Dejavu di Kinabalu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dejavu di Kinabalu
GenreDrama
Cinta
Berdasarkan daripada
Summer Scent karya Choi Ho-yeon, Kim Eun-hee dan Yoon Eun-kyung
PenciptaZaitun Mohd Jiwa
Ditulis olehEirma Fatima
PengarahEirma Fatima
Fazli Yahya
Dibintangi oleh
Tiz Zaqyah
Aqasha
Nazim Othman
Aishah Ilias
Lagu pembukaan"Butterfly" oleh Melly Goeslaw dan Andhika Pratama
Lagu penutup"Butterfly" oleh Melly Goeslaw dan Andhika Pratama
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifZetty Alia Dato' Ramly
PenerbitZaiton Muhd Jiwa
Penyunting
  • Raishah Sultan
  • Helmi Mohd Salleh
  • Norsyilawati Idris
  • SC Elliot
Lokasi
SinematografiAsrar Hj. Lukmanal Hakim
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Global Station
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal18 Jun 2012 – 2 Ogos 2012
Kronologi
MengikutiSeindah Sakura
Diikuti olehKau Yang Terindah
Pautan luar
Laman sesawang

Dejavu di Kinabalu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2012 arahan bersama Eirma Fatima dan Pali Yahya, dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Aqasha, Nazim Othman dan Aishah Ilias. Drama ini memulakan tayangan perdana di slot Akasia TV3 dari 18 Jun 2012 hingga 2 Ogos 2012 menggantikan Seindah Sakura.[1] Drama ini juga merupakan adaptasi dari drama terlaris di Korea Selatan iaitu Summer Scent yang disiarkan pada 2003.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kehilangan dan kekosongan dalam hati Ammar (Aqasha) masih terasa walaupun insan yang tercinta sudah 3 tahun meninggalkannya. Mungkinkah ini hanya satu kebetulan ataupun takdir apabila dipertemukan dengan Nadira (Tiz Zaqyah) yang mempunyai ciri-ciri sama seperti arwah tunangnya? Perasaan dejavu yang dirasai setiap kali mereka berjumpa telah mewujudkan satu ikatan yang istimewa antara Ammar dan Nadira.

Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah telah membawa seribu satu kisah.

Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya, Yuzra (Sharifah Nadia). Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara.

Ammar dan Nadira berada dalam pesawat yang sama menuju ke Kundasang Sabah. Ammar pulang ke Malaysia untuk membantu sahabat baiknya, Zahir (Meor Mohd), seorang pemilik syarikat perekaan dalaman yang akan mengendalikan sebuah projek di Kuantan, Pahang. Ammar sendiri tidak pasti apakah kepulangannya dengan satu jiwa baru ataupun Innara (Aishah Ilias) masih kuat bertakhta di hatinya. Kundasang Sabah seindah kisah cinta Ammar dengan Inara, di situ berseminya cinta mereka dan di situ juga bersemadinya tubuh seorang gadis yang amat dicintainya. Cinta itu terlalu indah buat Ammar dan tidak semudah itu Inara dapat dibuang dari hatinya.

Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar, cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir. Ammar dan Nadira bertemu sekali lagi di Kudansang apabila Nadira yang asyik mengambil gambar terjatuh dalam gaung. Mereka berdua gagal naik ke atas kerana hari sudah lewat petang dan terpaksa bermalam di situ.

Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Holiday Villa milik keluarga Bazli (Nazim Othman) iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzma (Rebecca Nur Al Islam) yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa.

Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Innara? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Erma Fatima berkata mengenai drama ini: "Kisah Dejavu di Kinabalu ini adalah sebuah drama yang ringkas dan penuh rasa cinta. Istimewanya drama 28 episod ini tidak berpandukan skrip sebaliknya hanya menggunakan rawatan iaitu pelakon melontarkan dialog secara spontan". Beliau mengakui pertama kali mendaki Gunung Kinabalu dan berjanji untuk kembali ke gunung tertinggi Asia itu bagi merakamkan lebih banyak visual menarik.[3]

Sebelum mencapai kemasyhuran, Azira Shafinaz menjayakan peranan kecil dalam drama ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (15 Jun 2012). "Sinopsis drama Dejavu di Kinabalu". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 10 Julai 2012.
  2. ^ Dejavu di Kinabalu (2012): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 21 Jun 2018.
  3. ^ Nor Hartina Shuib (23 Jun 2012). "Jiwa romantis Erma". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-23. Dicapai pada 10 Julai 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 6.30 petang
Sebelumnya Dejavu di Kinabalu Berikutnya
Seindah Sakura Kau Yang Terindah