak ‘layered cake’. The form in which such food come into being indicated the socio cultural and economic evolvement during the traditional era which is nurtured until today[pautan mati kekal]
  3. ^ a b "Bubur pedas a Ramadan treat". The Borneo Post. 29 July 2013. Dicapai pada 25 August 2013.
  4. ^ Vanes Devindran (18 August 2010). "Bubur pedas a must-have for buka puasa". The Star (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-01-03. Dicapai pada 25 August 2013.
  5. ^ "Resep bubur pedas sambas makanan khas kalimantan barat – Aktual Terpecaya". akcaya.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2018-06-25.
  6. ^ "Bubur Pedas, Bubur Khas Warga Sambas". VOA Indonesia (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2018-06-25.
  7. ^ Susan. "Bubur Pedas, Kuliner Andalan Melayu Sambas". www.kompasiana.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2018-06-25.