Pengguna:Hasrolhashim/Kotak pasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
fsdfsfds
X Y
1978-2016
Barisan Nasional
Hasrolhashim/Kotak pasir
Parti gabungan diwakili dalam
Dewan Rakyat Malaysia

Muhyiddin Yassin

محي الدين بن محمد ياسين
Muhyiddin di Dewan Rakyat Malaysia
pada 18 Mei 2020
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Pagoh
Johor Darul Ta'zim
Memegang jawatan
14 Ogos 2018
(5 tahun, 247 hari)
Penggal Parlimen
YDPA
Perdana Menteri
Didahului olehAhmad Omar
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Gambir
Memegang jawatan
28 Jun 2018
(5 tahun, 294 hari)
YDPA
SultanSultan Ibrahim Ismail
Perdana MenteriMahathir Mohamad
Menteri Besar
Didahului olehAsojan Muniandy
Pengerusi
Parti Perikatan Nasional
Memegang jawatan
7 Ogos 2020
(3 tahun, 254 hari)
YDPA
Perdana Menteri
Timbalan Pengerusi
Naib Pengerusi
Didahului olehJawatan Baharu
Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Memegang jawatan
9 September 2016
(7 tahun, 221 hari)
YDPA
Perdana Menteri
Timbalan PresidenAhmad Faizal Azumu
Naib Presiden
Didahului olehJawatan Baharu

Muhyiddin Yassin

محي الدين بن محمد ياسين
Muhyiddin ketika di Kuching, Sarawak
pada 1 April 2021
Perdana Menteri Malaysia
ke-8
Dalam jawatan
1 Mac 2020 – 21 Ogos 2021
(Sementara: 16 Ogos 2021 – 21 Ogos 2021)
YDPAAl-Sultan Abdullah
TimbalanIsmail Sabri Yaakob
Didahului olehMahathir Mohamad
Digantikan olehIsmail Sabri Yaakob
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
ke-10
Dalam jawatan
10 April 2009 – 28 Julai 2015
YDPA
Perdana MenteriMohd Najib Abdul Razak
Didahului olehMohd Najib Abdul Razak
Digantikan olehAhmad Zahid Hamidi
Menteri Dalam Negeri Malaysia
Dalam jawatan
21 Mei 2018 – 24 Februari 2020
YDPA
Perdana MenteriMahathir Mohamad
TimbalanMohd Azis Jamman
Didahului olehAhmad Zahid Hamidi
Digantikan olehHamzah Zainudin
Menteri Pendidikan I
Dalam jawatan
12 Ogos 2013 – 28 Julai 2015
Berkhidmat dengan
Menteri Pendidikan II
Idris Jusoh
YDPAAlmarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Perdana MenteriMohd Najib Abdul Razak
Timbalan IMary Yap Kain Ching
Timbalan IIKamalanathan Panchanathan
Didahului oleh
Digantikan oleh
Menteri Pelajaran[1]
Dalam jawatan
10 April 2009 – 11 Ogos 2013
YDPA
Perdana MenteriMohd Najib Abdul Razak
Timbalan IWee Ka Siong
Timbalan IIMohd Puad Zarkashi
Didahului oleh
Digantikan oleh
Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Dalam jawatan
19 Mac 2008 – 9 April 2009
YDPASultan Mizan Zainal Abidin
Perdana MenteriAbdullah Ahmad Badawi
Timbalan ILiew Vui Keong
Timbalan IIJacob Dungau Sagan
Didahului olehRafidah Aziz
Digantikan oleh
Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani
Dalam jawatan
27 Mac 2004 – 18 Mac 2008
YDPA
Perdana MenteriAbdullah Ahmad Badawi
Timbalan IMohd Shariff Omar
Timbalan II
Didahului olehMohd Effendi Norwawi
Digantikan olehMustapa Mohamed
Menteri
Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna
Dalam jawatan
15 Disember 1999 – 26 Mac 2004
YDPA
Perdana Menteri
TimbalanSubramaniam Sinniah
Didahului olehMegat Junid Megat Ayob
Digantikan olehMohd Shafie Apdal
Menteri Belia dan Sukan
Dalam jawatan
4 Mei 1995 – 14 Disember 1999
YDPA
Perdana MenteriMahathir Mohamad
TimbalanLoke Yuen Yow
Didahului olehAbdul Ghani Othman
Digantikan olehHishammuddin Hussein
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Pagoh
Johor Darul Ta'zim
Dalam jawatan
7 Jun 1995 – 21 Ogos 2021
Penggal Parlimen
YDPA
Perdana Menteri
Didahului olehAhmad Omar
Dalam jawatan
31 Julai 1978 – 19 Julai 1986
Penggal Parlimen
YDPA
Perdana Menteri
Didahului olehSyed Nasir Syed Ismail
Digantikan olehAhmad Omar
Menteri Besar Johor Darul Ta'zim
ke-13
Dalam jawatan
4 Ogos 1986 – 3 Mei 1995
YDPA
Pemangku RajaTunku Ibrahim Ismail
Perdana MenteriMahathir Mohamad
Didahului olehAbdul Ajib Ahmad
Digantikan olehAbdul Ghani Othman
Pengerusi Jawatankuasa
Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan,
Perancangan dan Pembangunan Ekonomi

