Perikatan Nasional: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan |
Hasrolhashim (bincang | sumb.) |
||
Baris 954: | Baris 954: | ||
'''Timbalan Pengerusi:''' |
'''Timbalan Pengerusi:''' |
||
* [[Jeffrey Kitingan|Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan]] (STAR) |
* [[Jeffrey Kitingan|Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Gapari Kitingan]] (STAR) |
||
'''Setiausaha Agung:''' |
'''Setiausaha Agung:''' |
Semakan pada 12:47, 28 Oktober 2020
Perikatan Nasional ڤريکتن ناسيونل National Alliance (Inggeris) | |
---|---|
Nama Inggeris | National Alliance |
Nama Cina | 国民联盟 Guómín liánméng |
Nama Tamil | தேசிய கூட்டணி |
Singkatan | PN |
Pengerusi | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Timbalan Pengerusi | Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Gapari Kitingan |
Majlis Presiden |
|
Setiausaha Agung | Hamzah Zainudin |
Ketua Penerangan | Mohamed Azmin Ali |
Pengasas | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Diasaskan | 23 Februari 2020[1] |
Pecahan | Barisan Nasional |
Ideologi |
|
Kedudukan politik | Sayap kanan |
Warna | Biru tua |
Dewan Negara: | 17 / 70
|
Dewan Rakyat | 50 / 222
|
Dewan Undangan Negeri | 151 / 607
|
Laman sesawang | |
Perikatan Nasional | |
[[Politik Malaysia]] [[Senarai parti politik di Malaysia|Parti politik]] [[Pilihan raya di Malaysia|Pilihan raya]] |
Negara Anggota ASEAN |
Portal Malaysia |
Sebahagian daripada siri tentang |
---|
Sejarah Malaysia |
Portal Malaysia |
Parti Perikatan Nasional (bahasa Inggeris: National Alliance Party ; singkatan: PN) ialah gabungan parti politik konservatif rasmi di Malaysia yang dibentuk pada 23 Februari 2020, bertujuan untuk membentuk sebuah kerajaan semasa krisis politik Malaysia 2020 dan bermajoriti mudah 2 kerusi. Secara amnya, gabungan ini mendapat sokongan daripada beberapa Ahli Parlimen dari parti Barisan Nasional (BN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Gagasan Sejahtera (GS), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Bersatu Sabah (GBS) dan seorang Ahli Parlimen bebas.
Pada Julai 2020, parti UMNO mengesahkan tidak menyertai Perikatan Nasional secara rasmi. Namun begitu, sokongan beberapa Ahli Parlimen berjaya mengesahkan bahawa PN hanya mempunyai majoriti 2 kerusi sahaja dan merupakan majoriti paling tipis di dalam sejarah politik Malaysia.
Perikatan ini ditubuhkan pada Februari 2020 semasa Krisis politik Malaysia 2020 yang menyaksikan apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengisytiharkan keluar sebagai komponen Pakatan Harapan. Hasil penelitian Yang di-Pertuan Agong ke-16, Baginda telah memperkenan untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 bermula dari sebuah gabungan politik tidak rasmi membentuk menjadi sebuah kerajaan persekutuan yang rasmi. Pada 17 Mei 2020, beberapa pemimpin parti seperti BN, BERSATU, PAS, GPS, PBS dan STAR dengan rasminya menandatangani persetujuan bersama untuk menyokong formasi Perikatan Nasional agar lebih stabil.[2][3]
Sejarah
Krisis politik Malaysia 2020 dan kebangkitan kuasa
Pada 23 Februari 2020, ahli Dewan Rakyat dari parti politik Barisan Nasional (BN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Gagasan Sejahtera (GS), dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan mesyuarat tertutup di sebuah dewan di Hotel Sheraton, Petaling Jaya. Perkara ini kemudiannya hanya semata-semata majlis makan malam, yang dipanggil "Majlis Makan Malam Muafakat Ahli Parlimen".[4] Ini mencetuskan kontroversi apabila rakyat mula ingin mengetahui tujuan dan makna majlis tersebut sehingga menyebabkan perpecahan dalam gabungan Pakatan Harapan. Acara pada hari itu dikenali sebagai "Langkah Sheraton",[5] dan ia dikenali sebagai "salah satu hari Ahad yang paling lama" dalam politik Malaysia.[6]
Ia kemudiannya disahkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak, bahawa beliau, serta ahli parlimen dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), telah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memimpin gabungan yang dipanggil Perikatan Nasional, namun persetujuan mereka adalah bersyarat.[7]
Pada keesokan harinya, pemimpin Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin dipecat daripada parti itu, seperti yang diumumkan oleh Setiausaha Agung, Datuk Seri Saifuddin Nasution tengah hari itu,[8] serta beberapa ahli parti lain mengumumkan keluar parti demi solidariti Azmin dan Zuraida.[9] Berikutan itu, Mahathir mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri.[10] Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa parti tersebut secara rasmi meninggalkan gabungan Pakatan Harapan.[11] Ini menyebabkan gabungan yang sudah rapuh kehilangan majoriti di Dewan Rakyat, menandakan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan selama hampir 2 tahun.[12]
Untuk memastikan keadaan negara stabil, Al-Sultan Abdullah melantik semula Mahathir sebagai Perdana Menteri interim untuk tempoh yang tidak ditentukan sehingga baginda berjaya menyelesaikan konflik kerajaan.[13] Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan telah menghantar senarai anggota parlimen yang menyokong kerajaan mereka untuk membuktikan kuasa mereka. Walau bagaimanapun, setelah mengkaji senarai tersebut, Al-Sultan Abdullah menyedari bahawa kedua-dua senarai tersebut memang mendapat sokongan majoriti, kerana beberapa anggota parlimen menandatangani akuan bersumpah mereka untuk kedua-dua pihak.
