Malaysia

Laman separuh dilindungi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 4904958 pada 07:28, 4 Oktober 2020 oleh 미솔파 (bincang | sumb.)
Persekutuan Malaysia
ڤرسکوتوان مليسيا
Bendera Persekutuan Malaysia ڤرسکوتوان مليسيا
Lambang negara Persekutuan Malaysia ڤرسکوتوان مليسيا
Bendera Lambang negara
Cogan kata"Bersekutu Bertambah Mutu"[1]
Lagu kebangsaanNegaraku
Ibu negaraKuala Lumpur[a]
3°8′N 101°41′E / 3.133°N 101.683°E / 3.133; 101.683
Putrajaya (pusat pentadbiran)
2°56′35″N 101°41′58″E / 2.9430952°N 101.699373°E / 2.9430952; 101.699373
Bandar terbesarKuala Lumpur
Bahasa rasmi
dan Bahasa kebangsaan
Melayu[b]
Bahasa yang diiktirafInggeris
Kumpulan etnik
68.88% Melayu dan Bumiputera
22.56% Cina
 6.73% India
 1.16% Lain-lain
[2]
KerajaanRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Muhyiddin Yassin
Tengku Maimun Tuan Mat
Rais Yatim
Azhar Azizan Harun
Badan perundanganParlimen
Dewan Negara
Dewan Rakyat
Kemerdekaan 
• Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
31 Ogos 1957[3]
22 Julai 1963[4]
31 Ogos 1963[4]
• Persekutuan (dengan Borneo Utara, Sarawak dan Singapura[d]
16 September 1963[5]
• Perpisahan Singapura dari Malaysia
9 Ogos 1965
• Perisytiharan ASEAN
8 Ogos 1967
Keluasan
• Jumlah
330,803 km2 (127,724 bt2) (ke-66)
• Perairan (%)
0.3
Populasi
• Bancian Penduduk 2019
32,700,000 (ke-42)
86/km2 (222.7/sq mi) (ke-114)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
AS$ 1.068 trilion[6] (AS$ 1.068 trilion)
AS$ 32,501 (ke-41)[6]
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
AS$ 372.848 bilion[6]
AS$ 11,338 (ke-62)[6]
Gini (2015)41
sederhana
HDI (2018) 0.804[7]
sangat tinggi · ke-61
Mata wangRinggit (RM)
(MYR)
Zon waktuUTC+8 (MST)
• Musim panas (DST)
UTC+8 (Tiada)
Format tarikhdd-mm-yyyy
Bahagian memanduKiri
Kod panggilan+60
DPT internet.my
  a. Kuala Lumpur merupakan ibu kota dan tempat terletaknya cabang perundangan kerajaan Persekutuan. Putrajaya pula menjadi pusat utama kerajaan persekutuan di mana terletaknya cabang eksekutif dan kehakiman.

 b. Istilah mengikut perlembagaan persekutuan ialah Bahasa Melayu[8], namun perundangan masih memanggil bahasa rasmi dengan nama Bahasa Melayu[9]. Bahasa Inggeris masih digunakan untuk tujuan-tujuan rasmi tertentu mengikut Akta Bahasa Kebangsaan 1967.

 c. Sebelum penyatuan, Sabah merujuk kepada Borneo Utara.

 d. Singapura menjadi negara merdeka pada 9 Ogos 1965.[10]

Malaysia (Tulisan Jawi: مليسيا) secara rasminya Persekutuan Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi berkeluasan 329,847 kilometer persegi (127,350 bt2).[12][13] Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur).[12] Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei[12] dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina.[14] Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia diduduki 28 juta orang[15] dan pada tahun 2017 dianggarkan telah mencecah lebih 30 juta orang.

Malaysia berakar-umbikan Kerajaan-kerajaan Melayu yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukan Empayar British sejak abad ke-18. Wilayah British pertama di sini dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat. Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya, mula-mula disatukan di bawah komanwel pada tahun 1946, sebelum menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bersatu bersama dengan negara Sabah, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Pada tahun 1965, Singapura keluar dari persekutuan untuk menjadi negara kota yang bebas. Semenjak itu, Malaysia menikmati antara ekonomi yang terbaik di Asia, dengan purata pertumbuhan keluaran dalam negara kasarnya (KDNK) kira-kira 6.5% selama 50 tahun pertama kemerdekaannya.[16] Ekonomi negara yang selama ini dijana oleh sumber alamnya kini juga berkembang dalam sektor-sektor ukur tanah, sains, kejuruteraan, pendidikan, pelancongan, perkapalan, perdagangan dan perubatan.

Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong, iaitu raja elektif yang terpilih dari kalangan sembilan raja negeri Melayu. Ketua kerajaannya pula ialah Perdana Menteri.[17][18] Sistem kerajaan Malaysia banyak berdasarkan sistem parlimen Westminster[19], dan sistem perundangannya juga berasaskan undang-undang am Inggeris.

Malaysia terletak berdekatan dengan khatulistiwa dan beriklim tropika,[12] serta mempunyai kepelbagaian flora dan fauna, sehingga menjadi salah satu daripada 17 negara megadiversiti.[20] Di Malaysia terletaknya Tanjung Piai, titik paling selatan di seluruh tanah besar Eurasia. Malaysia ialah sebuah negara perintis Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara dan Pertubuhan Persidangan Islam, dan juga anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, Negara-Negara Komanwel, dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.

Asal-usul nama اصل-اصول نام

Peta Asia Tenggara berbahasa Inggeris, tertera perkataan "MALAYSIA" secara mendatar supaya huruf-hurufnya melintasi sudut paling utara di Borneo dan melalui dekat selatan Filipina.
Malaysia digunakan sebagai gelaran untuk kepulauan Melayu pada peta atlas buatan Amerika Syarikat dari tahun 1914.

Nama Malaysia mula diguna pakai pada tahun 1963 apabila negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu serta Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak membentuk persekutuan baru.[5] Sebelum ini nama Malaysia juga pernah digunakan untuk memaksudkan beberapa kawasan di Asia Tenggara dengan sewenang-wenangnya. Sehelai peta yang diterbitkan di Chicago, Illinois, A.S. pada tahun 1914 tertera perkataan Malaysia yang memaksudkan beberapa wilayah tertentu di dalam Kepulauan Melayu.[21] Bahagian semenanjung memakai nama Persekutuan Tanah Melayu hingga tahun 1963, sewaktu pergabungannya dengan wilayah-wilayah Sabah, Sarawak dan Singapura.[22] Para ahli politik di Filipina pernah bercadang agar negara mereka diberi nama "Malaysia", tetapi tidak sempat berbuat demikian apabila Malaysia terlebih dahulu telah menggunakan nama tersebut secara rasmi.[23] Ketika itu, nama-nama lain juga dipertimbangkan, antaranya Langkasuka, sempena kerajaan purba yang terletak di kawasan utara Semenanjung Tanah Melayu pada alaf pertama Masihi.[24]

Perkataan Melayu berasal daripada perkataan Melayar atau Berlayar dalam yang membawa erti "Penjelajah Lautan atau Pelayar Lautan";.[25][26][27][28][29]

Pada tahun 1850, seorang ahli etnologi Inggeris, George Samuel Windsor Earl mencadangkan agar kepulauan Indonesia dinamakan Melayunesia atau Indunesia ketika mengarang Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia (Jurnal Kepulauan Hindia dan Asia Timur). Beliau menggemari Melayunesia[30] demi kemudahan pihak kolonial. Berikutan ekspedisinya di Oceania pada tahun 1826, pelayar Perancis, Jules Dumont d'Urville mencipta istilah Malaysia, Micronesia dan Melanesia untuk membezakan budaya dan gugusan kepulauan Pasifik daripada istilah Polynesia yang sedia ada. Pada tahun 1831, beliau mengusulkan istilah-istilahnya kepada Société de Géographie (Persatuan Geografi). Dumont d'Urville menyifatkan Malaysia sebagai "kawasan yang lebih dikenali sebagai Hindia Timur".[31] Ketika itu, adalah dipercayai bahawa kesemua penduduk kawasan berkenaan boleh dipanggil "orang Melayu" sama sekali, selaras dengan konsep kaum Melayu ketika itu, yang bertentangan dengan takrifan masa kini yang memerikan "Melayu" sebagai kelompok etnik yang seragam budayanya, bertutur bahasa Melayu dan tinggal di pantai timur Sumatera, Kepulauan Riau, Semenanjung Tanah Melayu dan pesisiran pulau Borneo. Istilah "Dunia Melayu" pula digunakan sebagai gelaran kepada keempat-empat kawasan tersebut pada keseluruhannya[32] iaitu bersinonim dengan Nusantara.

Sejarah سجاره

Kubu A Famosa di Melaka dibina oleh Portugis pada abad ke-16.

