Mohd Akmal Kamarudin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mohd Akmal Kamaruddin)
Jump to navigation Jump to search
Yang Berhormat Ustaz

Mohd Akmal Kamarudin
محمد أكمال بن قمرالدين
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak
Memegang jawatan
15 Disember 2020
MenteriMenteri Besar
Saarani Mohamad
Ahli Dewan Negeri Perak
Memegang jawatan
9 Mei 2018
Didahului olehMohamad Daud Mohd Yusoff (BN-UMNO)
Kawasan pilihan rayaSelama
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Negeri Perak
Dalam jawatan
31 Mac 2020 – 5 Disember 2020
MenteriMenteri Besar
Ahmad Faizal Azumu
Butiran peribadi
Lahir (1978-06-01) 1 Jun 1978 (umur 42)
Parti politikPAS logo.svg PAS
PasanganNusaibah Abdul Hadi
HubunganAbdul Hadi Awang (Mentua)

Muhammad Khalil Abdul Hadi (Abang Ipar)

Zaharudin Muhammad (Biras)
KediamanNegeri Perak Perak
PekerjaanAhli politik

Yang Berhormat Ustaz Mohd Akmal Kamarudin (Tulisan Jawi: محمد أكمال بن قمرالدين) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selama,[1] Perak bertanding di atas tiket PAS. Dalam kerajaan negeri Perak selepas perubahan kepimpinan negeri, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Negeri Perak.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan menantu kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Isteri beliau ialah Nusaibah binti Abdul Hadi. Bapa beliau ialah Tuan Guru Ustaz Kamaruddin Awang Basir, bekas Mudir Maahad Al Ehya Asshariff, Perak. Beliau melanjutkan pengajian rendah di Sekolah Rendah Agama Kuala Ketil, Kedah dan pernah belajar di Madrasah Islahiah Kampung Memali, Maahad Al-Ehya Asshariff, Gunung Semanggol, Perak; Madarasah Ridhuaniah, Teluk Medan; dan Pondok Siliau, Negeri Sembilan. Beliau juga melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah; dan di Universiti Al-Azhar Mesir bagi pengajian Sarjana Muda Syariah. Beliau juga pernah menuntut ilmu di Maahad Tahzib & Kuliyah Al Imam Al Auza'i, di Damsyik, Syria.

Rujukan[sunting | sunting sumber]