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor
Dalam jawatan
4 Ogos 1986 – 3 Mei 1995
YDPA
Pemangku RajaTunku Ibrahim Ismail
Perdana MenteriMahathir Mohamad
Didahului olehAbdul Ajib Ahmad
Digantikan olehAbdul Ghani Othman
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Bukit Serampang
Dalam jawatan
4 Ogos 1986 – 24 April 1995
YDPA
Pemangku RajaTunku Ibrahim Ismail
Perdana MenteriMahathir Mohamad
Didahului olehZakaria Salleh
Digantikan olehAhmad Omar
Timbalan Presiden
Pakatan Harapan
Dalam jawatan
13 Julai 2017 – 24 Februari 2020
Berkhidmat dengan
Lim Guan Eng
Mohamad Sabu
YDPA
Perdana Menteri
PengerusiMahathir Mohamad
PresidenWan Azizah Wan Ismail
Naib Presiden
Didahului olehJawatan Baharu
Digantikan olehWilfred Madius Tangau
Timbalan Pengerusi
Barisan Nasional
Dalam jawatan
26 Mac 2009 – 26 Februari 2016
YDPA
Perdana MenteriMohd Najib Abdul Razak
PengerusiMohd Najib Abdul Razak
Naib Pengerusi
Didahului olehMohd Najib Abdul Razak
Digantikan olehAhmad Zahid Hamidi
Timbalan Presiden UMNO
Dalam jawatan
26 Mac 2009 – 26 Februari 2016
YDPA
Perdana MenteriMohd Najib Abdul Razak
PresidenMohd Najib Abdul Razak
Naib Presiden
Didahului olehMohd Najib Abdul Razak
Digantikan olehMohamad Hasan
Butiran peribadi
LahirMahiaddin bin Md Yasin[1]
(1947-05-15)15 Mei 1947
Bandar Maharani
Daerah Muar
Johor Darul Ta'zim
Malayan Union
(kini Malaysia)
Parti politikParti Pribumi Bersatu Malaysia
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Sekutu gabungan
politik lain
Perikatan Nasional
Pakatan Harapan
Barisan Nasional
Parti Perikatan
PasanganNoorainee Abdul Rahman (k. 1972)
Anak-anak
IbuKhadijah Kassim
BapaMohd Yassin Muhammad
Hubungan
Kediaman
PendidikanIjazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi dan Pengajian Melayu
Alma materUniversiti Malaya
PekerjaanAhli Politik
GajiRM104,841.65 sebulan[2]
Nilai bersihRM10 ke 15 juta[2]
KabinetKabinet Malaysia 2020
JawatankuasaJawatankuasa Pemilih
PortfolioPejabat Perdana Menteri Malaysia
AnugerahPanglima Setia Mahkota
Senarai
HobiGolf
Tandatangan
Laman web rasmiParti Pribumi Bersatu Malaysia
 1. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Pelajaran Malaysia sebelum ia bertukar menjadi Menteri Pendidikan I Malaysia. Beliau dibantu oleh Dato' Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Pendidikan II Malaysia.

Yang Berhormat[3][4] Tan Sri Dato' (Dr.) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin (Jawi: محي الدين بن محمد ياسين, IPA: [m̩ʊhʎ̩i̯d̪d̪i̯n ɓi̯n̩ m̩ʊhɑ̯m̩ɱad y̯ɑ̯ssi̯n̩]; dilahirkan pada 15 Mei 1947 sebagai Mahiaddin bin Md Yasin)[5] adalah seorang ahli politik Malaysia dan merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8. Beliau telah dilantik pada 29 Februari 2020 dan mengangkat sumpah jawatan pada 1 Mac 2020 selepas peletakan jawatan yang tidak dijangka oleh Perdana Menteri Malaysia ke-7, Mahathir Mohamad pada 24 Februari 2020. Beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 16 Ogos 2021 selepas kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat Malaysia yang diketuai oleh Ahli Parlimen Bagan Datuk, Ahmad Zahid Hamidi bersama 14 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dan kesemua 115 orang Ahli Parlimen Pembangkang yang terdiri daripada Pakatan Harapan, Parti Warisan Sabah, Parti Pejuang Tanah Air, Parti Sarawak Bersatu, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu dan Bebas dan menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan Malaysia sehingga 21 Ogos 2021, di mana kemudiannya Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 bagi menggantikan beliau. Beliau telah menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri selama 17 bulan, 2 minggu dan 1 hari. Pada 4 September 2021, beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri oleh Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob. Ia diumumkan oleh Setiausaha Jemaah Menteri, Mohd Zuki Ali yang merupakan Ketua Setiausaha Negara.[6]