Terdapat bukti petempatan awal manusia di Malaysia sejak lebih kurang 40,000 tahun lalu.[33] Manusia pertama sekali yang menduduki Semenanjung Melayu berkemungkinan ialah kaum Negrito.[34] Semenanjung Melayu dikenali sebagai "Semenanjung Emas" oleh peta dunia Ptolemy (Chersonesus Aurea atau Semenanjung Kencana). Semenanjung Melayu menyambut pedagang dan penghuni dari India dan China seawal-awal abad pertama Masihi, di mana Orang Melayu mengasaskan kerajaan maritim dan membuka pelabuhan dan bandar di kawasan itu pada abad ke-2 dan ke-3 M. Sebelum kedatangan pengaruh Parsi dan China, orang Melayu menggunakan tulisan rencong. Pada awal alaf pertama, para penduduk Semenanjung Melayu menerima pengaruh agama Hindu dan Buddha dari India serta meminjam sistem tulisan Sanskrit. Dari abad ke-7 hingga ke-13, kebanyakan kawasan Semenanjung Melayu ditakluki oleh empayar Srivijaya yang beribu kota di Palembang di pulau Sumatera. Setelah kejatuhan Srivijaya, giliran empayar Majapahit yang berpangkalan di Jawa pula yang mempengaruhi kawasan-kawasan Indonesia, Semenanjung Malaysia, dan pesisiran Pulau Borneo. Pada awal abad ke-15, Parameswara, seorang putera dari bekas kerajaan Srivijaya, mengasaskan sebuah negeri baru yang dikenali sebagai Melaka. Kemudian, Parameswara memeluk agama Islam, maka orang Melayu beramai-ramai pun memeluk agama Islam pada abad ke-15.[16] Pada zaman ini, Melaka menjadi sebuah pusat perdagangan tersohor yang menarik ramai pedagang dan saudagar dari seluruh rantau.[16]

Zaman penjajahan Eropah bermula pada tahun 1511, apabila Melaka ditakluki oleh Portugal untuk dijadikan tanah jajahan[16], disusuli pula oleh pengambilalihan Belanda di Melaka pada tahun 1641. Empayar British menjejak kaki di Semenanjung Melayu pada tahun 1786, dengan memajakkan Pulau Pinang kepada Syarikat Hindia Timur British dari negeri Kedah[35], kemudian menduduki Singapura tidak lama kemudian.[36] Pada tahun 1824, British menguasai Melaka ekoran Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang memecahkan kepulauan Melayu kepada kawasan taklukan British dan Belanda, yang mana Malaya terletak dalam kawasan British. Pada tahun 1826, British menguasai Pulau Pinang, Melaka, Singapura dan Labuan untuk dijadikan wilayah jajahan mahktoa Negeri-Negeri Selat. Pada awal abad ke-20, negeri-negeri Pahang, Selangor, Perak, dan Negeri Sembilan yang membentuk Negeri Melayu Bersekutu, ditugaskan Residen British sebagai penasihat raja-raja Melayu yang terpaksa mengikut kata-kata mereka hasil perjanjian terdahulu.[37] Lima negeri semenanjung yang lain, iaitu Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, biarpun tidak diperintah secara langsung dari London, namun turut menerima penasihat British pada awal abad ke-20. Sabah ditadbir sebagai jajahan makhota Borneo Utara Inggeris, manakala Sarawak diserahkan oleh Kesultanan Brunei kepada James Brooke yang memerintah sebagai Raja Putih dalam sebuah Kesultanan yang merdeka sehingga diserahkan kepada pemerintahan langsung British pada tahun 1946.[38]

Askar Jepun di Kuala Lumpur pada Perang Dunia Kedua.

Pada Perang Dunia Kedua, tentera Jepun menyerang lalu menduduki Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura selama tiga tahun lebih. Sewaktu ini, hubungan antara etnik makin tegang dan semangat nasionalisme makin mekar.[39] Setelah wilayah Malaysia ditakluki semula oleh Pihak Berikat, masyarakat tempatan semakin menyambut baik perjuangan demi kemerdekaan.[40] Rancangan pascaperang British untuk menyatukan pentadbiran Tanah Melayu menjadi jajahan tunggal iaitu Malayan Union ditentang hebat oleh orang Melayu yang membantah perbuatan melemahkan kuasa raja-raja Melayu serta pemberian kewarganegaraan kepada kaum China.[41] Pada tahun 1946, Malayan Union terbentuk daripada semua taklukan British di Tanah Melayu kecuali Singapura, kemudian dibubarkan pada tahun 1948 untuk memberi laluan kepada Persekutuan Tanah Melayu yang memulihkan autonomi raja-raja Melayu di bawah naungan British. Pada masa yang sama, pejuang pemberontak pimpinan Parti Komunis Malaya melancarkan kegiatan gerila untuk mengusir British dari Tanah Melayu, sehingga mencetuskan darurat dari tahun 1948 hingga 1960, yang melibatkan kempen anti-pemberontak berpanjangan oleh tentera Komanwel di Tanah Melayu.

Walaupun masih di tengah zaman Darurat, Tanah Melayu tetap diisytiharkan sebagai negara merdeka pada 31 Ogos 1957, diikuti penyerahan kalah oleh gerila Komunis tiga tahun berikutnya. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bersama negara Sabah, Sarawak dan Singapura, bergabung untuk membentuk Malaysia. Tarikh yang dicadangkan untuk pembentukan Malaysia adalah 31 Ogos 1963, sempena sambutan kemerdekaan Tanah Melayu dan kemerdekaan Sarawak dan Sabah oleh British. Akan tetapi, upacara pengisytiharan persekutuan Malaysia ditunda hingga 16 September 1963 kesan tentangan kerajaan Indonesia pimpinan Soekarno serta cubaan Parti Rakyat Bersatu Sarawak untuk menangguhkan pembentukan Malaysia.[42]

Dataran Merdeka di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi tapak sambutan Hari Malaysia pada tanggal 16 September setiap tahun.
Dataran Merdeka di Kuala Lumpur.

Zaman kemerdekaan awal menyaksikan kemuncak "Konfrontasi" dengan Indonesia kerana pembentukan Malaysia, pengunduran diri Singapura pada tahun 1965,[43] dan rusuhan antara kaum pada tahun 1969.[44][45] Selepas peristiwa 13 Mei itu, Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak, dengan tujuan meningkatkan penguasaan ekonomi negara oleh bumiputera ("orang peribumi", termasuk orang Melayu dan sewajarnya orang asli dan pribumi lain) berbanding kaum-kaum lain. Oleh itu, Malaysia terpaksa menanggung imbangan politik etnik yang rumit, dengan sistem kerajaan yang cuba menggabungkan pembangunan ekonomi keseluruhan dengan dasar politik dan ekonomi yang memupuk penyertaan sama-rata semua kaum.[46]

Ketika negara dipimpin oleh Tun Mahathir bin Mohamad, Malaysia menikmati pertumbuhan ekonomi sepanjang 1980-an dan 1990-an[47], meskipun disampuk oleh kemelesetan pasaran harta pada tahun 1985-86,[48]. Walaubagaimanapun, Sarawak dan Sabah terpinggir dari arus pembangunan yang lebih tertumpu kepada Semenanjung Malaysia. Ketika ini, Malaysia beralih dari ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi berasaskan perindustrian yang termasuk komputer dan barangan elektronik pengguna. Pada masa yang sama, wajah bumi Malaysia berubah kerana bangkitnya berbilang-bilang projek mega, antaranya Menara Berkembar Petronas (yang mencapai taraf bangunan komersil tertinggi di dunia sebaik sahaja siap dibina), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Projek Lebuhraya Utara Selatan, Litar Antarabangsa Sepang, Koridor Raya Multimedia, empangan hidroelektrik Bakun dan pusat pentadbiran persekutuan baru, iaitu Putrajaya. Pada akhir 1990-an, Malaysia digegarkan oleh krisis kewangan Asia dan kemelut politik ekoran pelucutan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.[49] Pada November 2007, Malaysia digemparkan lagi oleh dua acara tunjuk perasaan anti-kerajaan yang mendakwa anasir rasuah dan perselisihan dalam sistem ekonomi Malaysia yang memihak kepada parti pemerintah, Barisan Nasional yang menguasai Malaysia sejak merdeka pada tahun 1957.[50]

Politik ڤوليتيک

A photo showing the Malaysian Parliament building along with 2 white arches in diagonal position front of the building.
Bangunan Parlimen Malaysia, bangunan yang menempat ahli Parlimen di Malaysia bersidang.

Malaysia ialah sebuah negara beraja elektif berperlembagaan persekutuan yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong, ketua negara persekutuan. Yang di-Pertuan Agong dipilih dari kalangan sembilan Raja Melayu untuk sepenggal lima tahun; tanpa penyertaan empat negeri lain (Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah) yang hanya dipimpin oleh Yang di-Pertua Negeri.[51] Sistem kerajaan di Malaysia banyak berasaskan sistem parlimen Westminster yang diwarisi daripada zaman penjajahan British.[19]

Kuasa perundangan diagihkan kepada badan perundangan persekutuan dan negeri. Parlimen Malaysia yang dwidewan terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.[52][53][53] Dewan Rakyat dianggotai oleh 222 Wakil Rakyat, iaitu ahli-ahli yang dipilih oleh kawasan pengundian masing-masing untuk penggal maksimum lima tahun. Kesemua 70 Senator (ahli Dewan Negara) dilantik untuk penggal tiga tahun; 26 daripadanya dipilih oleh 13 Dewan Undangan Negeri, manakala 44 yang selebihnya dilantik oleh raja atas syor Perdana Menteri.[16] Parlimen Malaysia mengikuti sistem pelbagai parti dan ahli-ahlinya dipilih menerusi sistem pemenang undi terbanyak. Semenjak mencapai kemerdekaannya, Malaysia ditadbir oleh parti campuran Barisan Nasional (dahulunya Parti Perikatan).[16]

Selain Parlimen persekutuan, setiap negeri mempunyai sebuah Dewan Undangan Negeri ekadewan (DUN) yang terdiri daripada ahli-ahlinya yang dipilih dalam pilihan raya peringkat negeri. Kerajaan negeri diketuai oleh Menteri Besar untuk negeri-negeri Melayu atau Ketua Menteri di negeri-negeri tanpa raja[16], yang merupakan ahli dewan undangan negeri dari parti majoriti di Dewan Undangan Negeri. Di setiap negeri beraja, Menteri Besar diwajibkan berketurunan Melayu dan dilantik oleh sultan atau raja atas nasihat Perdana Menteri.[54] Pilihan raya parlimen diadakan lebih kurang sekali dalam empat atau lima tahun. Pilihan raya umum terkini diadakan pada Mac 2008.[16] Pengundi berdaftar yang berusia 21 tahun ke atas boleh mengundi ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri yang disukai.[55]

