Ismail Sabri Yaacob

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Dato' Sri
Ismail Sabri bin Yaakob
DSIS2.jpg

Penyandang
Tempoh jawatan 
29 Julai 2015
Didahului oleh Dato' Sri Mohd Shafie Apdal

Ahli Parlimen
untuk P90 Bera, Pahang
Penyandang
Tempoh jawatan 
5 Mei 2013
Majoriti 2,143 (PRU-13)

Lahir (1960-01-18) 18 Januari 1960 (umur 57)
Temerloh, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik Barisan Nasional Logo.svg Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
Pasangan Muhaini Zainal Abidin (berkahwin 1986)
Anak 4 (termasuk Gadaffi Ismail Sabri @ Dafi)
Pekerjaan Menteri Kabinet, Ahli Parlimen
Agama Islam

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (lahir 18 Januari 1960) merupakan seorang Menteri Kabinet dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [1] Beliau juga merupakan ahli Parlimen Bera dari UMNO, Barisan Nasional. Beliau berkahwin dengan Datin Muhaini Zainal Abidin pada 1986. Anak beliau Dafi atau Gadaffi Ismail Sabri merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia Musim 5 iaitu sebuah rancangan realiti berbentuk hiburan yang kini menjadi seorang penyanyi.[2]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Ismail Sabri memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Bangau pada tahun 1967. Kemudian, beliau meneruskan pendidikannya di Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan pada 1973 dan Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang pada 1976. Beliau kemudiannya belajar tingkatan enam di Jaya Akademik seterusnya menyambung pelajaran di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya pada tahun 1980.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau telah memulakan kerjayanya mulai pada tahun 1985 sebagai seorang peguam. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Temerloh pada 1987 dan Ahli Majlis Perbandaran Temerloh pada 1996. Pada tahun 1995, beliau dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Sabaruddin Chik. Selain itu beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pahang Tenggara (DARA) pada tahun 1995 juga Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia pada tahun yang sama. beliau dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 9 April 2009.

Politik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1987, beliau dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Temerloh. Kemudian, pada tahun 1988, beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Temerloh. Pada tahun 1993, beliau dipiih pula sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian (2001) dan menjadi Ketua UMNO Bahagian Temerloh pada tahun 2004.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Ismail Sabri Bin Yaakob bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Bera, negeri Pahang. Ismail Sabri Bin Yaakob telah menang dengan mendapat undi sebanyak 18051. Calon lawan ialah Mazlan Aliman dari PAS mendapat 14,230 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 76%. Undi rosak sebanyak 783.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia: P90 Bera, Pahang[3][4][5]
Year Kerajaan Undi Pct Pembangkang Undi Pct Buang undi Majoriti Keluar
2004 Ismail Sabri Yaakob (UMNO) 16,714 53.75% Abd Wahab Ismail (PAS) 12,244 39.37% 31,096 4,982 76.53%
2008 Ismail Sabri Yaakob (UMNO) 18,051 54.50% Mazlan Aliman (PAS) 14,230 42.96% 33,123 4,313 77.04%
2013 Ismail Sabri Yaakob (UMNO) 21,669 50.46% Zakaria Abdul Hamid (PKR) 19,526 45.47% 42,944 2,143 84.21%
Mohd Wali Ahmad (Bebas) 670 1.56%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SenaraipenuhbarisanKabinet2013/pilihanraya/PRU13/Article/index_html.
  2. ^ Ismail Sabri kota 
janji tujuh tahun lalu
  3. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017.  Percentage figures based on total turnout.
  4. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017.  Results only available from the 2004 election.
  5. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017. 


Penyandang Terdahulu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
20082009

penyandang kemudian:??

Penyandang Kemudian
Menteri Belia dan Sukan Malaysia {{{penyandang kemudian}}}