Mempunyai rancangan lain dalam pemikiran, Mahathir memutuskan untuk memanggil semua anggota Parlimen untuk bersatu di bawah kerajaan perpaduan tanpa parti, di mana keseluruhan Parlimen berada di dalam kerajaan Malaysia.[14] Ini ditolak oleh hampir semua parti lain, kerana mereka enggan berada di kerajaan yang sama seperti saingan mereka, terutamanya gabungan Muafakat Nasional (Barisan Nasional dan Gagasan Sejahtera) dan Parti Tindakan Demokratik. Muafakat Nasional menyeru pembubaran parlimen, kerana ia adalah satu-satunya cara untuk menyelesaikannya dengan membiarkan rakyat memilih kerajaan sekali lagi.[15]
Untuk menyelesaikannya, Al-Sultan Abdullah meminta setiap anggota Dewan Rakyat untuk menghadap baginda, jadi baginda boleh menemu bual setiap anggota parlimen secara peribadi untuk menentukan anggota mana yang mempunyai sokongan majoriti parlimen, dan elakkan daripada pertindihan sokongan. Ini kerana Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong perlu melantik Perdana Menteri daripada kalangan anggota Dewan Rakyat yang dalam hematnya mungkin mempunyai keyakinan majoriti anggota parlimen. Walau bagaimanapun, tiada seorang pun daripada mereka mendapat sokongan majoriti parlimen yang sekurang-kurangnya 112 ahli, sejak Barisan Nasional dan Gagasan Sejahtera menyeru pembubaran Parlimen, manakala Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia menamakan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Mahathir masing-masing.
Al-Sultan Abdullah kemudiannya memanggil ketua-ketua parti untuk mewakili seluruh parti, bukannya mereka ditemu bual secara individu. Parti Pribumi Bersatu Malaysia kemudian mengumumkan bahawa mereka menamakan presiden mereka, Muhyiddin, yang akan menjadi individu menghadap Yang di-Pertuan Agong di istana keesokan harinya, sementara Muafakat Nasional mengumumkan bahawa mereka akan menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Pada saat-saat terakhir di pagi hari, Pakatan Harapan mengumumkan bahawa mereka menyerahkan nama Mahathir sebagai calon mereka untuk Perdana Menteri. Pada petang 29 Februari 2020, Al-Sultan Abdullah mengumumkan bahawa Muhyiddin mendapat sokongan majoriti, dan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8, dan beliau mengangkat sumpah pada hari berikutnya di Istana Negara.
Penubuhan Perikatan Nasional
Pada 9 Ogos 2020, Parti Progresif Sabah (SAPP) menyertai sebagai ahli parti Perikatan Nasional (PN)[16] sehingga ia didaftarkan melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.
Parti ini telah diusahakan untuk didaftarkan secara rasmi sebagai gabungan parti politik sebelum pilihan raya umum Malaysia ke-15. Namun, pihak Pendaftar Pertubuhan menyatakan singkatan PN adalah milik sebuah pertubuhan bukan kerajaan. Nama yang dicadangkan adalah Parti Perikatan Nasional.[17]
Pada 23 Ogos 2020, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan, MIC merupakan salah satu parti komponennya yang menjadi sebahagian daripada gabungan Perikatan Nasional (PN). Selain MIC, parti yang turut mendaftarkan PN termasuklah PPBM, PAS dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).[18] Namun pada 27 Ogos 2020, MIC mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN) seperti dimaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) adalah berdasarkan keputusan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN). Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia bermakna MIC bukan lagi jawatankuasa penaja PN yang sudah didaftarkan dan disahkan itu. Selain UMNO, parti di bawah BN, iaitu MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) juga tidak menyertai PN sebagai komponen.[19]
Beliau berkata, sokongan BN kepada PN, hanya sokongan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Manakala pada 6 September 2020, Gabungan Parti Sarawak (GPS), menyatakan tidak menyertai Perikatan Nasional kerana GPS mampu begerak dengan sendirinya untuk negeri Sarawak namun begitu GPS sanggup bekerjasama dengan PN yang memerintah kerajaan pusat pada ketika ini demi rakyat Malaysia.[20]
Isu dan kontroversi
Walaupun sekadar melepasi majoriti mudah di dalam Dewan Rakyat, Perikatan Nasional tetap diiktiraf sebagai kerajaan yang sah setelah diperkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dengan mengisytiharkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku pemimpin gabungan Perikatan Nasional, berdasarkan pemerhatian dan penghakiman baginda, beliau mempunyai sokongan majoriti Dewan Rakyat, dan harus dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.[21] Hal ini disebabkan oleh krisis politik Malaysia 2020, di mana tiada parti politik atau gabungan mempunyai majoriti di Dewan Rakyat selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama-sama dengan sebelas (11) Ahli Parlimen dari PKR meninggalkan gabungan Pakatan Harapan (PH).[11]
Ahli parti, gabungan sekutu dan bebas
Kesemua parti ini hanya memberikan sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan bukan secara rasmi membentuk sebuah gabungan parti politik yang rasmi di peringkat pusat. Manakala di peringkat negeri pula berbeza.
Terdapat 113 Ahli Parlimen Dewan Rakyat menyokong kepimpinan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia bermaksud mempunyai majoriti mudah 4 kerusi sahaja.