Kuasa eksekutif terletak di tangan jemaah menteri pimpinan perdana menteri. Perlembagaan Malaysia menetapkan bahawa perdana menteri mestilah seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat majoriti di parlimen dalam pandangan Yang di-Pertuan Agong.[56][57]

Cabang kehakiman Malaysia bebas daripada pengaruh eksekutif dan perundangan.[58] Badan kehakiman tertinggi ialah Mahkamah Persekutuan yang dibawahi oleh dua mahkamah tinggi, iaitu satu untuk Semenanjung dan satu lagi untuk Malaysia Timur.[12] Sistem undang-undang Malaysia berasaskan undang-undang am Inggeris.[16]

Sistem mahkamah syariah berasingan dari mahkamah awam untuk menerima kes-kes yang melibatkan umat Islam di Malaysia.[59] Sistem mahkamah syariah sama paras dengan sistem mahkamah biasa dan menjalani pembaharuan yang menyaksikan pelantikan hakim-hakim dalam kalangan wanita.[60] Di Malaysia wujudnya perbahasan sama ada negara ini wajar mengamalkan kerajaan berdasarkan sekular atau Islam,[61] memandangkan ada negeri yang meluluskan undang-undang Islam tetapi tidak berkuatkuasa kerana ditentang oleh kerajaan persekutuan.[62]

Hubungan luar negara dan ketenteraan هوبوڠن لوار نݢارا دان کتنتراءن

MRCA Sukhoi Su-30 MKM milik TUDM.

Dasar luar negara Malaysia berasaskan prinsip keberkecualian serta mengamalkan hubungan damai dengan negara-negara lain tanpa mengira sistem politiknya, sambil mengeratkan lagi hubungan dengan negara-negara serantau.[63] Ia mendapat keutamaan dalam keselematan dan keseimbangan Asia tenggara, dan telah cuba untutk meperkukuh hubungan dengan negara-negara Islam.[64]

Malaysia merupakan sebuah negara perintis Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Pertubuhan Persidangan Islam.[65][66] Selain itu, Malaysia juga menganggotai pelbagai lagi pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, 8 Negara Membangun dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.[67][68][69][70] Sebagai bekas jajahan British, Malaysia juga menganggotai Negara-Negara Komanwel.[71] Kuala Lumpur juga menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Asia Timur pertama pada tahun 2005.[64] Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Negara Israel disebabkan sentimen Kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap negara Yahudi tersebut.[72]

Kerajaan Malaysia mengamalkan dasar pragmatik dalam menanangi pertikaian wilayah, termasuk peleraian di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, antara lainnya.[73] Kepulauan Spratly menjadi tempat pertikaian kebanyakan negara di sekitarnya, namun perbalahan reda ekoran "Perisytiharan Tatalaku Pelbagai Pihak di Laut China Selatan" pada tahun 2002.[74] Brunei dan Malaysia pada 2008 mengumumkan pengakhiran tuntuntan terhdap tanah, untuk menyelesaikan masalah berkaitan sempadan meritim mereka.Filipina tidak lagi menuntut Sabah.Tuntutan semula tanah Singapore telah menyebabkan ketengangan antara kedua-dua negara, dan pertikaian sempadan laut terjadi dengan Indonesia.[75]

Keperluan pertahanan Malaysia ditugaskan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terdiri daripada tiga cabang, iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Darat Malaysia (TDM), dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Malaysia tidak mengamalkan pengerahan tenaga rakyat; sesiapa yang ingin menyertai tentera haruslah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. 1.9% KDNK Malaysia diperuntukkan untuk tentera yang mengambil 1.23% guna tenaga Malaysia.[76]

Perjanjian Pertahanan Lima Negara antara Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand, dan United Kingdom, merupakan satu inisiatif keselamatan serantau yang dilaksanakan sejak zaman awal kemerdekaan, dan melibatkan latihan tentera bersama kelima-lima negara.[77] Malaysia turut mengadakan latihan perang bersama Indonesia selama bertahun-tahun.[78] Malaysia dan Filipina turut bersepakat untuk mengadakan latihan tentera bersama untuk mempertahankan sempadan laut serta memantau gejala pendatang tanpa izin.[79]

Pertubuhan antarabangsa ڤرتوبوهن انتارابڠسا

Berikut merupakan senarai pertubuhan antarabangsa yang Malaysia sertai:

Pembahagian pentadbiran ڤمبهاڬين ڤنتدبيرن

Malaysia terbahagi kepada 13 negeri dan tiga wilayah persekutuan, iaitu 11 negeri dan dua wilayah persekutuan di Semenanjung Malaysia, dan dua negeri dan satu wilayah persekutuan lagi di Malaysia Timur. Memandangkan Malaysia adalah sebuah persekutuan, pentadbiran negeri diagihkan antara kerajaan persekutuan dan negeri, manakala wilayah persekutuan ditadbir secara terus oleh kerajaan Persekutuan.[80]

13 negeri ini berasaskan Kerajaan-Kerajaan Melayu bersejarah, dan setiap negeri dibahagikan lagi kepada daerah (atau jajahan di Kelantan, dan bahagian di Sabah dan Sarawak), kemudian dibahagikan lagi kepada mukim. Sembilan Negeri Melayu mengekalkan kerabat diraja masing-masing. Yang di-Pertuan Agong dipilih (secara bergilir-gilir) dari kalangan sembilan Raja Melayu untuk penggal lima tahun.[16] Setiap negeri ada sebuah Dewan Undangan Negeri. Negeri Sabah dan Sarawak di Malaysia Timur mengamalkan dasar dan kawal selia imigresen berasingan serta status kediaman yang tersendiri.[81] Visa diperlukan untuk perjalanan antara kedua-dua negeri ini, ataupun antara Malaysia Timur dengan semenanjung.[82]

Parlimen Malaysia dibenarkan menggubal undang-undang mengenai tanah, agama Islam dan kerajaan negeri untuk membentuk undang-undang seragam untuk semua negeri, ataupun atas permintaan Dewan Undangan Negeri yang berkenaan. Undang-undang berkenaan haruslah diluluskan oleh DUN juga, kecuali bagi perkara undang-undang tanah tertentu. Perkara bukan Islam yang terletak dalam skop negeri juga digubal di peringkat persekutuan agar mematuhi ketentuan perjanjian Malaysia.[83]

Berikut merupakan senarai negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia. Ibu negeri disertakan dalam kurungan. 13 negeri dan Wilayah Perseketuan (terdiri daripada 3 daerah) berikut dilambangkan sebagai empat belas jalur dan bucu bintang di dalam Bendera Malaysia:

Negeri نݢري

Berikut adalah tiga belas negeri dan ibu negeri masing-masing (dalam kurungan):

Wilayah Persekutuan ويلايه ڤرسکوتوان

  1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  2. Wilayah Persekutuan Labuan
  3. Wilayah Persekutuan Putrajaya

Bandar Utama بندر اوتام

Berikut merupakan senarai bandar-bandar utama di Malaysia

Tambahan lagi, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru adalah tiga bandar yang membentuk metropolitan terpenting di Malaysia. Bandar-bandar ini juga merupakan penempatan tertinggi serta pusat budaya yang pesat membangun.Selain itu negeri yang paling mempunyai ramai penduduk ialah negeri Selangor Darul Ehsan dan diikuti oleh Johor.

Bandar بندر

Berikut merupakan senarai bandar di setiap negeri mengikut pihak berkuasa tempatan.

JOHOR KEDAH KELANTAN PULAU PINANG PERAK TERENGGANU SABAH
MELAKA NEGERI SEMBILAN PAHANG PERLIS SELANGOR SARAWAK WILAYAH PERSEKUTUAN

Geografi ݢيوݢرافي

Persempadanan Malaysia di Pulau Borneo.
Pemandangan dari puncak Low, puncak tertinggi di Gunung Kinabalu.

Malaysia adalah negara ke-43 teramai penduduk dan negara ke-66 terluas di dunia dengan tanah seluas 329 847 kilometer persegi (127,350 batu persegi).[12] yang diduduki 28 juta orang. Malaysia bersempadan dengan Thailand, Indonesia dan Brunei di kawasan daratan[12] manakala bersempadan dengan Singapura, Indonesia dan Filipina di seberang laut.[84] Sempadan darat kini ditentukan oleh ciri-ciri geografi seperti Sungai Perlis, Sungai Golok dan Terusan Pagalayan. Walau bagaimanapun, sempadan laut pula masih mengalami pertikaian.[12] Tanjung Piai yang terletak di negeri selatan Johor merupakan titik paling selatan di tanah besar Asia.[85][86] Selat Melaka yang terletak di antara Sumatera dan Semenanjung Malaysia dikatakan sebagai laluan perkapalan terpenting di dunia.[87]

Walaupun dipisahkan oleh Laut China Selatan, namun Malaysia Barat (Semenanjung Malaysia) dan Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) agak serupa dari segi ciri-ciri geografi, iaitu kenaikan dari dataran pantai ke gunung bukit di pedalaman.[12] Semenanjung Malaysia dengan kepanjangan 740 kilometer (460 batu) dari utara ke selatan manakala lebar maksimumnya adalah 322 kilometer (200 batu).[88] Semenanjung ini terbahagi kepada pantai timur dan barat yang dipisahkan oleh Banjaran Titiwangsa yang berhutan tebal dan bertanah granit. Banjaran inilah yang menjadi punca sebilangan sistem sungai di Semenanjung.[89] Garis tepi lautnya berukuran kira-kira 1 931 kilometer (1 200 batu) panjangnya, namun kebanyakkan pelabuhan di kawasan semenanjung ini terdapat di pantai barat.[88]

