Fauzi Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Berhormat
Mohd Fauzi Abdullah
ADUN Manek Urai
Dalam jawatan
2013 – 2017
Butiran peribadi
Parti politikPAS logo.svg PAS
KediamanKelantan Kelantan
PekerjaanAhli politik

Yang Berhormat Mohd Fauzi Abdullah adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai, Kelantan bertanding di atas tiket PAS.

Peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Julai 2009, beliau diumum menjadi wakil rakyat baru selepas terpilih di dalam Pilihan Raya Kecil Manek Urai berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob. Lahir kira-kira 50 tahun yang lalu, beliau merupakan anak ke-6 kepada pasangan Abdullah dan Limah bt Dollah. Lahirnya di Bukit Marak, Kelantan, dan kemudian berhijrah ke Kuala Krai, lalu menetap di Pekan Guchil.

Di Pekan Guchil itulah, beliau dibesarkan bersama ibu dan bapanya yang kemudiannya memikul tanggungjawab dengan gigih mendidik 4 orang lagi adik-adiknya sehingga berjaya ke puncak pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Beliau kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Aminah bt Mahmud dan kini dikurniakan 5 orang anak. Berbekalkan kesedaran tinggi mendidik anak-anak, anak sulungnya kini telah berjaya ke universiti sementara anak-anaknya yang lain masih di bangku sekolah.

Politik[sunting | sunting sumber]

Pengalaman beliau lama dalam parti ialah sejak remaja lagi. Maka beliau diberi kepercayaan sebagai ketua cawangan Bandar Krai. Beliau juga mendapat kepercayaan kerajaan negeri dilantik sebagai Penyelia DUN Guchil dan Ahli Majlis Daerah Kuala Krai.

Beliau turut mendapat kepercayaan menduduki jawatan Bendahari PAS Kuala Krai.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]