Logo | Nama | Ideologi | Pemimpin | Kerusi | Keputusan 2018 | Kerusi semasa | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Undi (%) | Kerusi | Komposisi | |||||||
Sokongan individu Ahli Parlimen mengikut parti | |||||||||
BERSATU | Parti Pribumi Bersatu Malaysia | Ketuanan Melayu | Muhyiddin Yassin | 52 (di bawah PH) |
5.95% | 13 / 222
|
32 / 113
| ||
PAS | Parti Islam Se-Malaysia | Demokrasi Islamik | Abdul Hadi Awang | 157 (di bawah GS) |
16.82% | 18 / 222
|
18 / 113
| ||
Fail:SabahanSTAR.jpg | STAR | Parti Solidariti Tanah Airku | Regionalisme Sabah | Jeffrey Kitingan | 5 | 0.18% | 1 / 222
|
1 / 113
| |
Fail:Sabah Progressive Party Logo1.svg.png | SAPP | Parti Progresif Sabah | Regionalisme Sabah | Yong Teck Lee | 2 | 0.05% | 0 / 222
|
0 / 113
| |
Parti sekutu | |||||||||
PBS | Parti Bersatu Sabah | Demokrasi | Maximus Johnity Ongkili | 5 (di bawah BN) |
0.48% | 1 / 222
|
1 / 113
| ||
GERAKAN | Parti Gerakan Rakyat Malaysia | Tengah | Dominic Lau Hoe Chai | 9 (di bawah BN) |
1.07% | 0 / 222
|
0 / 113
| ||
Parti menyokong | |||||||||
UMNO | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu | Ketuanan Melayu | Ahmad Zahid Hamidi | 120 (di bawah BN) |
20.90% | 54 / 222
|
39 / 113
| ||
MCA | Persatuan Cina Malaysia | Konservatif | Wee Ka Siong | 39 (di bawah BN) |
5.41% | 1 / 222
|
2 / 113
| ||
MIC | Kongres India Malaysia | Sosial konservatif | Vigneswaran Sanasee | 9 (di bawah BN) |
1.38% | 2 / 222
|
1 / 113
| ||
PBRS | Parti Bersatu Rakyat Sabah | Nasionalisme | Joseph Kurup | 1 (di bawah BN) |
0.10% | 1 / 222
|
1 / 113
| ||
PBB | Parti Pesaka Bumiputera Bersatu | Konservatif Nasionalisme | Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg | 14 (di bawah BN) |
1.83% | 13 / 222
|
13 / 113
| ||
PRS | Parti Rakyat Sarawak | Tengah | James Jemut Masing | 6 (Under BN) |
0.49% | 3 / 222
|
2 / 113
| ||
Fail:Pdp logo-latest.png | PDP | Parti Demokratik Progresif | Regionalisme Sarawak | Tiong King Sing | 4 (di bawah BN) |
0.50% | 2 / 222
|
2 / 113
| |
SUPP | Parti Rakyat Bersatu Sarawak | Tengah | Sim Kui Hian | 7 (di bawah BN) |
1.01% | 1 / 222
|
1 / 113
|
Perwakilan
Ahli Dewan Rakyat (2020-kini)
Gabungan parti politik tidak rasmi Perikatan Nasional mempunyai sokongan 113 ahli parlimen di dalam Dewan Rakyat (termasuk dengan gabungan sekutu dan ahli politik bebas) seperti jadual di bawah.[perlu rujukan]
Negeri | No. | Parlimen | Penyandang | Parti | Jawatan | |
---|---|---|---|---|---|---|
Perlis | P001 | Padang Besar | Zahidi Zainul Abidin | BN-UMNO | Timb Menteri KKMM | |
P003 | Arau | Dr. Shahidan Kassim | BN-UMNO | Pengerusi Majlis Ahli Parlimen PN (PNBBC) | ||
Kedah | P007 | Padang Terap | Mahdzir Khalid | BN-UMNO | Pengerusi Syarikat GLC (TNB) | |
P011 | Pendang | Awang Solahudin Hashim | GS-PAS | Timb Menteri KSM | ||
P012 | Jerai | Sabri Azit | GS-PAS | |||
P013 | Sik | Ahmad Tarmizi Sulaiman | GS-PAS | Pengerusi MADA | ||
P016 | Baling | Abdul Azeez Abdul Rahim | BN-UMNO | |||
Kelantan | P019 | Tumpat | Che Abdullah Mat Nawi | GS-PAS | Timb Menteri (2) MOA | |
P020 | Pengkalan Chepa | Ahmad Marzuk Shaary | GS-PAS | Timb Menteri JPM-(Agama) | ||
P021 | Kota Bharu | Takiyuddin Hassan | GS-PAS | Menteri JPM-(Parlimen) | ||
P022 | Pasir Mas | Ahmad Fadhli Shaari | GS-PAS | Pengerusi Syarikat PTPK | ||
P023 | Rantau Panjang | Siti Zailah Mohd Yusoff | GS-PAS | Timb Menteri KPWKM | ||
P024 | Kubang Kerian | Tuan Ibrahim Tuan Man | GS-PAS | Menteri KASA | ||
P025 | Bachok | Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz | GS-PAS | Pengerusi Syarikat Kesedar | ||
P026 | Ketereh | Annuar Musa | BN-UMNO | Menteri KWP | ||
P027 | Tanah Merah | Ikmal Hisham Abdul Aziz | Dari UMNO ke BERSATU | Timb Menteri MINDEF | ||
P028 | Pasir Puteh | Nik Muhammad Zawawi Salleh | GS-PAS | Pengerusi Syarikat Pertubuhan Perladangan dan Timb Pengerusi (PNBBC) | ||
P029 | Machang | Ahmad Jazlan Yaakub | BN-UMNO | Pengerusi Syarikat MPOB | ||
P030 | Jeli | Mustapa Mohamed | Dari UMNO ke BERSATU | Menteri JPM-(Ekonomi) | ||
P031 | Kuala Krai | Abdul Latiff Abdul Rahman | GS-PAS | |||
P032 | Gua Musang | Tengku Razaleigh Hamzah | BN-UMNO | |||
Terengganu | P033 | Besut | Idris Jusoh | BN-UMNO | Pengerusi Syarikat Felda | |
P034 | Setiu | Shaharizukirnain Abd Kadir | GS-PAS | Pengerusi Syarikat TEKUN | ||