Malaysia Timur di bahagian utara pulau Borneo, mempunyai garis tepi laut yang panjangnya kira-kira 2 607 kilometer (1 620 batu).[12] Negeri Sabah dibahagi oleh Banjaran Crocker di mana terletaknya Gunung Kinabalu iaitu gunung tertinggi di Malaysia pada 4,095.2 meter (13,436 kaki). Gunung ini yang terletak di Taman Negara Kinabalu mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.[90] Malaysia diserikan oleh berbilang-bilang pulau di atas perairannya yang terangkum dalam Segitiga Terumbu Karang.[91] Malaysia mempunyai iklim khatulistiwa yang dicirikan oleh monsun tahunan barat daya (April hingga Oktober) dan timur laut (Oktober hingga Februari)[88] serta kelembapan yang cukup tinggi dengan purata curahan hujan sebanyak 250 sentimeter (98 in).[88]

Malaysia ialah sebuah negara megadiversiti kerana bilangan spesies yang banyak serta tahap kepelbagaian yang tinggi.[20] Dua pertiga tanah Malaysia adalah berhutan, dengan sejumlah besar hutan pamah di bawah altitud 760 meter (2,493 ka).[88] Seperti di kebanyakan kawasan Borneo, Malaysia Timur selama ini dilitupi hutan hujan pamah Borneo, namun kebanyakannya habis ditebang sehingga hidupan liar terpaksa berpindah ke hutan hujan tinggi di pedalaman. Hutan hujan di Malaysia ada pelbagai jenisnya, tetapi terutamanya berjenis dipterokarpa.[92] Di hutan-hutan ini terdapatnya Rafflesia, bunga terbesar di dunia.[92] Sungguhpun hutan semakin berkurangan, namun ada kerajaan negeri yang megambil langkah untuk membendungnya.[92] Selain hutan hujan, terdapat juga paya bakau yang meliputi kawasan seluas 1,425 kilometer persegi (550 bt2) di Malaysia.[88]

Kuala Lumpur merupakan ibu negara[12] dan bandar raya terbesar di Malaysia, manakala Putrajaya menjadi pusat pentadbiran persekutuan.[93] Walaupun cabang eksekutif dan kehakiman kerajaan persekutuan sudah banyak berpindah ke Putrajaya (untuk meredakan kesesakan di Kuala Lumpur), namun Kuala Lumpur kekal sebagai pusat perundangan Malaysia kerana di sinilah terletaknya Parlimen Malaysia. Kuala Lumpur juga pusat perdagangan dan kewangan utama negara.[94]

Ekonomi ايکونومي

Menara Berkembar KLCC, mercu tanda Malaysia
Proton Prevé, sebuah kereta buatan Malaysia yang bertaraf dunia.[95][96][97][98]

Malaysia merupakan sebuah negara berpendapatan sederhana dan berubah daripada sebuah negara pengeluar bahan mentah seperti getah, bijih timah dan sebagainya pada 1971 kepada negara berekonomi pelbagai sektor melalui Dasar Ekonomi Baru. Pada dasarnya, pertumbuhan Malaysia adalah bergantung kepada eksport bahan elektronik seperti cip komputer dan sebagainya. Akibatnya, Malaysia merasai tekanan hebat semasa kegawatan ekonomi pada 1998 dan kemerosotan dalam sektor teknologi maklumat pada tahun 2001. KDNK pada tahun 2001 hanya meningkat sebanyak 0.3% disebabkan pengurangan 11% dalam bilangan eksport tetapi pakej perangsang fiskal yang besar telah mengurangkan kesan gawat tersebut.

Malaysia mempunyai persekitaran makroekonomi yang stabil (di mana kadar inflasi dan kadar pengangguran kekal di bawah 3%), simpanan pertukaran wang asing yang sihat, dan hutang luar yang kecil. Ini membolehkan Malaysia untuk tidak lagi mengalami krisis yang sama seperti Krisis Kewangan Asia pada 1997. Walau bagaimanapun, prospek jangka panjang kelihatan agak kabur disebabkan kurangnya perubahan dalam sektor korporat terutama sekali sektor yang berurusan dengan hutang korporat yang tinggi dan kompetitif.

Selain getah dan sawit yang banyak di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak juga kaya dengan sumber asli seperti kayu balak, petroleum dan gas asli.

Pengangkutan dan tenaga ڤڠاڠکوتن دان تناݢ

Lebuhraya Utara-Selatan

Rangkaian jalan raya Malaysia berjumlah 98,721 kilometer (61,342 bt) panjangnya, termasuk lebuhraya sepanjang 1,821 kilometer (1,132 bt).[12] Lebuhraya terpanjang di negara ini iaitu Lebuhraya Utara-Selatan menjangkau 800 kilometer (497 batu) dari sempadan Thailand hingga Singapura. Malaysia mempunyai 118 lapangan terbang di mana 38 buah daripadanya berturap.[12] Sistem penerbangan utama Malaysia adalah Malaysia Airlines(Sistem Penerbangan Malaysia) yang menawarkan penerbangan dalam negara dan antarabangsa. Sistem keretapi Malaysia dikendalikan oleh kerajaan dan liputannya sepanjang 1,849 kilometer (1,149 bt).[12] Sistem transit aliran ringan yang murah terdapat di beberapa bandar, seperti Kuala Lumpur.[99]

Pada mulanya, penghasilan tenaga di Malaysia berasaskan minyak dan gas asli.[100] Malaysia kini berupaya menjana tenaga elektrk sebanyak 13GW.[101] Akan tetapi, biarpun permintaan untuk tenaga makin meningkat, Malaysia hanya ada 33 tahun rizab gas asli dan 19 tahun rizab minyak. Oleh itu, kerajaan Malaysia berusaha mencari sumber tenaga boleh baharu.[100] Kini, 16% janaan elektrik Malaysia berbentuk hidroelektrik, dan 84% yang selebihnya adalah termal.[101] Industri minyak dan gas di Malaysia kini dikuasai oleh syarikat milik negara, Petronas,[102] manakala sektor tenaga keseluruhannya berada di bawah kawalan Suruhanjaya Tenaga Malaysia, sebuah suruhanjaya berkanun yang menguasai penggunaan tenaga di Semenanjung dan Sabah mengikut syarat-syarat Akta Suruhanjaya Tenaga 2001.[103]

Senarai Pengangkutan Ringan Di Malaysia سناراي ڤڠاڠکوتن ريڠن دمليسيا

Sains dan teknologi ساءين س دان تيکنولوݢي

Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan pertama negara Malaysia.

Pada tahun 2002, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dibentuk untuk menguruskan segala kegiatan Malaysia di angkasa, sambil memupuk pendidikan dan ujikaji angkasa. Pada tahun 2006, Sheikh Muszaphar Shukor dan tiga lagi orang terpilih untuk program penerokaan Angkasawan. Rancangan tersebut lahir apabila Rusia sudi mengangkut seorang warga Malaysia ke Stesen Angkasa Antarabangsa dalam urusjanji pembelian 18 jet pejuang Sukhoi Su-30MKM berbilion ringgit oleh Tentera Udara Diraja Malaysia.[104]

Sebagai usaha melahirkan keupayaan pertahanan kendiri sambil menyokong pembangunan negara, Malaysia menswastakan beberapa kemudahan tenteranya pada 1970-an.[105] Maka terbentuklah industri pertahanan yang dipantau oleh Majlis Industri Pertahanan Malaysia sejak tahun 1999. Kerajaan masih cuba memupuk daya saing dalam sektor ini sehingga giat memasarkan industri pertahanan.[105] Salah satu caranya adalah Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi, salah sebuah pertunjukan pertahanan dan khidmat awam terbesar di rantau Asia-Pasifik yang sering dihadiri oleh kira-kira 500 tetap.[105] Angkatan Tentera Malaysia banyak bergantung pada teknologi ketenteraan tempatan dan sistem persenjataan canggih yang direka dan dikilangkan di luar negara.

Demografi ديموݢرافي

Kependudukan Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik, yang mana majoriti 61% merupakan orang Melayu dan 9% adalah kaum bumiputera lain[12]. Perlembagaan negara menetapkan bahawa orang Melayu adalah umat Islam yang mengamalkan adat dan kebudayaan Melayu. Taraf bumiputera turut diberi kepada orang asli bukan Melayu tertentu, termasuk etnik Thai, Khmer, Cham dan peribumi Sabah dan Sarawak. Lebih separuh penduduk Sarawak adalah bumiputera bukan Melayu (yang mana 50% adalah Iban); begitu juga dengan 60% penduduk Sabah (yang mana 48% adalah Kadazan-Dusun).[12] Wujudnya juga kelompok-kelompok peribumi kecil di semenanjung yang dikenali sama sekali sebagai Orang Asli.[106]

22% penduduk Malaysia berketurunan Cina, manakala 7% lagi berketurunan India.[12] Orang India mula berhijrah ke Malaysia pada awal abad ke-19.[107] Majoriti masyarakat India di Malaysia bersuku Tamil. Ramai orang Eropah dan Timur Tengah yang masing-masing berasimilasi ke dalam masyarakat Kristian dan Islam melalui perkahwinan campur. Kebanyakan rakyat Malaysia kaum Serani mengakui berdarah British, Belanda atau Portugis.