Selain daripada itu, beliau juga merupakan Ahli Parlimen Pagoh, Ahli Dewan Negeri Johor untuk Gambir, Pengerusi Parti Perikatan Nasional dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Selepas memenangi kerusi Parlimen Pagoh di Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau telah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia. Ketika itu, beliau adalah Timbalan Presiden Pakatan Harapan dari tahun 2017 sehingga tahun 2020 dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Beliau dibesarkan di negeri Johor Darul Ta'zim dan menyertai perkhidmatan awam negeri selepas menamatkan pengajian ijazah pertama dari Universiti Malaya. Kemudian beliau menyertai pelbagai syarikat milik kerajaan negeri dan memegang pelbagai jawatan di peringkat pengurusan dan tertinggi.

Pada 1978, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Pagoh. Selepas tiga tahun dilantik sebagai Ahli Parlimen, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia, seterusnya sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia dan kemudian sebagai Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri I. Sebagai Ahli Dewan Negeri Johor untuk Bukit Serampang, beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Johor untuk dua penggal dari tahun 1986 hingga 1995 lalu.

Beliau kembali ke politik persekutuan pada 1995 dan dilantik ke Kabinet Malaysia sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia selepas Pilihan raya umum Malaysia 1999 dan menjadi Naib Presiden UMNO pada tahun 2000. Di bawah pentadbiran Perdana Menteri ke-5, Abdullah Ahmad Badawi, beliau berkhidmat sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (2004-2008) dan kemudian sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (2008-2009).

Pada Pemilihan Agung UMNO 2009, beliau telah bertanding dan memenangi jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO dan telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pelajaran Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia, Mohd Najib Abdull Razak pada tahun yang sama. Sebagai Menteri Pelajaran Malaysia, beliau mengakhiri penggunaan Bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran dalam dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah awam. Beliau juga mencetuskan kontroversi selepas menggambarkan dirinya sebagai "Malay first" (lit.Melayu dahulu) ketika dicabar oleh pembangkang untuk menyebut dirinya sebagai "Malaysian first" (lit. orang Malaysia dahulu) Semasa penggal pertengahan rombakan Kabinet pada 28 Julai 2015, beliau digugurkan dari senarai Kabinet, menandakan sebagai penyandang pertama yang akan digugurkan oleh Mohd Najib Abdul Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan sebagai Menteri Pendidikan I Malaysia.[7] Jawatan beliau sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional juga telah digugurkan dan digantikan oleh Ahmad Zahid Hamidi. Pada 24 Jun 2016 beliau dipecat daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu selepas menjadi ahli selama 45 tahun dan kehilangan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO.[8]

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Asal[sunting | sunting sumber]

Beliau berasal dari Bandar Maharani, Muar, Johor Darul Ta'zim dan merupakan salah seorang daripada 47 orang anak seorang ulama terkenal di Muar, iaitu Tuan Haji Muhammad Yassin bin Haji Muhammad dan isteri kedua daripada empat orang isteri, iaitu Puan Hajjah Khadijah binti Haji Kassim.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail (sekolah aliran Inggeris) serta Government English School di Muar (sekolah menengah). Beliau kemudian melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya pada tahun 1968 dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi dan Pengajian Melayu (1970).

Semasa di alam pembelajaran di peringkat rendah hingga ke universiti, beliau tidak terkelompok dalam kumpulan pintar atau genius.[9] Beliau adalah seorang siswa biasa tetapi amat tekun dan kuat berusaha.

Beliau sangat berminat membaca dan sering meluangkan waktu dan menghabiskan waktu dengan membaca. Beliau seolah-olah ketagih membaca atau seperti ulat buku meskipun bukan mengenai bidang kursus yang diikutinya. Beliau mempunyai pengetahuan luas[10] tetapi beliau tidak memperlihatkannya dalam tutur kata atau ketika berhujah. Beliau adalah seorang yang pendiam tetapi amat suka mendengar dan memberi tumpuan dalam sesuatu perbincangan. Beliau sentiasa berjaya menyelesaikan sesuatu persoalan dan masalah para sahabat dengan tindakan yang cepat dan kelihatan begitu mudah.[11]

Kerjaya Awal[sunting | sunting sumber]

Sektor Awam[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim (Bahagian Latihan dan Biasiswa) (1970) dan kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar (1974).

