Dejavu di Kinabalu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dejavu di Kinabalu
Ddk poster.jpg
Genre Drama
Format Siri televisyen
Pencipta Datin Zaiton Muhd Jiwa
Ditulis oleh Eirma Fatima
Pengarah Eirma Fatima
Fazli Yahya
Dibintangi Tiz Zaqyah
Aqasha
Nazim Othman
Aishah Ilias
Negara asal Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Bilangan musim 1
Bilangan episod 28
Penerbitan
Penerbit eksekutif Zetty Alia Dato' Ramly
Penerbit Datin Zaiton Muhd Jiwa
Lokasi Kuala Lumpur, Malaysia
Pantai Cherating, Pahang
Janda Baik, Pahang
Kota Kinabalu, Sabah
Sinematografi Asrar Hj. Lukmanal Hakim
Tempoh siaran Isnin hingga Khamis
Syarikat penerbitan Global Station
Penyiaran
Saluran asal TV3
Julung kali ditayangkan di 18 Jun 2012
Siaran asal 18 Jun 2012 – 2 Ogos 2012
Status Tamat tayang
Kronologi
Mengikuti Seindah Sakura
Diikuti oleh Kau Yang Terindah
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi

Dejavu di Kinabalu ialah sebuah drama televisen yang ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis di TV3 di slot Akasia, mulai 18 Jun 2012 hingga 31 Julai 2012. Drama arahan Eirma Fatima dan Fazli Yahya (kebanyakannya oleh Fazli Yahya) ini dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Aqasha, Nazim Othman dan Aishah Ilias.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kehilangan dan kekosongan dalam hati Ammar (Aqasha) masih terasa walaupun insan yang tercinta sudah 3 tahun meninggalkannya. Mungkinkah ini hanya satu kebetulan ataupun takdir apabila dipertemukan dengan Nadira (Tiz Zaqyah) yang mempunyai ciri-ciri sama seperti arwah tunangnya? Perasaan dejavu yang dirasai setiap kali mereka berjumpa telah mewujudkan satu ikatan yang istimewa antara Ammar dan Nadira.

Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah telah membawa seribu satu kisah.

Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya, Yuzra (Sharifah Nadia). Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara.

Ammar dan Nadira berada dalam pesawat yang sama menuju ke Kundasang Sabah. Ammar pulang ke Malaysia untuk membantu sahabat baiknya, Zahir (Mior Mohd), seorang pemilik syarikat perekaan dalaman yang akan mengendalikan sebuah projek di Kuantan, Pahang. Ammar sendiri tidak pasti apakah kepulangannya dengan satu jiwa baru ataupun Innara (Aishah Ilias) masih kuat bertakhta di hatinya. Kundasang Sabah seindah kisah cinta Ammar dengan Inara, di situ berseminya cinta mereka dan di situ juga bersemadinya tubuh seorang gadis yang amat dicintainya. Cinta itu terlalu indah buat Ammar dan tidak semudah itu Inara dapat dibuang dari hatinya.

Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar, cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir. Ammar dan Nadira bertemu sekali lagi di Kudansang apabila Nadira yang asyik mengambil gambar terjatuh dalam gaung. Mereka berdua gagal naik ke atas kerana hari sudah lewat petang dan terpaksa bermalam di situ.

Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Holiday Villa milik keluarga Bazli (Nazim Othman) iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzma (Rebecca Nur Al Islam) yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa.

Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Innara? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli? [1][2]

Sinopsis watak[sunting | sunting sumber]

Tiz Zaqyah memegang watak sebagai Dalilah Nadira di dalam drama ini.

Menjalani pemindahan jantung. Kekasih Bazli. Terhutang budi dan nyawa pada Bazli. Tanpa disedari dia menerima jantung Inara, kekasih Ammar.

  • Aqasha sebagai Ammar Zulkarnain

Pencinta setia. Mencintai Inara sepenuh hati. Separuh nyawanya melayang apabila Inara meninggal dunia. Menjumpai Nadira secara tidak sengaja dan jatuh cinta padanya. Ternampak bayang-bayang Inara dalam diri Nadira.

Kekasih Nadira. Menyayangi Nadira dan sanggup berkorban apa saja demi Nadira. Membiayai kos pembedahan pemindahan jantung Nadira.

  • Aishah Ilias sebagai Inara

Kekasih Ammar. Sukakan keindahan dan alam semulajadi. Nadi dan cinta hati Ammar.

Watak[sunting | sunting sumber]

Watak utama[sunting | sunting sumber]

Watak pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Rebecca Nur Al Islam sebagai Dalilah Uzma
  • Mior Mohd sebagai Zahir
  • Sharifah Nadia sebagai Yuzra
  • Eina Azman sebagai Tiara
  • Sura Sojangi sebagai Theera
  • Mustafa Kamal sebagai Ayah Nadira
  • Aida Khalida sebagai Mak Nadira
  • Dato' Aziz Singah sebagai Ayah Bazli
  • Dian P. Ramlee sebagai Mak Bazli
  • Anne Abdullah sebagai Mak Innara
  • Khathy Azean sebagai Mak Ammar
  • Shariza Mahmud sebagai Mak Theera
TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 6.30 petang
Sebelumnya Dejavu di Kinabalu Berikutnya
Seindah Sakura Kau Yang Terindah

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]