Kewarganegaraan Malaysia biasanya diberikan secara lex soli.[108] Kewarganegaraan di negeri Sabah dan Sarawak berbeza daripada kewarganegeraan di Semenanjung Malaysia atas sebab-sebab urusan imigresen. Setiap warganegara yang mencecah usia 12 tahun diberi kad pengenalan bercip pintar biometrik yang dikenali sebagai MyKad dan harus sentiasa membawa kad itu sepanjang masa.[109]

Bandar terbesar di Malaysia (2010)[110]


Kuala Lumpur

Seberang Perai

Rank Bandar Negeri Penduduk


George Town

Ipoh

1 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan 1,588,750
2 Seberang Perai  Pulau Pinang 818,197
3 George Town  Pulau Pinang 708,127
4 Ipoh  Perak 657,892
5 Petaling Jaya  Selangor 613,977
6 Shah Alam  Selangor 541,306
7 Iskandar Puteri  Johor 529,074
8 Seremban  Negeri Sembilan 515,490
9 Johor Bahru  Johor 497,067
10 Melaka  Melaka 484,885

Agama اݢام

Carta peratusan agama di Malaysia berdasarkan bancian tahun 2010
Islam
  
51.3%
Buddhism
  
19.8%
Kristian
  
19.2%
Hinduism
  
6.3%
Agama masyarakat Cina
  
1.3%
Tiada agama
  
0.7%
Lain-lain/Tiada maklumat terperinci
  
1.4%
Masjid Kampung Laut yang didirikan seawal awal abad ke-18 di Tumpat, Kelantan adalah antara masjid yang tertua di Malaysia.

Perlembagaan Malaysia menjamin kebebasan beragama, sungguhpun Islam selaku agama yang paling ramai penganutnya merupakan agama rasmi Malaysia. Menurut perangkaan Banci Penduduk dan Perumahan 2000, kira-kira 65% penduduk menganut agama Islam; 14% Buddha; 9% Kristian; 6.3% Hindu; dan 5.7% yang lain mengamalkan Konfusianisme, Taoisme dan agama Cina tradisional yang lain. Yang selebihnya dikira menganut kepercayaan animisme, agama rakyat, dan Sikhisme, melainkan 0.9% yang tidak beragama atau tidak memberikan maklumat.[111][112]

Semua orang Melayu dikira beragama Islam mengikut Perkara 160 Perlembagaan Malaysia.[113] Menurut statistik Banci 2000, 75.9% orang Cina mengaku beragama Buddha, diikuti ramai penganut Taoisme (10.6%) dan Kristian (9.6%), di samping sebilangan kecil Hui-Muslim di tempat-tempat tertentu seperti Pulau Pinang.[112] Majoriti orang India Malaysia beragama Hindu (84.5%), diikuti ramai penganut Kristian (7.7%) dan Islam (3.8%), lebih 150,000 beragama Sikh, dan 1,000 penganut Jain. Kristian merupakan agama utama masyarakat Bumiputera bukan Melayu (50.1%), di samping 36.3% lagi umat Islam dan 7.3% pengikut agama tradisional.[112]

Umat Islam diwajibkan menurut keputusan Mahkamah Syariah untuk perihal berkenaan agama Islam. Hakim syariah sewajarnya mengikuti fahaman perundangan Syafii selaku mazhab utama di Malaysia.[114] Bidang kuasa mahkamah Syariah terhad kepada hal-ehwal umat Islam seperti pernikahan, pewarisan, perceraian, kemurtadan, mualaf, hak penjagaan anak dan lain-lain lagi. Tiada kesalahan jenayah atau awam lain yang terletak dalam bidang mahkamah Syariah yang serupa hierarkinya dengan Mahkamah Sivil. Mahkamah-Mahkamah Sivil (termasuk Mahkamah Persekutuan) selaku mahkamah agung negara pun tidak melayan perihal amalan Islam.[115]

Bahasa بهاس

Bahasa rasmi Malaysia dikenali sebagai Bahasa Malaysia, iaitu bahasa Melayu dalam bentuk yang piawai. Bahasa Inggeris ialah juga bahasa rasmi kedua negeri Sarawak.[116] Bahasa Inggeris pernah dijadikan bahasa pentadbiran negara de facto untuk suatu ketika dahulu, dan masih kekal sebagai bahasa kedua yang kukuh dalam sesetengah masyarakat Malaysia di samping menjadi matapelajaran wajib di sekolah awam. Penggunaan bahasa Inggeris di Malaysia berasal dari bahasa Inggeris British, dan banyak digunakan secara meluas dalam bidang perniagaan. Sesetengah rakyat Malaysia cenderung bertutur dalam bahasa rojak atau Manglish, iaitu campuran pelbagai bahasa di Malaysia. Ramai rakyat Malaysia yang fasih berbahasa Inggeris, walaupun sekadar dalam bentuk 'Manglish' atau ‘Ibanlish’. Kerajaan Malaysia menegah penggunaan bahasa rojak dan Manglish.[117]

Rakyat Malaysia bertutur dalam sejumlah 137 bahasa hidup[118], yang mana 41 daripadanya dipertuturkan di Semenanjung.[119] Kaum peribumi Malaysia Timur bertutur dalam bahasa tersendiri yang ada hubungan tetapi berbeza sekali dengan bahasa Melayu. Bahasa Iban ialah bahasa etnik utama di Sarawak manakala bahasa Dusun menjadi bahasa asli utama di Sabah.[120]

Bahasa Tamil merupakan bahasa utama masyarakat India di Malaysia. Kaum Cina pula bertutur dalam pelbagai loghat selatan China, seperti bahasa Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew, Fuchow dan Hainan.

Pendidikan ڤنديديقن

Sektor pendidikan Malaysia diselia oleh Kementerian Malaysia.[121] Sistem pendidikan Malaysia terdiri daripada pendidikan prasekolah bukan wajib, diikuti enam tahun pendidikan rendah yang wajib[16] dan lima tahun pendidikan menengah.

Sekolah rendah dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan (vernakular).[122] Sekolah kebangsaan menggunakan bahasa Malaysia sebagai perantara, manakala sekolah jenis kebangsaan menjadikan bahasa Mandarin atau Tamil untuk tujuan yang sama. Sebelum ke sekolah menengah, murid-murid Tahun 6 wajib menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).[123]

Pendidikan menengan di Malaysia dilakukan terutamanya di Sekolah Menengah Kebangsaan selama lima tahun. Pada akhir Tingkatan Tiga, murid-murid mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR); tetapi PMR bakal dimansuhkan pada tahun 2016. Pada tahun terakhir persekolahan menengah iaitu Tingkatan Lima, para pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sekolah menengah kebangsaan menjadikan bahasa Malaysia sebagai perantara utama, tetapi wujudnya juga sekolah menengah swasta yang berantara dalam bahasa Cina dan Inggeris. Sekolah antarabangsa juga didirikan di Malaysia khas untuk anak-anak warga asing.

Sebelum sistem matrikulasi diperkenalkan, pelajar yang hendak memasuki universiti awam perlu melanjutkan lagi persekolahan menengah selama 18 bulan untuk Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).[124] Semenjak kemunculan program matrikulasi alternatif kepada sejak tahun 1999, sesiapa yang menyiapkan program 12 bulan di kolej matrikulasi boleh berdaftar di universiti awam.

Penjagaan kesihatan ڤنجݢاءن کصيحتن

Kerajaan Malaysia menitikberatkan peluasan dan pembangunan penjagaan kesihatan dengan memperuntukkan 5% perbelanjaan pembangunan sektor sosial kerajaan kepada kesihatan awam. Kerajaan juga cuba mempromosikan Malaysia sebagai destinasi perubatan serantau dan antarabangsa.[125] Kerajaan melaksanakan sistem penjagaan kesihatan sejagat di samping membenarkan perusahaan perubatan swasta.[126] Pada tahun 2008, ladar kematian bayi di Malaysia berada pada takat 5.92 per 1000 orang[127], manakala jangka hayat ketika lahir adalah 74 tahun.[128] Sistem penjagaan kesihatan Malaysia mewajibkan doktor untuk berkhidmat di hospital awam selama tiga tahun untuk memastikan kakitangan yang mencukupi di hospital-hospital berkenaan.[126]

Kerajaan berdepan dengan masalah kekurangan pusat perubatan di luar bandar, dan menanganinya dengan membangunkan sistem "Tele-Jagaan Primer".[126]

Budaya بودايا

Seorang penggerai menyediakan murtabak di Kuala Lumpur.

Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum, budaya dan bahasa. Orang Melayu merupakan komuniti terbesar yang memainkan peranan terpenting dalam politik negara. Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia), merupakan bahasa utama negara ini.[129] Rakyat berketurunan Minangkabau, Bugis dan Jawa boleh digolongkan sebagai "Melayu" mengikut takrifan perlembagaan, tetapi juga boleh bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing. Bahasa Inggeris juga meluas di kawasan bandar raya utama. Mengikut perlembagaan, semua orang Melayu beragama Islam, namun budaya Melayu memperlihatkan pengaruh kuat dari agama Hindu, Buddha dan animisme, tetapi semua ini telah diketepikan atau diharamkan sejak pergerakan pengislaman pada 1980-an dan 1990-an. Memandangkan sesiapa sahaja umat Islam yang berbahasa Melayu menikmati keistimewaan bumiputera, ramai umat Islam bukan Melayu mengamalkan bahasa, adat dan pemakaian Melayu akhir-akhir ini, terutamanya kaum India Muslim di Semenanjung[130] dan Kadayan di Borneo.