P035 | Kuala Nerus | Mohd Khairuddin Aman Razali | GS-PAS | Menteri KPPK | ||
P036 | Kuala Terengganu | Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim | GS-PAS | Timb Menteri MOSTI | ||
P037 | Marang | Abdul Hadi Awang | GS-PAS | Duta Khas ke Timur Tengah (Bertaraf Menteri) | ||
P038 | Hulu Terengganu | Rosol Wahid | Dari UMNO ke BERSATU | Timb Menteri KPDNHEP | ||
P039 | Dungun | Wan Hassan Mohd Ramli | PAS | Pengerusi Syarikat SPAN | ||
P040 | Kemaman | Che Alias Hamid | PAS | |||
Pulau Pinang | P041 | Kepala Batas | Reezal Merican Naina Merican | UMNO | Menteri KBS | |
P042 | Tasek Gelugor | Shabudin Yahaya | Dari UMNO ke BERSATU | Pengerusi FELCRA kemudian meletakkan jawatan untuk dilantik sebagai Timb Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dan Setiausaha PNBCC | ||
P047 | Nibong Tebal | Mansor Othman | Dari PKR ke BERSATU | Timb Menteri KPT | ||
Perak | P054 | Gerik | Hasbullah Osman | BN-UMNO | Pengerusi Syarikat Perumahan Negara | |
P055 | Lenggong | Shamsul Anuar Nasarah | BN-UMNO | Menteri KETSA | ||
P056 | Larut | Hamzah Zainudin | Dari UMNO ke BERSATU | Menteri KDN | ||
P058 | Bagan Serai | Noor Azmi Ghazali | Dari UMNO ke BERSATU | Timb Menteri KKM | ||
P059 | Bukit Gantang | Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal | Dari UMNO ke BEBAS ke BERSATU | Pengerusi LKIM | ||
P061 | Padang Rengas | Mohamed Nazri Abdul Aziz | BN-UMNO | |||
P063 | Tambun | Ahmad Faizal Azumu | BERSATU | Menteri Besar Perak | ||
P067 | Kuala Kangsar | Mastura Mohd Yazid | BN-UMNO | Timb Menteri JPM-(Tugas-Tugas Khas) | ||
P069 | Parit | Mohd. Nizar Zakaria | BN-UMNO | Pengerusi LPPKN | ||
P072 | Tapah | Saravanan Murugan | BN-MIC | Menteri KSM | ||
P073 | Pasir Salak | Tajuddin Abdul Rahman | BN-UMNO | Pengerusi Syarikat GLC (PRASARANA) | ||
P075 | Bagan Datuk | Dr. Ahmad Zahid Hamidi | BN-UMNO | |||
Pahang | P078 | Cameron Highlands | Ramli Mohd Nor | BN-UMNO | Pengerusi Syarikat Amanah Raya Berhad | |
P079 | Lipis | Abdul Rahman Mohamad | BN-UMNO | Timb Menteri (1) KPLB | ||
P081 | Jerantut | Ahmad Nazlan Idris | BN-UMNO | Pengerusi LGM | ||
P082 | Indera Mahkota | Saifuddin Abdullah | Dari PKR ke BERSATU | Menteri KKMM | ||
P084 | Paya Besar | Mohd Shahar Abdullah | BN-UMNO | Timb Menteri (2)MOF | ||
P085 | Pekan | Mohd. Najib Abdul Razak | BN-UMNO | |||
P086 | Maran | Ismail Abd Muttalib | BN-UMNO | Timb Menteri KPKT | ||
P087 | Kuala Krau | Ismail Mohamed Said | BN-UMNO | Timb Menteri (1) KDN | ||
P090 | Bera | Ismail Sabri Yaakob | BN-UMNO | Menteri Kanan (Keselamatan) dan MINDEF | ||
P091 | Rompin | Hasan Arifin | BN-UMNO | |||
Selangor | P092 | Sabak Bernam | Mohd Fasiah Mohd Fakeh | Dari UMNO ke BERSATU | Pengerusi FAMA | |
P093 | Sungai Besar | Muslimin Yahaya | BERSATU | Timb Menteri (2)KPM | ||
P095 | Tanjong Karang | Noh Omar | BN-UMNO | Bekas Pengerusi MISC (Letak Jawatan) Pengerusi PUNB | ||
P098 | Gombak | Mohamed Azmin Ali | Dari PKR ke BERSATU | Menteri MITI | ||
P099 | Ampang | Zuraida Kamaruddin | Dari PKR ke BERSATU | Menteri KPKT | ||
Kuala Lumpur | P119 | Titiwangsa | Rina Mohd Harun | BERSATU | Menteri KPWKM | |
P124 | Bandar Tun Razak | Kamarudin Jaffar | Dari PKR ke BERSATU | Timb Menteri KLN | ||
Putrajaya | P125 | Putrajaya | Tengku Adnan Tengku Mansor | BN-UMNO | ||
Negeri Sembilan | P126 | Jelebu | Jalaluddin Alias | BN-UMNO | Pengerusi Bukan Eksekutif Syarikat UDA | |
P127 | Jempol | Mohd Salim Shariff | BN-UMNO | Pengerusi Syarikat RISDA | ||
P129 | Kuala Pilah | Eddin Syazlee Shith | BERSATU | Timb Menteri JPM-(Parlimen dan Undang-Undang) bertukar kepada Timb Menteri KKR | ||
P131 | Rembau | Khairy Jamaluddin Abu Bakar | BN-UMNO | Menteri MOSTI | ||
Melaka | P134 | Masjid Tanah | Mas Ermieyati Samsudin | Dari UMNO ke BERSATU | Timb Menteri MEDAC | |
P135 | Alor Gajah | Mohd Redzuan Md Yusof | BERSATU | Menteri JPM-(Tugas-Tugas Khas) | ||
P139 | Jasin | Ahmad Hamzah | BN-UMNO | Timb Menteri (1) MOA | ||
Johor | P140 | Segamat | Edmund Santhara Kumar Ramanaidu | Dari PKR ke BERSATU | Timb Menteri KWP | |
P143 | Pagoh | Tan Sri Muhyiddin Yassin | BERSATU | Perdana Menteri Malaysia Pengerusi Khazanah Nasional | ||
P147 | Parit Sulong | Noraini Ahmad | BN-UMNO | Menteri KPT | ||
P148 | Ayer Hitam | Wee Ka Siong | BN-MCA | Menteri MOT | ||
P149 | Sri Gading | Shahruddin Md Salleh[22] | Dari UMNO ke BERSATU | |||
