Rumah Kedai (drama)
Rumah Kedai | |
---|---|
Genre | Komedi, drama, keluarga |
Ditulis oleh |
|
Pengarah |
|
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Rumah Kedai" |
Lagu penutup | "Rumah Kedai" |
Penggubah | Peter Lim |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 6 |
Bilangan episod | 180 |
Penerbitan | |
Penerbit |
|
Penyunting |
|
Lokasi | |
Sinematografi |
|
Tempoh siaran | 23 minit |
Syarikat penerbitan | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 576i (NTSC) |
Format audio | Stereo |
Siaran asal | 18 April 1988 – 24 Mac 1993 |
Rumah Kedai ialah sebuah siri drama televisyen komedi Malaysia yang disiarkan di TV3. Siri ini disiarkan setiap hari dalam bulan Ramadan pada jam 5.30 – 6.00 petang (Isnin – Jumaat) dan 4.40 – 5.00 petang (Sabtu & Ahad). Siri ini disiarkan sebanyak 6 musim yang bersiaran dari 1988 hingga 1993. Drama ini berjaya mengangkat jenama pelawak Sudiro Sukiman, Harun Salim Bachik dan Rosnah Mat Aris ke peringkat yang membanggakan dalam bidang seni lawak jenaka tanah air.
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Yusof Mohamad sebagai Pak Halim (Musim 1-6), pesara tentera yang berpegang teguh ajaran Islam dan amalkan sikap positif
- Kartina Aziz sebagai Halijah " Mak Lijah" (Musim 1-5),Isteri pertama Pak Halim.Namun beliau meninggal dunia kerana sakit jantung
- Dian P. Ramlee sebagai Khadijah "Mak Jah" (musim ke-6),Isteri kedua kepada Pak Halim dan Ibu tiri kepada Habsah,Aishah & Hanisah.Beliau mengahwini dengan Halim atas keinginan pak Imam dan anaknya
- Sudiro Sukiman sebagai Tapa, pekerja kedai Pak Halim dan anak angkat #1 (Musim 1-6)
- Harun Salim Bachik sebagai Rahimi "Remy",pekerja kedai Pak Halim dan anak angkat #2 (Musim 1-6)
- Rosnah Mat Aris sebgai Mak Limah,peniaga kedai makan seorang naik angin (Rosnah direhatkan pada musim 2-3 hanya kembali musim 4)
- Fauziah Samad sebagai Mak Limah
- Ros Mawar Mohd Aris sebagai Aisyah (musim pertama hingga ke-5)
- Aliza Rafar sebagai Aisyah (musim ke-3)
- Khatijah Tan sebagai Habsah,Anak sulung kepada Pak Halim,Mak Lijah dan Mak Jah. Beliau bersikap cemburu buta ,marah tanpa bersebab.Di musim kelima Habsah ambil alih tempat Pak Halim namun awalnya beliau tidak disenangi oleh Remy,Tapa,Mak Lijah dan Murni sehingga membawa hampir bercerai dengan Rashid
- Rosnani Yusof sebagai Hanisah,Anak kepada Pak Halim, Mak Lijah dan Mak Jah & Isteri kepada Dr Sham
- Asilah Rafar sebagai Hanisah (musim ke-2)
- S. Sachithananthan sebagai Dr. Sham (musim pertama hingga ke-3)
- Johan Abdullah sebagai Dr. Sham (musim ke-4 hingga ke-6)
- Syed Hanasuddin Syed Yassin sebagai Rashid,Suami kepada Habsah yang bekerja sebagai guru sekolah menengah(musim ke-5)
- Zarina Kamaruddin sebagai Murni,anak saudara Mak Lijah dari Tanjung Karang yang menggantikan Remy setelah dibuang kerja oleh Mak Lijah dalam episod Mutlak (Musim 5)
- Chef Florence Tan sebagai Nyonya Ling (Musim 5)
- Zulkifli Zain sebagai Pak Imam (Musim 2)
- Zami Ismail sebagai Pak Imam #2 (Musim 1-5)
- M. Rajoli sebagai Pak Imam Kit Kat (musim ke-6)
Pelakon Kanak-kanak
•Khairul Affendi Zami sebagai Nazim ,Anak kepada Dr Shan dan Hanisah (Musim 5)
-Mohd Fadhil Ibrahim sebagai Nazim remaja (Musim 6)
•Nurmarina Zulkapli sebagai Fatin (Musim 4-6),Anak kepada Habsah & Anak Tiri Rashid
Pelakon Undangan
Setiap musim dan episod akan ada menampilkan barisan pelakon-pelakon popular tanah air sebagai pelakon undangan dalam setiap episod. Terdapat juga pelakon undangan yang muncul dalam lebih daripada satu episod.
