Pergi ke kandungan

La Dolce Amira

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
La Dolce Amira
Genre
Ditulis oleh
  • Nia Arianur
  • Halina Samad
Pengarah
  • Ibrahim Elias
  • Aida Fitri Buyong
Pengarah kreatif
Kamarul Nizam Abd Rahman
Dibintangi oleh
Faezah Elai
Lagu pembukaan"Dan Sebenarnya" oleh Yuna
Lagu penutup"Dan Sebenarnya" oleh Yuna
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifAida Fitri Buyong
PenerbitShuhaimi Baba
Lokasi
Sinematografi
  • Filus Ghazali
  • Sazuwan Zulkefli
  • Norfazlayati Norzahidi
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
Pesona Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal19 Mei 2009 – 18 Ogos 2009
Kronologi
MengikutiCinta Untuk Ain
Diikuti olehTari Tirana

La Dolce Amira (Melayu: Si Manis Amira) ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2009 dibintangi oleh Faezah Elai sebagai watak tajuk bersama-sama dengan barisan pelakon ensembel. Drama ini memulakan tayangan perdana di slot Lestary TV3 dari 19 Mei hingga 18 Ogos 2009 menggantikan Cinta Untuk Ain.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi Pesona Pictures.[1]

La Dolce Amira menceritakan tentang sekumpulan remaja yang masing-masing mempunyai masalah keluarga lantas mencipta dunia mereka sendiri dengan mengharungi kehidupan yang materialistik dan sentiasa mengejar kemewahan.

Amira merupakan seorang yang berjiwa muda dan mempunyai ramai kawan, serta bercita-cita untuk menjadi penulis. Hidupnya dipenuhi dengan gelak tawa dan usik-mengusik walaupun kadangkala asyik bergaduh. Tetapi di sebalik keceriaan itu, Amira berdepan dengan masalah rumahtangga ibu bapanya, Puan Yasmin dan Encik Azhan.

Pelbagai cubaan sudah dilakukan oleh Amira tetapi sering tidak menjadi. Amira tiada tempat untuk mengadu. Abangnya, Ariff, bersikap endah tak endah dengan masalah ibu bapa mereka manakala adiknya, Arissa, masih mentah untuk memahami situasi sebenar.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon undangan

[sunting | sunting sumber]

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Tajuk drama ini asalnya berbunyi Si Lenggang Amira, tetapi pihak TV3 meminta agar tajuknya ditukar gara-gara tidak menarik. Akhirnya, nama La Dolce Amira diketengahkan lalu diterima, kerana, menurut pengarahnya Aida Fitri Buyong: "Tajuk drama yang mengetengahkan budaya luar dan budaya remaja masa kini itu dikatakan lebih menarik daripada Si Lenggang Amira. Lagipun, tajuk itu dipilih mengikut tajuk buku yang ditulis Amira iaitu seorang yang bercita-cita hendak menjadi penulis."[2] Nama "La Dolce" berasal dari bahasa Itali, iaitu bererti "si manis".

Difahamkan juga bahawa pada awal proses penerbitan, Faezah, Fouziah Gous dan Scha pernah dipanggil sekali untuk menguji bakat untuk watak Amira, dan akhirnya Faezah dipilih kerana 'lebih versatil dan mempunyai potensi untuk melakonkan watak ini' berbanding mereka berdua yang lain, ujar Aida.[2]

  1. ^ La Dolce Amira (2009): Episod Penuh. YouTube. Pesona Pictures. Dicapai pada 3 Disember 2019.
  2. ^ a b La Dolce Amira 'ganti' Si Lenggang Amira, mStar Online, 30 Mei 2009.
TV3: Lestary, Selasa, 9 malam
Sebelumnya La Dolce Amira
(19 Mei – 18 Ogos 2009)
Berikutnya
Cinta Untuk Ain Tari Tirana