P150 | Batu Pahat | Mohd Rashid Hasnon | Dari PKR ke BERSATU | Timb YDP Dewan Rakyat | ||
P153 | Sembrong | Hishammuddin Hussein | BN-UMNO | Menteri KLN | ||
P154 | Mersing | Abdul Latiff Ahmad | Dari UMNO ke BERSATU | Menteri KPLB | ||
P155 | Tenggara | Adham Baba | BN-UMNO | Menteri KKM | ||
P156 | Kota Tinggi | Halimah Mohamed Sadique | BN-UMNO | Menteri Kementerian Perpaduan | ||
P157 | Pengerang | Azalina Othman Said | BN-UMNO | |||
P164 | Pontian | Ahmad Maslan | BN-UMNO | |||
P165 | Tanjung Piai | Wee Jeck Seng | BN-MCA | Timb Menteri (1) KPPK | ||
Sabah | P167 | Kudat | Abd Rahim Bakri | Dari UMNO ke BERSATU | Timb Menteri (1) MOF | |
P168 | Kota Marudu | Maximus Ongkili | GBS-PBS | Menteri JPM-(Sabah dan Sarawak) | ||
P176 | Kimanis | Mohamad Alamin | BN-UMNO | Pengerusi Syarikat MyIPO | ||
P177 | Beaufort | Azizah Mohd Dun | Dari UMNO ke BERSATU | Pengerusi Syarikat MARA | ||
P178 | Sipitang | Yamani Hafez Musa | Dari UMNO ke BERSATU | Pengerusi FELCRA | ||
P179 | Ranau | Jonathan Yasin | Dari PKR ke BERSATU | Timb Menteri (2) KDN | ||
P180 | Keningau | Jeffrey Kitingan | GBS-STAR | Timb Menteri MOTAC | ||
P182 | Pensiangan | Arthur Joseph Kurup | GBS-PBRS | Timb Menteri JPM-(Ekonomi) | ||
P183 | Beluran | Ronald Kiandee | Dari UMNO ke BERSATU | Menteri MOA | ||
P184 | Libaran | Zakaria Edris | Dari UMNO ke BERSATU | |||
P187 | Kinabatangan | Bung Moktar Radin | BN-UMNO | |||
Sarawak | P193 | Santubong | Wan Junaidi Tuanku Jaafar | GPS-PBB | Menteri MEDAC | |
P194 | Petra Jaya | Fadillah Yusof | GPS-PBB | Menteri Kanan Infrastruktur dan KKR | ||
P197 | Kota Samarahan | Rubiah Wang | GPS-PBB | |||
P198 | Puncak Borneo | Willie Mongin | Dari PKR ke BERSATU | Timb Menteri (2) KPPK | ||
P199 | Serian | Richard Riot Jaem | GPS-SUPP | |||
P200 | Batang Sadong | Nancy Shukri | GPS-PBB | Menteri MOTAC | ||
P201 | Batang Lupar | Rohani Abdul Karim | GPS-PBB | |||
P203 | Lubok Antu | Jugah Muyang | Dari PKR ke BEBAS | |||
P204 | Betong | Robert Lawson Chuat | GPS-PBB | Pengerusi Lembaga Pelabuhan Bintulu | ||
P205 | Saratok | Ali Biju | Dari PKR ke BERSATU | Timb Menteri KETSA | ||
P206 | Tanjong Manis | Yusuf Abd Wahab | GPS-PBB | Pengerusi Syarikat CIDB | ||
P207 | Igan | Ahmad Johnie Zawawi | GPS-PBB | Pengerusi Bukan Eksekutif Syarikat IWK | ||
P210 | Kanowit | Aaron Ago Dagang | GPS-PRS | Timb Menteri (2) KKM | ||
P213 | Mukah | Hanifah Hajar Taib | GPS-PBB | Timb Menteri JPM-(Sabah dan Sarawak) | ||
P215 | Kapit | Alexander Nanta Linggi | GPS-PBB | Menteri KPDNHEP | ||
P216 | Hulu Rajang | Wilson Ugak Kumbong | GPS-PRS | Pengerusi Syarikat NiOSH | ||
P217 | Bintulu | Tiong King Sing | GPS-PDP | Duta Khas ke China (Bertaraf Menteri) dan Bendahari (PNBBC) | ||
P218 | Sibuti | Lukanisman Awang Sauni | GPS-PBB | Pengerusi Syarikat SEDA | ||
P220 | Baram | Anyi Ngau | GPS-PDP | Pengerusi Syarikat MCB | ||
P221 | Limbang | Hasbi Habibollah | GPS-PBB | Timb Menteri MOT | ||
P222 | Lawas | Henry Sum Agong | GPS-PBB | Timb Menteri KPLB | ||
Jumlah | 112: Perlis (2), Kedah (5), Kelantan (14), Terengganu (8), Pulau Pinang (3), Perak (11), Pahang (10), Selangor (5), F.T. Kuala Lumpur (2), F.T. Putrajaya (1), Negeri Sembilan (4), Melaka (3), Johor (13), Sabah (10), Sarawak (20) |
Ahli Dewan Undangan Negeri (2020-kini)
- Dewan Negeri Perak35 / 59
- Dewan Undangan Negeri Melaka17 / 28
- Dewan Negeri Johor29 / 56
- Dewan Undangan Negeri Kedah
Senarai Ahli Dewan Undangan Negeri Perikatan Nasional
Negeri | No. | DUN | Penyandang | Parti | Jawatan |
---|---|---|---|---|---|
Kedah | N1 | Ayer Hangat | Juhari Bulat | BERSATU | |
N2 | Kuah | Mohd Firdaus Ahmad | BERSATU | EXCO | |
N4 | Ayer Hitam | Azhar Ibrahim | GS (PAS) | ||
N5 | Bukit Kayu Hitam | Halimaton Shaadiah Saad | BERSATU | EXCO | |
N7 | Kuala Nerang | Mohamad Yusoff Zakaria | GS (PAS) | ||
N8 | Pedu | Mohd. Radzi Md. Amin | GS (PAS) | ||
N9 | Bukit Lada | Salim Mahmood | GS (PAS) | EXCO | |
N10 | Bukit Pinang | Romani Wan Salim | GS (PAS) | ||
N18 | Tokai | Mohd. Hayati Othman | GS (PAS) | EXCO | |
N19 | Sungai Tiang | Suraya Yaacob | BN (UMNO) | EXCO | |
N20 | Sungai Limau | Mohd. Azam Abd. Samat | GS (PAS) | ||
N21 | Guar Chempedak | Ku Abdul Rahman Ku Ismail | Dari UMNO ke BERSATU | EXCO | |
N23 | Belantek | Mad Isa Shafie | GS (PAS) | ||