Kaum bumiputera bukan Melayu terbesar di Malaysia ialah kaum Iban dari Sarawak, yang seramai 1,390,000 orang[131], diikuti kaum Bidayuh yang seramai 170,000 orang dan tertumpu di kawasan barat daya Sarawak. Kaum peribumi terbesar di Sabah pula ialah Kadazan yang kebanyakannya beragama Kristian[132] dan mengusahakan sawah padi.[133] Di Semenanjung ada 140,000 Orang Asli yang terdiri daripada pelbagai kelompok etnik. Kebanyakan puak minoriti ini, baik di Semenanjung mahupun di Borneo, mengikut tradisi pemburu-pengumpul yang berpindah-randah, terutamanya kaum Punan, Penan dan Senoi. Malangnya, tanah pusaka dan tempat berburu mereka makin berkurangan akibat tuntutan kerajaan yang memaksa mereka ke tanah yang kurang subur hingga mengancam cara hidup tradisional mereka.[134]

Malaysia diduduki oleh sebuah masyarakat Cina seramai enam juta orang yang kebanyakannya adalah keturunan para penghijrah dari China Selatan pada abad ke-18 dan ke-19 kerana tertarik oleh peluang lumayan melombong emas di Tanah Melayu, di samping melarikan diri daripada peperangan dan ketaktentuan politik di negara asal mereka. Tidak dilupakan satu suku Cina yang berkahwin dengan orang Melayu dan berasimilasi dengan budaya Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka[135], iaitu Cina Peranakan yang pernah mekar di Pulau Pinang dan Melaka sewaktu zaman penjajahan Eropah.

Masyarakat India di Malaysia pula kebanyakannya adalah suku Tamil. Mereka adalah keturunan penghijrah India yang bekerja sebagai pedagang, guru atau pekerja mahir yang lain, tetapi sesetengah mereka dipaksa oleh penjajah British untuk mengusahakan dusun.[136]

Sebilangan kecil rakyat Malaysia berketurunan kaukasia dan bertutur dalam bahasa kriol, seperti Kristang (terbitan bahasa Portugis),[137] dan Zamboangueño Chavacano (terbitan bahasa Sepanyol).[138] Kaum minoriti lain di Malaysia termasuk orang Siam, Burma, Cham dan Khmer.

Seni سني

Kesenian Malaysia banyak persamaannya dengan negara jiran Indonesia, terutamanya wayang kulit, silat, seni kraf seperti menenum dan perlogaman. Muzik dan seni persembahan tradisional Melayu dipercayai berpunca dari kawasan Kelantan—Pattani serta mendapat pengaruh dari India, China, Thailand dan Indonesia. Muzik Melayu tradisional bertengahkan gendang, rebab, serunai, seruling dan banyak lagi. Negara ini kaya dengan tradisi seni tarian dan drama, antaranya dikir barat yang diwar-warkan oleh kerajaan sebagai lambang budaya kebangsaan.[139]

Cuti dan perayaan چوتي دان ڤراياءن

Rakyat Malaysia menikmati berbilang cuti dan perayaan sepanjang tahun; sesetengahnya adalah cuti umum yang diwartakan di peringkat persekutuan atau negeri. Perayaan yang disambut oleh kelompok etnik atau agama minoriti tertentu lazimnya tidak dijadikan cuti umum. Cuti yang paling disambut ramai ialah Hari Kebangsaan (atau Hari Kemerdekaan) pada 31 Ogos sempena ulang tahun kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957, manakala Hari Malaysia disambut pada 16 September untuk memperingati pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Cuti kebangsaan yang lain termasuk Hari Buruh (1 Mei), dan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong (Sabtu pertama bulan Jun).

Sebagai negara berpenduduk majoriti Muslim, perayaan Islam adalah penting sekali di Malaysia, khususnya Hari Raya Aidilfitri[140], tetap tidak dilupakan juga Hari Raya Aidiladha (atau Hari Raya Haji), Awal Muharram (Maal Hijrah) dan Maulidur Rasul.

Masyarakat Cina biasanya menyambut perayaan yang sama dengan kaum Cina seluruh dunia, terutamanya Tahun Baru Cina. Penganut agama Buddha di Malaysia menyambut Hari Wesak iaitu hari keputeraan Buddha. Masyarakat Hindu du Malaysia menyambut pesta cahaya Deepavali dan juga Thaipusam, sambutan secara berziarah ramai-ramai ke Batu Caves.[141] Orang Sikh menyambut Tahun Baru mereka iaitu perayaan Vaisakhi. Orang Kristian pula lebih kurang sama perayaannya dengan Kristian di merata dunia, khususnya Krismas dan Easter. Di Malaysia Timur pula diadakan perayaan menuai iaitu Gawai di Sarawak dan Kaamatan di Sabah.

Sungguhpun kebanyakan perayaan dikaitkan dengan satu-satu kelompok kaum atau agama, namun perayaan muhibah juga dipupuk untuk mengukuhkan perpaduan di Malaysia. Misalnya, "Kongsi Raya" apabila Aidilfitri bertembung dengan Tahun Baru Cina; atau "Deepa Raya" apabila Aidilfitri dan Deepavali disambut serentak.[142]

Sukan سوکن

Logo Sukan Komanwel XVI yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1998

Antara sukan kegemaran ramai di Malaysia termasuk badminton, boling, bola sepak, skuasy dan hoki.[143] Perlawanan badminton di Malaysia menarik ribuan penonton. Malaysia, di samping Indonesia dan China, kerap menjadi tuan rumah Piala Thomas sejak tahun 1948.[144] Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) didaftarkan pada tahun 1997,[145] berikutan sukan boling padang yang semakin diminati di Malaysia.[146] Skuasy diperkenalkan di Malaysia oleh tentera British, dengan perlawanan sulung yang diadakan pada tahun 1939. Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM) ditubuhkan pada 25 Jun 1972, lalu mengecapi kejayaan besar dalam persada skuasy Asia.[147]

Sukan hoki terkenal sekali di Malaysia, terutama sekali pasukan lelaki Malaysia yang menduduki tangga ke-15 di dunia pada Ogos 2010.[148] Malaysia pernah menjadi tuan rumah kejohanan Hoki Piala Dunia ke-3 dan ke-10.[149] Negara ini juga memiliki sebuah balapan Formula Satu iaitu Litar Antarabangsa Sepang sepanjang 310.408 km, dan mengadakan Grand Prix tahunan mulai tahun 1999.[150]

Persekutuan Majlis Olimpik Malaya ditubuhkan pada tahun 1953, lalu menerima pengiktirafan IOC pada tahun 1954. Kontinjen Tanah Melayu mula-mula menyertai Sukan Olimpik di Melbourne pada tahun 1956. Majlis ini dinamakan semula sebagai Majlis Olimpik Malaysia pada tahun 1964, dan sejak itu menyertai setiap temasya Olimpik Musim Panas kecuali pada tahun 1980, kerana menyertai boikot Amerika Syarikat untuk membantah tindakan tuan rumah, Kesatuan Soviet menyerang Afghanistan. Atlit Malaysian meraih sejumlah empat pingat Olimpik, kesemuanya dari sukan badminton.[151]

Malaysia bertanding di Sukan Komanwel sejak tahun 1950 sebagai Malaya, dan sejak tahun 1966 sebagai Malaysia. Kontinjen negara selama ini menguasai sukan badminton. Kuala Lumpur menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada tahun 1998.[152]

Trivia تريۏيا

Ibu negara Kuala Lumpur
Pusat pentadbiran Putrajaya
Tarikh Hari Kebangsaan 31 Ogos 1957
Cogan Kata Negara Bersekutu Bertambah Mutu
Benua Asia, Asia Tenggara
Koordinat Geografi 2 30 U, 112 30 T
Jumlah hujan tahunan 2000mm ~ 2500mm
Iklim Tropika dengan suhu 24–35 Darjah Celsius
Bunga kebangsaan Bunga Raya
Haiwan rasmi Harimau
Puncak tertinggi Gunung Kinabalu, Banjaran Crocker (4175m)
Puncak tertinggi Semenanjung Gunung Tahan, Banjaran Tahan (2187 m)
Banjaran terpanjang Banjaran Titiwangsa (500 km)
Sungai terpanjang Sungai Rajang, Sarawak (563 km)
Sungai terpanjang di Semenanjung Sungai Pahang (475 km)
Jambatan terpanjang Jambatan Pulau Pinang (13.5 km)
Gua terbesar Gua Niah, Sarawak
Bangunan tertinggi Menara Berkembar Petronas (452m)
Negeri terbesar Sarawak (124,450 km persegi)
Negeri terkecil Perlis (810 km persegi)
Tempat paling lembap Bukit Larut (lebih 5080 mm)
Tempat paling kering Jelebu (kurang daripada 1500 mm)
Kawasan paling padat Kuala Lumpur (6074/km², 15,543/batu persegi)
Penanaman eksport utama Kelapa sawit dan getah

Pencapaian semasa ڤنچاڤاين سماس

  • Negara kedua paling berdaya saing harga di dunia dalam industri perjalanan dan pelancongan, daripada 124 buah negara yang dikaji.
  • Tempat ke-6 bagi iltizam kerajaan dalam penyertaan di pameran T&T antarabangsa.
  • Negara ke-24 paling selamat untuk dikunjungi.
  • Tempat ke-10 dari segi kualiti pendidikan (daripada 100 negara)

(laporan World Economic Forum (WEF) yang berpengkalan di Geneva. dalam Berita Harian 10 Feb 2008)

Tokoh utama di Malaysia توکوه اوتام مليسيا

Tunku Abdul Rahman.
  1. Dato' Onn bin Jaafar
  2. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Abdul Halim Hamid Shah
  3. Tun Abdul Razak Hussein
  4. Tun Hussein Onn
  5. Tun Dr Mahathir Mohamad
  6. Tun Abdullah Ahmad Badawi
  7. Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
  8. Tan Sri Muhyiddin Yassin

