Bukan Gadis Biasa (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai siri drama televisyen. Untuk novel asal 2019 di mana drama ini diadaptasi, sila lihat Bukan Gadis Biasa.
Bukan Gadis Biasa
Genre
Berdasarkan daripada
Novel asal oleh Liza Nur
PengarahAzman "Jinggo" Yahya
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Satu" oleh Zulhilmi
Lagu penutup"Angkara" oleh Aisha Hanim
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Uzair Haqimy
  • Luth Mikhail
PenerbitSheila Rusly
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
JS Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal23 April 2020 – 24 Mei 2020
Kronologi
MengikutiIroni Kasih

Bukan Gadis Biasa merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Azman "Jinggo" Haji Yahya, dibintangi oleh Ayda Jebat[1] dan Remy Ishak.[2] Diadaptasi daripada novel 2019 bertajuk sama karya Liza Nur[3][4] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 bermula 23 April 2020 hingga 24 Mei 2020 menggantikan Ironi Kasih dan digantikan oleh Nasi Kerabu Untuk Che Abe mulai 25 Mei 2020.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Johana (Ayda Jebat) berubah perwatakan persis lelaki (tomboy) apabila terpaksa melalui kemelut kehidupan yang sukar semasa kecil dan terpaksa menjaga anak buahnya, Aisya setelah kematian kakaknya. Amirul (Mas Khan), jurulatih tinju kepada Johana meyimpan perasaan terhadapnya kerana tertarik dengan peribadi Johana yang penuh persoalan.

Rayyan (Remy Ishak) memiliki syarikat penyiasatan persendirian dan dia diupah oleh ayah saudaranya, Suffian (Zarul Husin) untuk menjejaki opahnya sendiri iaitu Aminah (Sheila Rusly) yang hilang dari rumah. Selepas meninggalkan rumah, Aminah yang sudah nyanyuk dan kurang siuman tersesat di tengah kota raya dan dibantu oleh Johana. Johana yang kasihan melihat Aminah membawanya pulang dan mereka tinggal bersama. Rayyan memulakan penyiasatan untuk mencari. Di situlah dia bertemu dengan Johana. Insiden demi insiden berlaku membuatkan Rayyan mula tertarik dengan Johana.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon sampingan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ayda Jebat Bukan Gadis Biasa Hot FM (13 April 2020). Dicapai pada 24 April 2020.
  2. ^ Mumtaj Begum (27 Mac 2020). #MYStayHome: Actor Remy Ishak is one with nature during the MCO The Star Online. Dicapai pada 24 April 2020.
  3. ^ Bukan Gadis Biasa TV3 My Infotaip. (23 April 2020). Dicapai Pada 18 April 2020.
  4. ^ Ridzuan Abdul Rahman (24 April 2020). Sukar dapat 'feel' bercinta Harian Metro. Dicapai pada 24 April 2020.
TV3: Akasia, Isnin–Sabtu, 7:02 petang
Sebelumnya Bukan Gadis Biasa Berikutnya
Ironi Kasih -