N24 | Jeneri | Muhammad Sanusi Md Nor | GS (PAS) | Menteri Besar Kedah | |
N26 | Tanjong Dawai | Hanif Ghazali | GS (PAS) | ||
N27 | Pantai Merdeka | Ahmad Fadzli Hashim | GS (PAS) | ||
N29 | Sidam | Robert Ling Kui Ee | Dari PKR ke BEBAS | EXCO | |
N30 | Bayu | Abd. Nasir Idris | GS (PAS) | ||
N31 | Kupang | Najmi Ahmad | GS (PAS) | EXCO | |
N32 | Kuala Ketil | Mansor Zakaria | GS (PAS) | ||
N33 | Merbau Pulas | Siti Aishah Ghazali | GS (PAS) | EXCO | |
N34 | Lunas | Azman Nasrudin | Dari PKR ke BEBAS | EXCO | |
N36 | Bandar Baharu | Norsabrina Mohd. Noor | BN (UMNO) | ||
Pulau Pinang | N02 | Bertam | Khaliq Mehtab Mohd Ishaq | BERSATU | |
N10 | Seberang Jaya | Afif Bahardin | Dari PKR ke BEBAS | ||
N40 | Teluk Bahang | Zolkifly Md Lazim | BERSATU | ||
Perak | N1 | Pengkalan Hulu | Aznel Ibrahim | BN-UMNO | |
N2 | Temenggor | Salbiah Mohamed | BN-UMNO | ||
N3 | Kenering | Mohd. Tarmizi Idris | BN-UMNO | ||
N4 | Kota Tampan | Saarani Mohamad | BN-UMNO | EXCO | |
N5 | Selama | Mohd. Akmal Kamaruddin | PAS | EXCO | |
N6 | Kubu Gajah | Khalil Yahaya | PAS | ||
N7 | Batu Kurau | Dr. Muhammad Amin Zakaria | BN-UMNO | ||
N8 | Titi Serong | Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim | Dari AMANAH ke Bebas | ||
N9 | Kuala Kurau | Abdul Yunus Jamhari | Dari PKR ke BERSATU | EXCO | |
N10 | Alor Pangsu | Sham Mat Sahat | BN-UMNO | ||
N11 | Gunong Semanggol | Razman Zakaria | PAS | EXCO | |
N12 | Selinsing | Mohamad Noor Dawoo | BN-UMNO | ||
N13 | Kuala Sepetang | Mohd. Kamaruddin Abu Bakar | BN-UMNO | ||
N14 | Changkat Jering | Ahmad Saidi Mohamad Daud | BN-UMNO | ||
N15 | Trong | Jamilah Zakaria | BN-UMNO | ||
N19 | Chenderoh | Zainun Mat Noor | BN-UMNO | ||
N20 | Lubok Merbau | Jurij Jalaluddin | BN-UMNO | ||
N21 | Lintang | Mohd. Zolkafly Harun | BN-UMNO | ||
N30 | Buntong | Sivasubramaniam Athinarayanan | Dari DAP ke Bebas | ||
N33 | Tronoh | Yong Choo Kiong | Dari DAP ke Bebas | ||
N34 | Bukit Chandan | Maslin Sham Razman | BN-UMNO | ||
N35 | Manong | Mohd. Zuraimi Razali | BN-UMNO | ||
N36 | Pengkalan Baharu | Abd. Manap Hashim | BN-UMNO | ||
N39 | Belanja | Khairudin Abu Hanipah | BN-UMNO | ||
N40 | Bota | Khairul Shahril Mohamed | BN-UMNO | ||
N43 | Tualang Sekah | Nolee Ashilin Mohammed Radzi | Dari UMNO Ke Bebas ke BERSATU | EXCO | |
N47 | Chenderiang | Ahmad Faizal Azumu | BERSATU | Menteri Besar Perak | |
N48 | Ayer Kuning | Samsudin Abu Hassan | BN-UMNO | ||
N49 | Sungai Manik | Zainol Fadzi Paharudin | Dari UMNO ke Bebas ke BERSATU | ||
N50 | Kampong Gajah | Wan Noorashikin Wan Nordin | BN-UMNO | EXCO | |
N52 | Pangkor | Dr. Zambry Abdul Kadir | BN-UMNO | ||
N53 | Rungkup | Shahrul Zaman Yahya | BN-UMNO | EXCO | |
N54 | Hutan Melintang | Khairuddin Tarmizi | BN-UMNO | ||
N56 | Changkat Jong | Mohd. Azhar Jamaluddin | BN-UMNO | ||
N58 | Slim | Mohd. Khusairi Abdul Talib (meninggal dunia) | BN-UMNO | ||
Selangor | N7 | Batang Kali | Harumaini Omar | BERSATU | Dipecat dari BERSATU |
N12 | Jeram | Mohd Shaid Rosli | BERSATU | Dipecat dari BERSATU | |
N13 | Kuang | Sallehudin Amiruddin | BERSATU | Dipecat dari BERSATU | |
N17 | Gombak Setia | Hilman Idham[N 1][23] | Dari PH (PKR) ke Bebas | ||
N19 | Bukit Antarabangsa | Mohamed Azmin Ali [N 2][24][25] |
Dari PKR ke BERSATU | ||
N44 | Selat Klang | Abdul Rashid Asari | BERSATU | ||
N55 | Dengkil | Adhif Syan Abdullah | BERSATU | ||
Melaka | N1 | Kuala Linggi | Ismail Othman | BN (UMNO) | |
N2 | Tanjung Bidara | Md Rawi Mahmud | BN (UMNO) | ||
N3 | Ayer Limau | Amiruddin Yusop | BN (UMNO) | ||
N4 | Lendu | Sulaiman Md Ali | BN (UMNO) | Ketua Menteri Melaka | |
N5 | Taboh Naning | Latipah Omar | BN (UMNO) | EXCO | |
N6 | Rembia | Muhammad Jailani Khamis | Dari PKR ke Bebas | EXCO | |
N10 | Asahan | Abdul Ghafar Atan | BN (UMNO) | EXCO | |
N11 | Sungai Udang | Idris Haron | BN (UMNO) | EXCO | |
N12 | Pantai Kundor | Nor Azman Hassan | BN (UMNO) | ||
N13 | Paya Rumput | Mohd Rafiq Naizamohideen | BERSATU | EXCO | |
N15 | Pengkalan Batu | Norhizam Hassan Baktee | Dari DAP ke Bebas | EXCO | |
N18 | Ayer Molek | Rahmad Mariman | BN (UMNO) | EXCO | |
N23 | Telok Mas | Noor Effandi Ahmad | BERSATU | EXCO | |
N25 | Rim | Ghazale Muhamad | BN (UMNO) | ||
N26 | Serkam | Zaidi Attan | BN (UMNO) | ||
N27 | Merlimau | Roslan Ahmad | BN (UMNO) | EXCO | |
