Hajiji Mohd Noor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
YB Datuk Seri Panglima Haji
Hajiji Mohd Noor
SPDK, PGDK (Sab); KMN
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Sulaman
Memegang jawatan
1990
Didahului olehJasni Gindug
Butiran peribadi
Parti politikPakatan-harapan-logo.jpg Parti Pribumi Bersatu Malaysia Logo.png BERSATU (2019-)
Barisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg UMNO (1990-2019)

YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Mohd Noor adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Sulaman sejak 1990.[1] Pernah dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.[2] Beliau telah keluar dari UMNO hampir setahun selepas Pilihan raya umum Malaysia 2018 setelah kerajaan Barisan Nasional tewas pada PRU tersebut.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dilantik sebagai ADUN Sulaman sejak 1990 lagi. Sebagai salah seorang ADUN terkanan dalam Kabinet Negeri Sabah, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Namun, setelah kekalahan Barisan Nasional dalam PRU 14, beliau bersama-sama dengan rakan-rakan dalam UMNO Sabah telah bertindak untuk keluar dari parti.[3] Hanya segelintir sahaja ahli yang masih bersama dengan UMNO Sabah.

Pada 4 April 2019, BERSATU Sabah telah dirasmikan oleh Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau telah dipilih sebagai Ketua Penyelaras BERSATU Sabah.[4]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Hajiji Mohd Noor di Facebook

Rujukan[sunting | sunting sumber]