Berikut senarai pelakon terlibat berdasarkan episod dan peranan:
•S Azli
•Ali Mamak sebagai bekas suami Khadijah (Musim 6, Episod Talak)
•Abu Bakar Omar sebagai Majid (Musim 6, Episod Wali)
•Roslan Madun sebagai Encik Lazim (Musim 2, Episod Hutang)
•Mahmud Jun sebagai Haji Jumaat (Musim 4) & Maulana (Musim 6)
•Nora Ramli sebagai Lela (Musim 6, Episod Wali)
•Lan Zailan
•Razak Ahmad sebagai pelanggan kedai Pak Halim (Musim 6)
•Abdullah Chik (Episod Ingkar,Musim 3)
•Rozie Othman (Episod Ingkar ,Musim 3)
•Zaibo sebagai Robert, Anak Nyonya Ling (Musim 5, Episod Menimba Keruh,Mereda Badai)
•Andre Goh sebagai Tauke Hong (Episod Langkah Baru,Musim 4)
•Normala Omar (Musim 3)
•JD Khalid sebagai Sulaiman ,Kawan Pak Halim (Musim 3, Episod Emosi)
Sambutan
[sunting | sunting sumber]Rumah Kedai mendapat sambutan hangat di kaca televisyen dan diteruskan sehingga musim keenam pada 1993. Ketika era kegemilangannya, drama ini begitu dinantikan terutama ketika menjelang waktu berbuka puasa. Drama ini membawa mesej kemasyarakatan dan dibawa dengan komedi santai.[3]
Menurut majalah Tele-skop, "siri ini lebih bertemakan soal-soal moral, keagamaan, politik dan keluarga".[perlu rujukan] Rumah Kedai telah disenaraikan sebagai salah satu rancangan TV tempatan 1980-an dan 1990-an yang masih diingati oleh Free Malaysia Today.[4]
Lokasi penggambaran
[sunting | sunting sumber]Berikut adalah lokasi-lokasi penggambaran drama yang dijalankan:
Musim | Tahun | Lokasi | Negeri |
---|---|---|---|
1 | 1988 | Kampung Sungai Pusu, Gombak | Selangor |
2 | 1989 | Persiaran Desa Ampang, Taman Seri Ampang, Ampang | Selangor |
3 | 1990 | Jalan 12/10, Taman Koperasi Polis Fasa 1, Batu Caves | Selangor |
4 | 1991 | Jalan 4/56 , AU3 Keramat | Kuala Lumpur |
5 | 1992 | Jalan Rasmi 7, Taman Rasmi Jaya, Ampang Jaya | Selangor |
6 | 1993 | Jalan 17/56, AU3 Keramat | Kuala Lumpur |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Zainuri Misfar (17 Mac 2006). "Rumah Kedai popularkan Yusof". Berita Harian. Dicapai pada 21 April 2020.
- ^ Rumah Kedai (1988): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 5 Julai 2018.
- ^ "Masih Ingatkah Anda 'Rumah Kedai'?". Orang Wangsa Maju. 13 Julai 2013. Dicapai pada 27 Mei 2014.
- ^ Nizha Periaswamy (9 Februari 2017). Program TV tempatan 80-an dan 90-an segar dalam ingatan Free Malaysia Today. Dicapai pada 29 Mei 2018.