N28 | Sungai Rambai | Hasan Abd Rahman | BN (UMNO) | ||
Johor | N1 | Buloh Kasap | Zahari Sarip | BN-UMNO | |
N3 | Pemanis | Chong Fat Full | Dari PKR ke Bebas | EXCO | |
N5 | Tenang | Mohd Solihan Badri | BERSATU | EXCO | |
N7 | Bukit Kepong | Dr. Sahruddin Jamal | BERSATU | ||
N8 | Bukit Pasir | Najib Lep | PAS | ||
N9 | Gambir | Tan Sri Muhyiddin Yassin | BERSATU | ||
N16 | Sungai Balang | Zaiton Ismail | BN-UMNO | EXCO | |
N18 | Sri Medan | Zulkurnain Kamisan | BN-UMNO | ||
N20 | Semarang | Samsol Bari Jamali | BN-UMNO | EXCO | |
N22 | Parit Raja | Nor Rashidah Ramli | BN-UMNO | ||
N25 | Rengit | Ayub Jamil | BN-UMNO | EXCO | |
N26 | Machap | Abd. Taib Abu Bakar | BN-UMNO | ||
N27 | Layang-Layang | Onn Hafiz Ghazi | BN-UMNO | EXCO | |
N31 | Kahang | Vidyananthan Ramanadhan | BN-MIC | EXCO | |
N32 | Endau | Alwiyah Talib[26][27] | Dari UMNO ke BERSATU | ||
N33 | Tenggaroh | Raven Kumar Krishnasamy | BN-MIC | ||
N34 | Panti | Hahasrin Hashim | BN-UMNO | ||
N35 | Pasir Raja | Rashidah Ismail | BN-UMNO | ||
N36 | Sedili | Rasman Ithnain[28] | Dari UMNO ke BERSATU | ||
N37 | Johor Lama | Rosleli Jahari[29] | Dari UMNO ke BERSATU | ||
N38 | Penawar | Sharifah Azizah Syed Zain | BN-UMNO | ||
N39 | Tanjung Surat | Syed Sis A Rahman | BN-UMNO | ||
N41 | Puteri Wangsa | Mazlan Bujang | BERSATU | EXCO | |
N43 | Permas | Che Zakaria Mohd Salleh | BERSATU | ||
N44 | Larkin | Mohd Izhar Ahmad | BERSATU | EXCO | |
N47 | Kempas | Osman Sapian | BERSATU | ||
N50 | Bukit Permai | Tosrin Jarvanthi | BERSATU | EXCO | |
N53 | Benut | Hasni Mohammad | BN-UMNO | Menteri Besar Johor | |
N56 | Kukup | Md Othman Yusof | BN-UMNO | ||
Sabah | N6 | Bandau | YB Datuk Wetrom Bahanda | BERSATU | |
N8 | Pintasan | YB Fairuz Renddan | BERSATU | ||
N12 | Sulaman | YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor | BERSATU | Ketua Menteri Sabah | |
N28 | Kawang | YB Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar | BERSATU | ||
N31 | Membakut | YB Datuk Mohd Arifin Mohd Arif | BERSATU | ||
N32 | Klias | YB Datuk Isnin Aliasnih | BERSATU | ||
N33 | Kuala Penyu | YB Datuk Limus Jury | BERSATU | ||
N37 | Karanaan | YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun | BERSATU | ||
N46 | Nabawan | YB Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin | BERSATU | ||
N49 | Labuk | YB Samad Jambri | BERSATU | ||
N68 | Apas | YB Datuk Nizam Abu Bakar Titingan | BERSATU | ||
Sarawak | N11 | Batu Lintang | See Chee How | Dari PKR ke BEBAS | Menyertai Parti Sarawak Bersatu sebagai pembangkang |
N39 | Krian | Ali Biju | Dari PKR ke BERSATU | ||
N81 | Ba'kelalan | Baru Bian | Dari PKR ke BEBAS | Menyertai Parti Sarawak Bersatu sebagai pembangkang |
Struktur kepimpinan
Pengerusi:
Timbalan Pengerusi:
Setiausaha Agung:
- Dato' Seri Hamzah bin Zainudin (BERSATU)
Ketua Penerangan:
- Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (BERSATU)
Majlis Presiden menyokong Perikatan Nasional:[30]
- Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin (BERSATU)
- Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi (UMNO)
- Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang (PAS)
- Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (MCA)
- Tan Sri Vigneswaran Sanasee (MIC)
- Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg (PBB)
- Tan Sri Dr. James Jemut Masing (PRS)
- Dato' Sri Tiong King Sing (PDP)
- Senator Prof Dato Sri Dr. Sim Kui Hian (SUPP)
- Datuk Seri Panglima Maximus Johnity Ongkili (PBS)
- Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (STAR)
- Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee (SAPP)
- Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai (GERAKAN)
Kerajaan negeri Perikatan Nasional
Negeri | Gelaran ketua | Ahli | Parti | Kawasan DUN | |
---|---|---|---|---|---|
Terengganu | Menteri Besar | Ahmad Samsuri | PAS | Ru Rendang | |
Kelantan | Menteri Besar | Ahmad Yakob | PAS | Pasir Pekan | |
Kedah | Menteri Besar | Muhammad Sanusi Md Nor | PAS | Jeneri | |
Perak | Menteri Besar | Ahmad Faizal Azumu | BERSATU | Chenderiang | |
Sabah | Ketua Menteri | Hajiji Mohd Noor | BERSATU | Sulaman |
Catatan
- ^ Hilman Idham bertanding atas tiket PKR-PH pada pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau dipecat oleh PKR pada 1 Mac 2020 dan menjadi calon bebas untuk menyokong Perikatan Nasional.