Lihat juga ليهت جوݢ

Rujukan روجوعن

Nota kaki نوتا کاکي

  1. ^ Malaysian Flag and Crest from www.malaysia.gov.my.
  2. ^ http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2010/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf
  3. ^ Derek Mackay (11 Jun 2005). Eastern Customs: The Customs Service in British Malaya and the Opium Trade. The Radcliffe Press. m/s. 240–. ISBN 978-1-85043-844-1. Dicapai pada 28 Ogos 2013.
  4. ^ a b "The National Archives DO 169/254 (Constitutional issues in respect of North Borneo and Sarawak on joining the federation)". The National Archives. 1961–1963. Dicapai pada 23 April 2015.CS1 maint: date format (link)
  5. ^ a b "No.10760: Agreement relating to Malaysia" (pdf). United Nations Treaty Collection. United Nations. Julai 1963. Dicapai pada 2010-07-29. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  6. ^ a b c d "5. Report for Selected Countries and Subjects". International Monetary Fund. Dicapai pada 06 November 2017. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  7. ^ "2018 Human Development Report" (PDF). United Nations Development Programme. 2018. Dicapai pada 12 December 2019.
  8. ^ [1], T, Kuala Lumpur, 4 Jun 2007.
  9. ^ Teks PDF oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia-Perkara 152. Bahasa kebangsaan.
  10. ^ United Nations Member States
  11. ^ http://www.statistics.gov.my/portal/populationclockNEW/BI.php [2] Population Clock by Malaysia Statistics Department
  12. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/my.html
  13. ^ Perlembagaan Malaysia:Article 1
  14. ^ "Country Pages - Malaysia". Country Pages. Council for International Exchange of Scholars. Dicapai pada 2010-09-06.
  15. ^ "Population (Updated: 31 July 2009)". Jabatan Statistik Malaysia. Dicapai pada 21 Jun 2010.
  16. ^ a b c d e f g h i j k "Malaysia". State.gov. 2010-07-14. Dicapai pada 2010-09-14.
  17. ^ Perlembagaan Malaysia:Perkara 33
  18. ^ Perlembagaan Malaysia:Article 43
  19. ^ a b The Federation of International Trade Associations. General Information of Malaysia. Dicapai pada 7 Disember 2007.
  20. ^ a b "Biodiversity Theme Report". Australian Government Department of the Environment, Water, Heritage and the Arts. 2001. Dicapai pada 24 Januari 2009.
  21. ^ The New Student's Reference Work. 1914.
  22. ^ "States of Malaysia". Statoids (Administrative Divisions of Countries). Dicapai pada 23 Jun 2010.
  23. ^ Sakai, Manako. Reviving Malay Connections in Southeast Asia.
  24. ^ Suarez, Thomas. Early Mapping of Southeast Asia, pp. 46–47.
  25. ^ Govind Chandra Pande (2005). India's Interaction with Southeast Asia: History of Science,Philosophy and Culture in Indian Civilization, Vol. 1, Part 3. Munshiram Manoharlal. m/s. 266. ISBN 978-8187586241.
  26. ^ Lallanji Gopal (2000). The economic life of northern India: c. A.D. 700-1200. Motilal Banarsidass. m/s. 139. ISBN 9788120803022.
  27. ^ D.C. Ahir (1995). A Panorama of Indian Buddhism: Selections from the Maha Bodhi journal, 1892-1992. Sri Satguru Publications. m/s. 612. ISBN 8170304628.
  28. ^ Radhakamal Mukerjee (1984). The culture and art of India. Coronet Books Inc. m/s. 212. ISBN 9788121501149.
  29. ^ Himansu Bhusan Sarkar (1970). Some contributions of India to the ancient civilisation of Indonesia and Malaysia. Calcutta: Punthi Pustak. m/s. 8.
  30. ^ Earl, George S. W. (1850). "On The Leading Characteristics of the Papuan, Australian and Malay-Polynesian Nations". Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia (JIAEA): 119.
  31. ^ http://www.jstor.org/stable/25169637?seq=3
  32. ^ Michael John Montesano, Patrick Jory (2008). Thai south and Malay north: ethnic interactions on the plural Peninsula. Singapore: National University of Singapore Press. m/s. 1–5. ISBN 978-9971-69-411-1.  Google Books link
  33. ^ Professor Dato' Dr Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman (2007). "The Encyclopedia of Malaysia : Early History". Editions Didier Millet. Dicapai pada 06 November 2017. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  34. ^ Alan G. Fix (Jun 1995). "Malayan Paleosociology: Implications for Patterns of Genetic Variation among the Orang Asli". American Anthropologist, New Series. 97 (2): 313–323. doi:10.1525/aa.1995.97.2.02a00090.
  35. ^ "The Map Room: South East Asia: Malaya". British Empire. Dicapai pada 2010-09-18.
  36. ^ BCLim. "History of Malaya, Malaysia by mymalaysiabooks". Mymalaysiabooks.com. Dicapai pada 2010-09-21.
  37. ^ "The Encyclopaedia Britannica : a dictionary of arts, sciences, literature and general information". Archive.org. Dicapai pada 2010-10-17.
  38. ^ "White Rajah: a dynastic intrigue - Google Books". Google.com. 1902-08-16. Dicapai pada 2010-09-18.
  39. ^ Legacies of World War II in South and East Asia by David Koh Wee Hock, David Wee Hock Koh
  40. ^ Mahathir bin Mohamad. "Our Region, Ourselves", Time Asia, Hong Kong, 31 Mei 1999.
  41. ^ "Malaya: Token Citizenship", Time, New York, 19 Mei 1952.
  42. ^ Friday, Sep. 06, 1963 (1963-09-06). "Malaysia: Tunku Yes, Sukarno No". TIME. Dicapai pada 2010-10-17.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  43. ^ Singapore Statutes Online: Proclamation on Singapore
  44. ^ "Malaysia: The Art of Dispelling Anxiety", Time, New York, 27 Ogos 1965.
  45. ^ "Race War in Malaysia", Time, New York, 23 Mei 1969.
  46. ^ Jomo Kwame Sundaram. UNRISD The New Economic Policy and Interethnic Relations in Malaysia.
  47. ^ Anthony Spaeth. "Bound for Glory", Time, New York, 9 Disember 1996.
  48. ^ Euromoney; Property: A Steep Climb with a Gentle Descent, Aug 1992
  49. ^ Anthony Spaeth. "He's the Boss", Time Asia, Hong Kong, 14 September 1998.
  50. ^ Imtiaz Shah Yacob, Imran. "Asia Sentinel – Malaysian Petitioners Defy Police". Asia Sentinel. Dicapai pada 9 Julai 2009.
  51. ^ Perlembagaan Malaysia:Article 32
  52. ^ Perlembagaan Malaysia:Article 44
  53. ^ a b Perlembagaan Malaysia:Article 45
  54. ^ The management of secondary cities in southeast Asia by United Nations Centre for Human Settlements
  55. ^ "Malaysia (Dewan Rakyat)". Inter-Parliamentary Union. 29 September 2008.
  56. ^ Perlembagaan Malaysia:Article 43-2
  57. ^ Perlembagaan Malaysia:Perkara 43-1
  58. ^ "The Malaysian Government System".
  59. ^ "Asia-Pacific | Malaysia rejects Christian appeal". BBC News. 2007-05-30. Dicapai pada 2010-09-27.
  60. ^ England, Vaudine (2010-07-09). "BBC News - Malaysian groups welcome first Islamic women judges". Bbc.co.uk. Dicapai pada 2010-09-27.
  61. ^ "Malaysia sharia court allows Muslim to renounce Islam › Japan Today: Japan News and Discussion". Japantoday.com. Dicapai pada 2010-09-27.
  62. ^ "BBC NEWS | Asia-Pacific | Malaysian state passes Islamic law". Simonbaker.me. 2002-07-08. Dicapai pada 2010-09-27.
  63. ^ "Malaysia's Foreign Policy". Ministry of Foreign Affairs (Malaysia). Dicapai pada 21 September 2010.
  64. ^ a b "Malaysia Foreign Relations | ASEAN - Australia - New Zealand Free Trade Agreement". Asean.fta.govt.nz. 2008-12-04. Dicapai pada 2010-09-18.
  65. ^ "Overview". Association of Southeast Asian Nations. Dicapai pada 2007-11-08.
  66. ^ http://www.oic-oci.org/member_states.asp
  67. ^ "List of Member States". United Nations. Dicapai pada 2007-11-08.
  68. ^ "Member Economies". Asia-Pacific Economic Cooperation. Dicapai pada 2010-09-05.
  69. ^ "Malaysia". Developing 8 Countries. Dicapai pada 2010-06-21.
  70. ^ "The Non-Aligned Movement: Member States". Non-Aligned Movement. Dicapai pada 2010-09-05.
  71. ^ Members. Commonwealth Secretariat. Dicapai pada 8 November 2007.
  72. ^ "Malaysia: Anti-Semitism without Jews". Jerusalem Center for Public Affairs. Dicapai pada 2010-09-05.
  73. ^ "Malaysia's policy towards its 1963 - 2008 territorial disputes". Academicjournals.org. 2009-09-07. Dicapai pada 2010-10-01.
  74. ^ Punca Isu Pertikaian Kedaulatan Wilayah di Laut China Selatan dan Pendirian China, CRIonline, China Radio International, 18 Mac 2009. Dicapai pada 23 Oktober 2010.
  75. ^ https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/fields/2070.html
  76. ^ "Malaysian Military statistics". NationMaster. Dicapai pada 2010-10-01.
  77. ^ "Australia says major military exercise underway in Malaysia". My Sinchew. 2010-04-26. Dicapai pada 2010-10-01.
  78. ^ "Indonesia-Malaysia military exercises must continue - defence minister". ANTARA News. 2010-09-13. Dicapai pada 2010-10-01.