Sektor Korporat[sunting | sunting sumber]

Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk berkecimpung dalam dunia korporat. Beliau telah bertugas di beberapa buah anak syarikat pelaburan milik kerajaan negeri Johor Darul Ta'zim, (GLC), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Darul Ta'zim (PKENJ); kini Perbadanan Johor (JCorp). Antara tahun 1974 hingga tahun 1978, Tan Sri Muhyiddin telah memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn Bhd sebagai Pengurus Perjawatan; Pengarah Urusan, Sri Saujana Berhad dan Sergam Berhad serta Pengarah Syarikat, Equity Mal (Johor) Sdn Bhd.

Politik[sunting | sunting sumber]

Penglibatan Muhyiddin dalam politik bermula apabila beliau menyertai UMNO sebagai ahli biasa di bahagian Pagoh pada tahun 1971. Beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO di bahagian Pagoh dan Setiausaha pada tahun 1976. Kemudian beliau menjadi Pemuda Pemuda negeri Johor UMNO sehingga 1987.

Muhyiddin menduduki kerusi Exco dalam pemuda UMNO Malaysia. Pada tahun 1984, Muhyiddin dipilih sebagai Ketua Bahagian Pagoh di Pagoh menggantikan Tan Sri Othman Saat. Pangkat beliau naikk dengan cepat dalam UMNO Johor. Dari menjadi ahli majlis eksekutif negeri sehingga menjadi Ketua Johor UMNO dan kemudian menjadi Menteri Besar Johor.

Muhyiddin bertanding dan dipilih sebagai Ahli Parlimen untuk pilihan raya umum Pagoh 1978 dan mengekalkan kerusi tersebut sehingga 1982. Muhyiddin dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Luar Negeri; kemudiannya beliau dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan dan kemudiannya Kementerian Perdagangan dan Industri. Pada pilihan raya umum 1986, Muhyiddin bertanding dan memenangi kerusi kawasan Bukit Serampang Dewan Negeri Johor, membuka jalan bagi beliau untuk menjadi Menteri Besar Johor pada 13 Ogos 1986.

Tempoh beliau sebagai Menteri Besar bertahan sehingga 6 Mei 1995.

Muhyiddin kembali bertanding dalam kerusi parlimen Pagoh dalam pilihan raya umum Malaysia 1995.

Beliau berkhidmat dengan beberapa jawatan kabinet kerajaan persekutuan sebagai Menteri Belia dan Sukan (1995-1999), Menteri Hal Ehwal Pengguna (1999-2004), Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (2004-2008) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 2008-2009). Beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Malaysia oleh [[Perdana Menteri Malaysia|Perdana Menteri], Najib Razak pada tahun 2009.

Pada tahun 1984, Muhyiddin bertanding di kerusi Dewan Tertinggi UMNO tetapi kalah. Muhyiddin kemudian dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Johor dan seterusnya dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi. Pada November 1990 beliau menjadi calon untuk naib presiden UMNO, tetapi kalah lagi. Muhyiddin cuba lagi pada pilihan raya UMNO November 1993, berjaya kali ini. Tetapi beliau kalah pada pilihan raya 1996 ketika mempertahankan jawatan naib presiden. Akhirnya, dalam pilihan raya pada tahun 2000, beliau sekali lagi memenangi jawatan naib presiden UMNO, kekal dalam jawatan itu sehingga pilihan raya parti Oktober 2008, ketika Muhyiddin berjaya memohon jawatan presiden yang lebih tinggi, yang ditinggalkan kosong sebagai penyandang, Najib Razak (yang menjadi presiden parti selepas persaraan Abdullah Ahmad Badawi), menjadi presiden UMNO.

Timbalan Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Muhyiddin dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 9 April 2009, ketika Najib mengambil alih daripada Abdullah Ahmad Badawi dan melancarkan kabinet pertama Najib.

