E-Toyol.com

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari E.Toyol.com (drama TV))
Jump to navigation Jump to search
E-Toyol.com
GenreDrama, komedi, seram
PengarahAbdul Azizi Awang Ghazali
Dibintangi oleh
Azhari Azizam
Nurul Wahab
Ifa Raziah
Fauzi Nawawi
Rafidah Ibrahim
Yana Samsudin
Angah Raja Lawak
Erry Putra
Ezzrin Loy
Azlan Komeng
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
Tempoh siaran25 minit
Syarikat penerbitan
MIG Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal16 Jun 2009 – 20 Julai 2009
Kronologi
MengikutiZati & Si Mawas
Diikuti olehPuteri Aurora Beradu

E-Toyol.com ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2009 yang ditayangkan di TV3 dari 16 Jun hingga 20 Julai 2009. Dibintangi oleh pelakon cilik Azhari Azizam sebagai watak utama.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Menurut pengarahnya, E itu merujuk kepada nama watak dipegang adik Muhd Azhari Azizam iaitu Erwan, malah di sekolah Erwan turut dikenali dengan panggilan Dogol merujuk kepada fizikalnya yang comel, berkepala botak dan pendek.

Arwah datuk Erwan bergelar tok dalang wayang kulit dan dia adalah anak kepada pengusaha restoran (lakonan Fauzi dan Nurul Huda). Di sekolah dia sering dibuli kawan nakalnya. Berbeza di rumah, dia hidup dalam dunia ilusi dan fantasi diciptanya sendiri. Biarpun tidak bijak, dia mempunyai kemahiran dalam dunia perkomputeran dan internet.

Dek asyik dibuli, dia mencipta cara tertentu untuk menakutkan kembali orang yang selalu membulinya termasuk pelanggan restoran dengan mencipta sebuah laman web seram yang memberi fokus kepada kisah toyol.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (22 Jun 2009). Drama E-Toyol.com di TV9 lakonan Fauzi Nawawi dan Norliana Samsudin Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 Mei 2010.