  79. ^ "Malaysia, Philippines committed to enhancing border security". My Sinchew. 2010-08-09. Dicapai pada 2010-09-18.
  80. ^ "Federal Territories and State Governments". Malaysia.gov.my. Dicapai pada 2010-09-21.
  81. ^ "NRD: 'H' indicates holder is a Sabahan | Daily Express Newspaper Online, Sabah, Malaysia". Dailyexpress.com.my. 2010-06-05. Dicapai pada 2010-09-14.
  82. ^ "Malaysia - Visas, Residency, Immigration and Documentation". Expat Focus. Dicapai pada 2010-09-14.
  83. ^ Wu & Hickling, pp. 65–66.
  84. ^ The Earthtimes (2010-08-16). "US donates four gunboats to Philippine border patrol | Earth Times News". Earthtimes.org. Dicapai pada 2010-10-17.
  85. ^ Leow Chiah Wei. Travel Times. "Asia's southernmost tip", New Straits Times, Kuala Lumpur, 18 Julai 2005.
  86. ^ Sager Ahmad. Travel Times. Tanjung Piai, the End of Asia, New Straits Times, Kuala Lumpur, 27 Jun 2003.
  87. ^ Andrew Marshall. "Waterway to the World", Time Asia, Hong Kong, 31 Julai 2006.
  88. ^ a b c d e f The population of Peninsular Malaysia by Swee-Hock Saw, pages 1-2
  89. ^ "Main Range (mountains, Malaysia)". Britannica.com. Dicapai pada 2010-10-01.
  90. ^ "Mount Kinabalu — revered abode of the dead". Ecologyasia.com. Dicapai pada 2010-09-17.
  91. ^ "WWF — Coral Triangle". Wwf.panda.org. Dicapai pada 2010-09-14.
  92. ^ a b c "The Malaysian Rainforest". Wwf.org.my. Dicapai pada 2010-10-01.
  93. ^ Ho, Chin Siong (2006). "Putrajaya — Administrative Centre of Malaysia -Planning Concept and Implementation". Dicapai pada 18 September 2010.
  94. ^ "Vision & Goals of Kuala Lumpur". Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Dicapai pada 18 September 2010.
  95. ^ "PM launches Preve - Proton's most technologically-advanced vehicle (Inggeris)". thestar.com.my. 16 April 2012. Dicapai pada 18 Mac 2013.
  96. ^ "Proton Preve catat lebih 10,000 tempahan". sinarharian.com.my. 13 Jun 2012. Dicapai pada 18 Mac 2013.
  97. ^ "ANCAP Safety Rating - Proton Prevé (From 2013) (Inggeris)" (PDF). ancap.com.au. Dicapai pada 18 Mac 2013.
  98. ^ "Proton Preve dapat 5 Bintang ANCAP". arenakereta.com. 26 Februari 2013. Dicapai pada 18 Mac 2013.
  99. ^ Malaysia, Singapore & Brunei by Simon Richmond, Marie Cambon, Damian Harper
  100. ^ a b "Renewable Energy and Kyoto Protocol: Adoption in Malaysia". Publicweb.unimap.edu.my. Dicapai pada 2010-09-24.
  101. ^ a b Global Energy Network Institute 1-619-595-0139 (2007-06-28). "National Energy Grid of Malaysia - National Electricity Transmission Grid of Malaysia - Global Energy Network Institute - GENI conducts research and education on: renewable energy resources interconnections globally, world peace, stable sustainable development solutions". Geni.org. Dicapai pada 2010-09-24.
  102. ^ "U.S. Energy Information Administration Independent Statistics and Analysis Malaysia". U.S. Energy Information Administration. 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-01. Dicapai pada 2010-09-24.
  103. ^ h"Overview of Energy Commission". St.gov.my. Dicapai pada 2010-09-24.
  104. ^ "Malaysian astronaut to fly to ISS in 2007 - Russian space agency - 1 | Russia | RIA Novosti". En.rian.ru. 2006-05-19. Dicapai pada 2010-10-18.
  105. ^ a b c John Pike. "Malaysia Defence Industry". Globalsecurity.org. Dicapai pada 2010-09-24.
  106. ^ Modernity and Malaysia: settling the Menraq forest nomads by Alberto G. Gomes, Page 10
  107. ^ "Racism alive and well in Malaysia". Asia Times. 24 Mac 2006.
  108. ^ Perkara 14. Perlembagaan Malaysia
  109. ^ "More than just a card", The Star, Kuala Lumpur, 30 Ogos 2007.
  110. ^ "Population Distribution by Local Authority Areas and Mukims, 2010 (page 1 & 8)" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 February 2015. Dicapai pada 19 July 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  111. ^ "Population and Housing Census" Press statement, Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 3 April 2007.
  112. ^ a b c General Report of the Population and Housing Census 2000. Putrajaya: Department of Statistics, Malaysia. 2005. m/s. 60–64. ISBN 9839044265.
  113. ^ Perkara 160 (2). Perlembagaan Malaysia.
  114. ^ Michael G. Peletz (2002). Islamic modern: religious courts and cultural politics in Malaysia. pp.84–85.
  115. ^ Mahathir, Marina (2010-08-17). "Malaysia moving forward in matters of Islam and women by Marina Mahathir - Common Ground News Service". Commongroundnews.org. Dicapai pada 2010-09-14.
  116. ^ http://www.theborneopost.com/2017/01/23/bahasa-inggeris-kekal-bahasa-rasmi-kedua/
  117. ^ Zimmer, Benjamin (2006-10-05). "Language Log: Malaysia cracks down on "salad language"". Itre.cis.upenn.edu. Dicapai pada 2010-09-14.
  118. ^ "Ethnologue report for Malaysia". Ethnologue.com. Dicapai pada 2010-10-18.
  119. ^ "Ethnologue report for Malaysia (Peninsular)". Ethnologue.com. Dicapai pada 2010-10-18.
  120. ^ The Austronesian languages of Asia ... - Google Books. Books.google.com.ph. Dicapai pada 2010-09-21.
  121. ^ Jadual Kesembilan. Perlembagaan Malaysia.
  122. ^ Mustafa, Shazwan (2010-08-22). "Malay groups want vernacular schools abolished". The Malaysian Insider. Dicapai pada 2010-09-18.
  123. ^ Pendidikan Sekolah Rendah, Portal Rasmi Kerajaan Malaysia (malaysia.gov.my). Dicapai pada 24 Oktober 2010.
  124. ^ "Academic Qualification Equivalence". StudyMalaysia.com. Dicapai pada September 15, 2010.
  125. ^ "The Official Site of Malaysia Healthcare Travel & Medical Tourism". Myhealthcare.gov.my. 2009-07-03. Dicapai pada 2010-09-17.
  126. ^ a b c moveforward (2009-08-08). "Health Care in Malaysia". Expatforum.com. Dicapai pada 2010-09-17.
  127. ^ Infant mortality rate, World Bank, World Development Indicators, 23 Oktober 2010. Dicapai pada 24 Oktober 2010.
  128. ^ "Malaysia - Statistics". UNICEF. Dicapai pada 2010-09-17.
  129. ^ Perkara 152. Perlembagaan Malaysia.
  130. ^ Kalau status Melayu tak boleh…India Muslim bersedia terima status Bumiputera, Agenda Daily. Dicapai pada 24 Oktober 2010.
  131. ^ "Geography of Wealth — Iban People/Malaysia Profile". National Geographic. 2002-10-17. Dicapai pada 2010-09-15.
  132. ^ "KadazanDusun, Kadazan Dusun Sabahan | ABC Sabah Malaysia". Abcsabah.com. Dicapai pada 2010-09-15.
  133. ^ "The People Of Sabah". Sabah.org.my. Dicapai pada 2010-09-15.
  134. ^ "Environmental Justice Case Study: Displacement of Indigenous People in Sarawak, Malaysia". Umich.edu. 1994-09-27. Dicapai pada 2010-09-17.
  135. ^ Chinese diaspora: Malaysia, BBC News, 3 Mac 2005. Dicapai pada 24 Oktober 2010.
  136. ^ "Non-resident Indian and Person of Indian Origin". NRIOL. NRIOL. Dicapai pada 27 November 2008. Most Indians migrated to Malaysia as plantation laborers under British rule
  137. ^ http://www.jstor.org/stable/30027570
  138. ^ Roots of Creole structures by Susanne Michaelis, page 279
  139. ^ "National Dikir Barat Competition To Be Expanded Next Year". Ministry Of Information Malaysia. 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Ogos 2013. Dicapai pada 06 November 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  140. ^ "Festival of Malaysia ~ Hari Raya Puasa". Go2travelmalaysia.com. 2010-09-11. Dicapai pada 2010-09-15.
  141. ^ "Festivals of Malaysia ~ Thaipusam Festival". Go2travelmalaysia.com. Dicapai pada 2010-09-15.
  142. ^ "The English Teacher" (PDF). Malaysian English Language Teaching Association. 2008-05-02. Dicapai pada 2010-09-15.
  143. ^ "Sports and recreation". Tourism Malaysia. Dicapai pada September 29, 2010.
  144. ^ http://old.internationalbadminton.org/thomas.html
  145. ^ "MALAYSIA LAWN BOWLS FEDERATION". My.88db.com. Dicapai pada 2010-10-01.
  146. ^ "| BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News". Theborneopost.com. Dicapai pada 2010-10-01.
  147. ^ "History of SRAM". Malaysiasquash.com. Dicapai pada 2010-10-01.
  148. ^ http://www.fihockey.org/.../0,11040,1181-191880-209103-141009-0-file,00.pdf
  149. ^ History of Hockey World Cup - The Times of India
  150. ^ "GRAND PRIX RESULTS: MALAYSIAN GP, 1999". grandprix.com. Dicapai pada 2010-10-26.
  151. ^ "Previous Olympic Games Medal Tally". Olympic Council of Malaysia. Dicapai pada 2010-09-29.
  152. ^ Dudley, Rueben (20 September 2010). "19th Commonwealth Games: Doing Malaysia proud". Petaling Jaya, Selangor: The Malay Mail. Dicapai pada 29 September 2010.

Rujukan tambahan روجوعن تمبهن

Pautan luar ڤاءوتن لوار