Menyambung sebagai Menteri Pendidikan, beliau mengumumkan keputusan untuk mengembalikan pengajaran matematik dan sains dalam semua sekolah rendah dan menengah kerajaan.[12]

Muhyiddin memecah kontroversi pada Mac 2010 dengan menyatakan bahawa beliau adalah "Melayu" terlebih dahulu daripada "Malaysian first" (lit. Rakyat Malaysia didahulukan).[13] Beliau juga mengatakan bahawa tidak ada yang salah dengan kaum lain yang melakukan perkara yang sama; sebagai contoh, bangsa Cina boleh menuntut diri mereka sebagai "Cina yang pertama, rakyat Malaysia kedua; dan sama untuk bangsa India. Pada 13 Julai 2010, beliau berkata bahawa sesiapa sahaja bebas untuk membentuk persatuan, termasuk versi Cina atau kaum Cina Perkasa.[14] Perdana Menteri Najib mencantas pertahanan Muhyiddin, menafikan bahawa kenyataannya tidak konsisten dengan konsep "1Malaysia" yang dipromosikan oleh kerajaan.[15]

Semasa rombakan kabinet Najib pada 28 Julai 2015, beliau digugurkan daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pemecatan itu berlaku selepas Muhyiddin telah membuat kenyataan umum dan kritikal mengenai pengendalian Najib terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad. Najib menyatakan pemecatan Muhyiddin, dan pemecatan kontemporari lain-lain Menteri yang kritis terhadap kepimpinannya, adalah untuk mewujudkan lebih banyak "pasukan bersatu".[16] Muhyiddin kekal sebagai timbalan presiden UMNO, tetapi selepas terus mengkritik UMNO, beliau akhirnya dipecat oleh majlis tertinggi parti pada Jun 2016.[8]Muhyiddin kekal tidak bersalah, mengekalkan bahawa beliau tidak pernah mengkhianati parti itu, dan berjanji untuk terus bertahan.[8]

Parti Pribumi Bersatu Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Ogos 2016, Muhyiddin mendaftarkan parti politik baru, yang dipanggil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM atau BERSATU untuk pendek) bersama bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad. Muhyiddin menjadi presiden parti manakala Mahathir dan anaknya Mukhriz masing-masing menjadi pengerusi dan timbalan presiden. Parti baru difokuskan pada bumiputera - Melayu dan Orang Asli - dalam erti kata bahawa keanggotaan penuh hanya terbuka kepada bumiputera. Bangsa lain boleh menyertai parti itu, tetapi tidak dapat mengundi atau bertanding dalam pemilihan parti.[17]

Jawatan Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Zaman Tun Hussein Dato' Seri Onn (1976-1981)[sunting | sunting sumber]

Badan Perundangan 1976-1981[sunting | sunting sumber]

Beliau pertama kalinya telah dipilih menjadi Wakil Rakyat apabila beliau memenangi kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1978. Setelah mendapat kemenangan tersebut, beliau dilantik di dalam Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen Pagoh.

Zaman Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003)[sunting | sunting sumber]

Badan Eksekutif dan Badan Perundangan 1981-2003[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1981, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia[18] oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh berkenaan pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1982 dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia[19] pada tahun yang sama oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Selepas setahun, iaitu pada tahun 1983, beliau telah bertukar portfolio sebagai Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian I Malaysia[20] sehingga tahun 1986.

Beliau telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor Darul Ta'zim[21] selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 1986 apabila memenangi kerusi Dewan Negeri Johor (Dewan Negeri) Bukit Serampang. Beliau menjadi Pengerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim sebagai EXCO Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan dan Perancangan. Sebagai Ahli Dewan Negeri Bukit Serampang, beliau berjaya mempertahankan kerusi Dewan Negeri Bukit Serampang pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1990 dan dilantik sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim untuk penggal kedua. Di bawah kepimpinan beliau, negeri Johor Darul Ta'zim terus berkembang pesat dan menjadi antara negeri yang termaju di Malaysia.

Selepas memenangi kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1995, iaitu pada bulan Mei 1995, beliau telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia.[22] Empat tahun kemudian, beliau dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia mulai bulan Disember 1999[23] setelah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 yang lalu.

Zaman Tun Abdullah Datuk Ahmad Badawi (2004-2008)[sunting | sunting sumber]

Badan Eksekutif dan Badan Perundangan 2003-2008[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Januari 2004, beliau diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi mengetuai Kementerian Pertanian Malaysia berikutan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan.

Setelah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, beliau dilantik semula menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia[24] yang fungsinya ditambah bagi memajukan sektor pertanian dan industri yang berkaitan agar lebih berdaya saing. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memperkasakan bidang pertanian menjadi suatu perniagaan.

