Lelakimu Yang Dulu
Lelakimu Yang Dulu | |
---|---|
Genre | Drama, cinta, konflik, keluarga |
Berdasarkan daripada | Lelakimu Yang Dulu karya Farah Darianna |
Pencipta | Farah Darianna |
Ditulis oleh | PGRS Team Chinta Nadeesha Rozie Rashid Amka Ahmad |
Pengarah | Eoon Shuhaini |
Dibintangi oleh | Sharnaaz Ahmad Nelydia Senrose Redza Rosli Nadia Brian |
Lagu pembukaan | "Takdir Tercipta" oleh Hafiz Suip dan Adira |
Lagu penutup | "Takdir Tercipta" oleh Hafiz Suip dan Adira |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 28 |
Penerbitan | |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Mache All Star United |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 19 September 2019 – 28 Oktober 2019 |
Kronologi | |
Mengikuti | Kau Yang Pertama |
Diikuti oleh | Setelah Ku Dimiliki |
Lelakimu Yang Dulu merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019,[1] adaptasi dari novel 2018 dengan tajuk yang sama nukilan Farah Darianna. Drama ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini,[2] dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose sebagai teraju utama. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 bermula 19 September 2019[3] menggantikan Kau Yang Pertama.
Ini merupakan projek televisyen pertama lakonan bersama Nelydia dan Sharnaaz dalam tempoh lima tahun sejak Setitis Kasih Darmia (2014). Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan tentang konflik perkahwinan antara Hazrul dan Daliya apabila mereka terpisah selepas Hazrul ditangkap di atas cubaan merogol. Selepas Hazrul ditangkap, Daliya bertemu Hazrul dan ingin mendapatkan penjelasan terus dari suaminya itu. Namun, Hazrul masih mendiamkan diri.
Daliya cuba menuntut cerai tetapi Hazrul enggan berbuat demikian. Daliya mengambil keputusan untuk membawa diri. Beberapa bulan kemudian, Daliya masih buntu memikirkan masa depannya lebih-lebih lagi dia disahkan mengandung. Namun, kandungannya itu dirahsiakan daripada Hazrul. Daliya ditemukan dengan Nazli, Zana, dan Ibu Maryam apabila Daliya pengsan selepas hampir dilanggar oleh kereta milik Nazli.
Kehidupan Daliya berubah selepas tinggal di rumah Ibu Maryam sekeluarga. Dia bekerja sebagai tukang jahit di kilang langsir Ibu Maryam. Kehadiran Daliya disenangi, lebih-lebih lagi oleh Nazli apabila dia mula ada hati dengan Daliya. Berlainan pula dengan Zana, dia tidak suka pada Daliya dan cemburu dengan layanan baik keluarganya terhadap Daliya.
Selepas dua tahun, Hazrul dan Daliya ditemukan semula. Anak yang dirahsiakan itu akhirnya diketahui oleh Hazrul. Hazrul berusaha untuk memiliki anak mereka, Isyraf untuk membalas dendam pada Daliya. Bagi Hazrul, Daliya adalah isteri yang tidak setia. Daliya meninggalkannya sewaktu dia kehilangan segalanya. Adakah rasa dendam akan terus mengatasi rasa cinta Hazrul buat Daliya? Dapatkah Daliya menerima Hazrul kembali?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Sharnaaz Ahmad sebagai Hazrul Izzuddin[5]
- Nelydia Senrose sebagai Daliya
- Redza Rosli sebagai Nazli
- Nadia Brian sebagai Zana
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Ungku Hariz sebagai Idlan[6]
- Reen Rahim sebagai Faiqa[6]
- Syafnida Shuhaimi sebagai Nina
- Razzuan Rosli sebagai Ikhwan
- Azizah Mahzan sebagai Maryam
- Jalaluddin Hassan sebagai Haji Fuad
- Dian P.Ramlee sebagai Hajah Dian
- Rosnah Johari sebagai Ibu Hazrul
- Hamidah Wahab sebagai Umi
- Tash Yong sebagai Marina
Runut bunyi
[sunting | sunting sumber]- "Takdir Tercipta" - Hafiz Suip dan Adira
- "Mimpi Yang Berulang" - Nova Band
- "Puas" - Amir Masdi
- "Kepada Dia" - Farahdhiya
- "Memori" - Sevendays
- "Kisah Antara Kita" - One Avenue Band
- "Peneman" - Hazama
- "Hilang Selamanya" - Nine
- "Kisah Kasih" - Nubhan
- "Tak Sempurna" - Rin Muzzafar
- "Mungkir Janji" - Eddie Hamid dan Wanie Mentor
- "Vroom Vroom" - Nabila Razali
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Drama Lelakimu Yang Dulu (TV3) Myinfotaip (18 September 2019). Dicapai pada 1 Oktober 2019.
- ^ Aqmar Mustaza (4 November 2019). Memang gimik pun: Pengarah Lelakimu Yang Dulu Sinar Harian. Dicapai pada 30 Januari 2020.
- ^ Drama Lelakimu Yang Dulu bermula malam ini Diarkibkan 2020-01-30 di Wayback Machine Kool FM (19 Oktober 2019). Dicapai pada 1 Oktober 2019.
- ^ Lelakimu Yang Dulu (2019): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 28 Oktober 2019.
- ^ Zaidi Che (23 September 2019). Lelakimu Yang Dulu: Masihkah ada cinta di hati Sharnaaz Ahmad[pautan mati kekal] Stail.my. Dicapai pada 1 Oktober 2019.
- ^ a b Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (12 November 2019). Ungku Hariz, Reen Rahim satu kepala Berita Harian. Dicapai pada 1 Disember 2019.
TV3: Akasia, Isnin–Jumaat, 7:02 petang | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Lelakimu Yang Dulu | Berikutnya |
Kau Yang Pertama | Setelah Ku Dimiliki |