- ^ Mohamed Azmin bertanding atas tiket PKR-PH pada pilihan raya umum Malaysia 2018, dipecat dari PKR pada 24 Februari 2020 dan menjadi calon bebas untuk menyokong Perikatan Nasional. Beliau kemudian menyertai PPBM pada 11 Mac 2020.
Rujukan
- ^ HARIAN, WARTAWAN SINAR (2020-02-23). "Najib sahkan tandatangan SD sokong gabungan baharu". Sinarharian. Dicapai pada 2020-03-02.
- ^ "BN, PAS, GPS, PBS and STAR support formation of PN". The Sun Daily. 17 May 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2020. Dicapai pada 17 May 2020.
- ^ Ar, Zurairi (17 May 2020). "BN, Bersatu, PAS and three others agree to form Perikatan Nasional". Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2020. Dicapai pada 17 May 2020.
- ^ "🎥 LENSA MGTV | KUNCI MULUT!!! Makan Malam Muafakat Ahli Parlimen". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). 2020-02-23. Dicapai pada 2020-03-02.
- ^ "Our week-long struggle has succeeded, says Azmin". Malaysiakini. 2020-03-01. Dicapai pada 2020-03-02.
- ^ Chung, Nicholas (2020-02-23). "Something may happen tomorrow, says 'betrayed' Anwar". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-03-02.
- ^ "Najib sokong gabungan parti baharu tetapi ada syarat". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). 2020-02-23. Dicapai pada 2020-03-02.
- ^ NSTP, Oleh Wartawan (2020-02-24). "Azmin, Zuraida dipecat". BH Online. Dicapai pada 2020-03-02.
- ^ Arifin, Oleh Latifah (2020-02-24). "11 Ahli Parlimen PKR keluar parti". BH Online. Dicapai pada 2020-03-02.
- ^ Februari 24, Astro Awani |; Myt, 2020 13:52. "Tun Mahathir letak jawatan Perdana Menteri, Pengerusi Bersatu | Astro Awani". www.astroawani.com. Dicapai pada 2020-03-02.CS1 maint: numeric names: authors list (link)
- ^ a b Reporters, F. M. T. (2020-02-24). "PPBM keluar Pakatan Harapan". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-03-02.
- ^ "PH hilang majoriti jadi Kerajaan Pusat". BH Online. 2020-02-24. Dicapai pada 2020-03-02.
- ^ Razali, Oleh Safeek Affendy (2020-02-24). "Agong lantik Tun M sebagai PM interim". BH Online. Dicapai pada 2020-03-02.
- ^ "Perutusan khas Dr Mahathir mengenai keadaan politik negara". BH Online. 2020-02-27. Dicapai pada 2020-03-02.
- ^ "Muafakat Nasional calls for dissolution of Parliament, will support new coalition by Dr M if DAP not included". The Edge Markets. 2020-02-25. Dicapai pada 2020-03-02.
- ^ SAPP diterima menjadi ahli PN, Astro Awani, Dicapai pada 28 Ogos 2020
- ^ Perikatan Nasional dalam proses pendaftaran Perikatan Nasional dalam proses pendaftaran, Utusan Malaysia, Dicapai pada 18 Ogos 2020
- ^ Zahid Sahkan MIC, PPBM, PAS dan STAR sertai PN, Dicapai pada 23 Ogos 2020
- ^ PN: MIC tarik diri ikut keputusan Dewan Tertinggi BN, Berita Harian, Dicapai pada 27 Ogos 2020
- ^ GPS tolak penyertaan PN Dicapai pada 6 September 2020
- ^ Februari 29, Astro Awani |; Myt, 2020 16:39. "Muhyiddin Yassin dilantik PM ke-8 | Astro Awani". www.astroawani.com. Dicapai pada 2020-03-02.CS1 maint: numeric names: authors list (link)
- ^ https://www.bharian.com.my/berita/politik/2020/06/696373/shahruddin-kekal-bersama-pn
- ^ "Hilman Idham expelled from PKR, others from Azmin's faction may suffer similar fate". The Star Online. 1 March 2020. Dicapai pada 16 March 2020.
- ^ "PKR sacks Azmin and Zuraida". Malay Mail Online. 24 February 2020. Dicapai pada 24 February 2020.
- ^ "Muhyiddin confirms Azmin has joined Bersatu". The Star Online. 11 March 2020. Dicapai pada 13 March 2020.
- ^ Alwiyah Talib contested the general election as a Barisan Nasional (UMNO) candidate, officially switch allegiance to Pakatan Harapan (BERSATU) on 25 November 2018 with other two assemblyman.
- ^ "Johor's last 2 independent reps join PPBM". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 2018-11-26. Dicapai pada 2018-11-26.
- ^ Rasman Ithnain contested the general election as a Barisan Nasional (UMNO) candidate, officially switch allegiance to Pakatan Harapan (BERSATU) on 19 November 2018.
- ^ Rosleli Jahari contested the general election as a Barisan Nasional (UMNO) candidate, officially switch allegiance to Pakatan Harapan (BERSATU) on 19 November 2018.
- ^ Perikatan Nasional tubuhkan Majlis Presiden, Astro Awani, Dicapai pada 31 Mei 2020