Beliau sekali lagi telah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau telah dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.[25] Beliau menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia dalam tempoh yang tidak lama, iaitu selama lebih kurang 1 tahun kerana selepas itu telah diberi peluang untuk naik ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Zaman Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (2009-2015)[sunting | sunting sumber]

Badan Eksekutif dan Badan Perundangan 2009-2015[sunting | sunting sumber]

Pada tanggal 9 April 2009, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah bersetuju untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, berikutan peralihan tampuk kuasa Perdana Menteri Malaysia daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dikekalkan sehingga 5 tahun. Beliau juga telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi I Malaysia[26] dari tahun 2009 hingga tahun 2013.

Semasa menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, beliau telah mendiami Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, iaitu Seri Satria.

Kenderaan rasmi beliau adalah merupakan sebuah kereta Proton Perdana Eksekutif bersaiz limousin yang dikhaskan untuk kegunaan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan bernombor pendaftaran W9M.[27] Selain daripada itu, beliau juga menggunakan sebuah kenderaan peribadi berupa sebuah kenderaan pelbagai guna, Toyota Alphard bernombor pendaftaran JBM2.

Beliau juga telah melancarkan laman sesawang peribadi, MY-Malaysia Diarkibkan 2010-05-04 di Wayback Machine[28] di Angkasapuri pada 30 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berinteraksi bersama rakyat Malaysia.

Beliau telah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2013 yang lalu.

Pada tanggal 15 Mei 2013 di Malaysia, semasa beliau menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-66, beliau sekali lagi telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan sebagai Menteri Pelajaran I Malaysia pada tahun 2013[29] untuk penggal kedua.

Pada 12 Ogos 2013, beliau telah bertukar portfolio daripada menjadi Menteri Pelajaran I Malaysia kepada Menteri Pendidikan I Malaysia.[30]

Pada tanggal 28 Julai 2015, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah membuat satu keputusan mengejut iaitu membuat rombakan besar-besaran ke atas Kabinet Malaysia 2013[31] dengan menggugurkan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kedudukan Tan Sri Muhyiddin digantikan oleh Dato' Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi.[32]

Pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa mempunyai kaitan langsung dengan persoalan yang ditimbulkan oleh beliau berkenaan keputusan Kerajaan Malaysia membekukan penerbitan dua akhbar media perniagaan alternatif di Malaysia The Edge, iaitu The Edge Financial Daily dan The Edge Financial Weekly kerana melaporkan salah laku syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB)[33] dan teguran beliau agar Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak terlibat dalam pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengatakan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Kabinet Malaysia 2015 dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran yang diperlukan oleh Kerajaan Malaysia,[34] walaupun ia merupakan satu tindakan yang sukar demi 'pemantapan dan penyatuan'.[35]

Zaman Tun Dr Mahathir Mohamad (2018-2020)[sunting | sunting sumber]

Badan Eksekutif dan Badan Perundangan 2018-2020[sunting | sunting sumber]

Beliau sekali lagi telah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh dalam gabungan parti politik baharu, Pakatan Harapan setelah disingkirkan dari Barisan Nasional. Kerusi Dewan Negeri Johor bagi Gambir juga turut menangi oleh beliau buat kali yang pertama. Seterusnya, dengan kejayaan tersebut, beliau telah dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia pada 12 Mei 2018 yang lalu.

Pada 21 Mei 2018, beliau telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V[36] di Istana Negara.

Beliau telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negeri Gambir, Johor Darul Ta'zim pada 28 Jun 2018[37] di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negeri Johor Darul Ta'zim, Suhaizan Kayat.

Pada 12 Julai 2018, Setiausaha Akhbar beliau, Hafiz Abdul Halim telah mengeluarkan kenyataan media yang menyatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan peringkat awal di pankreas di sebuah hospital di Singapura dan telah mendapat cuti rehat selama sebulan untuk menjalani rawatan susulan.[38] Disebabkan itu, tugas sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia dijalankan sementara oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau tidak dapat hadir untuk majlis angkat sumpah jawatan sebagai Ahli Parlimen Pagoh yang telah berlangsung pada 16 Julai 2018 di Dewan Rakyat di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dato' Mohamad Ariff Md Yusof.

Perdana Menteri (2020-2021)[sunting | sunting sumber]

Pada 29 Februari 2020, Agong percaya Muhyiddin boleh memberi arahan majoriti Dewan Rakyat, memberi beliau peluang untuk membentuk kerajaan baharu berikutan peletakan jawatan yang tiba-tiba oleh Mahathir Mohammad sebagai Perdana Menteri lima hari sebelum.[39][40] Beliau adalah Perdana Menteri pertama yang mempunyai kedua-dua parlimen dan DUN pada masa yang sama.

Pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan[sunting | sunting sumber]

Semasa pemerintahannya, COVID-19 merebak ke seluruh negara. Sebagai tindak balas, Muhyiddin melaksanakan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) pada 16 Mac 2020 untuk mencegah penyakit itu daripada menjangkiti lebih ramai rakyat Malaysia. PKP bermula di seluruh negara dari 18 Mac dan dilanjutkan secara bersyarat hingga 9 Jun 2020.[41]Sebagai tindak balas terhadap kesan ekonomi COVID-19, dia memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM 250 bilion pada 27 Mac untuk melembutkan tekanan ekonomi semasa PKP.[42]

Pada 1 Mei, sempena Hari Pekerja, Muhyiddin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Sektor ekonomi tertentu dibenarkan beroperasi secara beransur-ansur selagi SOP dipatuhi. Sekatan perjalanan dicabut sebahagiannya untuk membolehkan pelajar yang terdampar tinggal di kampus mereka dan orang yang tersekat di negeri lain untuk kembali ke rumah masing-masing. Sukan, rekreasi, dan perhimpunan besar masih dilarang di bawah PKPB.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Nama sebenar dipertikaikan[sunting | sunting sumber]

Pada bulan April 2021, Mahkamah Shah Alam telah membatalkan perintah penahanan pencegahan yang ditandatangani olehnya selama menjadi Menteri Dalam Negeri kerana beliau menandatangani perintah tersebut dengan menggunakan nama glamornya, Muhyiddin bin Mohd. Yassin bukan miliknya nama sebenar/nama lahir, Mahiaddin bin Md. Yasin.[43][44]

Jasa dan sumbangan[sunting | sunting sumber]

Sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim[sunting | sunting sumber]

Johor Darul Ta'zim mengalami anjakan paradigma ketika Tan Sri Muhyiddin menjadi Menteri Besar dari tahun 1986 sehingga tahun 1995. Kebijaksanaan beliau merancang dan mentadbir telah merancakkan ekonomi Johor Darul Ta'zim dengan pertumbuhan melebihi kadar 9 peratus, iaitu lima tahun berturut-turut. Di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin, negeri Johor Darul Ta'zim mengalami guna tenaga penuh yang hanya dikecapi sebilangan kecil negara di dunia. Kemajuan Johor Darul Ta'zim di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin dikagumi[45] walaupun mencemaskan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew sehingga memaksa dirinya memberi amaran kepada rakyat Singapura supaya berhati-hati kerana jika tidak, Johor Darul Ta'zim akan menandingi Singapura.

Di bawah Tan Sri Muhyiddin juga, sebagai Pengerusi, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Darul Takzim menjadi simbol kejayaan konglomerat Melayu di seluruh negara. Dasar penswastaan negeri Johor Darul Ta'zim memberi faedah kepada semua rakyat kerana wang yang dijimatkan dapat membina banyak kemudahan di seluruh Johor Darul Ta'zim dan mekanisme kejayaan ekonomi Melayu dikongsi menerusi Amanah Saham Johor.

Syiar Islam turut cemerlang di bawah Tan Sri Muhyiddin. Mahkamah Syariah dan kedudukan pegawai-pegawai mahkamah dinaikkan taraf. Masjid lama diperbaiki serta dibesarkan dan masjid-masjid baharu dibina. Tenaga pengajar sekolah-sekolah agama ditambah dengan memperkenalkan Kursus Perguruan Asas Guru Agama Kerajaan Johor Darul Ta'zim.

Ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin, Sijil Syahadah Thanawi, Maahad Johor telah mendapat kembali pengiktirafan dari Universiti Al Azhar, Mesir dan Universiti Islam Madinah, Arab Saudi.

Sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Muhyiddin telah mengkaji Dasar Belia Negara yang telah digubal pada tahun 1985 dan telah digubal menjadi Dasar Pembangunan Belia Negara[46] pada tahun 1997 ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Beliau juga menggerakkan program Rakan Muda yang diasaskan oleh 'Bapa Rakan Muda', Tan Sri Abdul Ghani Othman, dan mendapat sambutan di luar dugaan di mana lebih 500,000 orang belia mendaftar diri dalam enam bulan pertama ia diperkenalkan. Program Rakan Muda adalah program yang melibatkan 10 gaya hidup sihat dan merupakan sebahagian daripada blueprint pembangunan Wawasan 2020.

Tan Sri Muhyiddin yang peka dengan perkembangan sukan telah menggerakkan operasi pembersihan rasuah bolasepak ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Ketegasan Tan Sri Muhyiddin membanteras rasuah telah menyaksikan hampir 100 orang pemain bolasepak ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah serta dikenakan tindakan.

Sentuhan Tan Sri Muhyiddin seterusnya meletakkan Sukan Komanwel 1998[47] sebaris dengan acara sukan peringkat dunia yang lain. Sukan Komanwel 1998 merupakan kejohanan pertama diadakan di benua Asia. Ia berlangsung di Kompleks Sukan Bukit Jalil yang disiapkan khusus untuk Sukan Komanwel 1998. Acara itu juga menyaksikan pencapaian terbaik negara sejak penyertaan pertama tahun 1950-an dengan menggondol 10 emas, 14 perak dan 12 gangsa.

Sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pada tahun pertama mengetuai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDN & HEP), Tan Sri Muhyiddin telah mewujudkan lebih banyak perniagaan baharu sehingga peningkatannya melebihi 36%.

Beliau juga memperkenalkan Skim Penetapan Harga Barang[48] yang dikuatkuasakan pada musim perayaan. Langkah itu telah berjaya memastikan bekalan keperluan sentiasa mencukupi pada harga berpatutan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Tan Sri Muhyiddin juga telah merealisasikan Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) bagi mengawal selia aktiviti perniagaan dan memberi perlindungan kepada para pengguna. Di bawah akta ini wujud Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,[49] di bawah Seksyen 85, Bahagian XII, Akta Perlindungan Pengguna 1999, iaitu sebuah badan bebas yang mempunyai kuasa mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan pengguna yang membuat tuntutan tidak melebihi daripada RM25,000.00 sahaja.

Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia[sunting | sunting sumber]

Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Tan Sri Muhyiddin telah menjenamakan pertanian sebagai sebuah kerjaya yang menguntungkan dan mempelopori Pertanian adalah Perniagaan.[50] Wawasan beliau menjadikan sektor pertanian tidak lagi dipandang rendah, sebaliknya berjaya mengubah minda dan persepsi masyarakat sehingga ramai siswazah dalam pelbagai disiplin serta organisasi korporat begitu berminat menceburi bidang pertanian.

Tan Sri Muhyiddin juga berjaya menghidupkan semula pameran MAHA[51] dengan konsep baharu sehingga mendapat sambutan di luar jangkaan dan menjadi medan perniagaan, pengenalan kepada teknologi pertanian dan maklumat terkini.

Tan Sri Muhyiddin juga turut bertanggungjawab mencetuskan idea dan menggerakkan Konvensyen Pertanian Kebangsaan 2007 bagi mencari dan merumuskan formula untuk memajukan industri pertanian negara.

Taman Pertanian Malaysia juga telah dinaik taraf menjadi Taman Botani Negara Shah Alam di zaman beliau menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Ia menjadikannya sebagai taman agro-pelancongan terbesar di dunia dengan keluasan 813 hektar. Kos sebanyak RM141 juta[52] telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada tahun 2007 yang lalu.

Sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia[sunting | sunting sumber]

Selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Tan Sri Muhyiddin dipertanggungjawabkan untuk mengetuai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (Ministry of International Trade and Industry Malaysia).

Sebaik sahaja memasuki pejabat di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin pantas memperkenalkan cogan 'Think Business' sebagai teras Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Tujuannya supaya para pegawai di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia memahami pemikiran dan bertindak seperti golongan korporat, seterusnya memberi tumpuan untuk mengangkat sektor perdagangan dan perindustrian Malaysia. Walaupun baru setahun di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia telah menampakkan kejayaan dalam memperkemaskan industri dan menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan pelaburan antarabangsa.

Sebagai Menteri Pelajaran Malaysia dan Menteri Pendidikan I Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pemansuhan PPSMI[sunting | sunting sumber]

Beliau telah mengembalikan semula kaedah mengajar matapelajaran Matematik dan Sains yang menggunakan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia di atas permintaan orang ramai di semua sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia.

Sekolah Dalam Hospital[sunting | sunting sumber]

Beliau juga telah melaksanakan Program Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital, hasil cetusan ilham, isteri beliau, Puan Sri Datin Paduka Hajjah Noorainee Abdul Rahman yang juga penaung program dan telah dilaksanakan dengan jayanya hasil daripada kerjasama Yayasan Nurul Yaqeen, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Transformasi memerlukan masa, strategi dan hala tuju jelas. Justeru, tempoh sedekad akan datang ini adalah sangat mencabar kerana kita perlu meletakkan Malaysia sebagai negara maju dan sekali gus juga menukar status sebagai negara pemimpin, bukan lagi negara pengikut, termasuklah dalam soal pendidikan.

- Tan Sri Muhyiddin Yassin, Putrajaya, 1 November 2011

Sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia[sunting | sunting sumber]

Setelah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia, beliau telah mengumumkan komitmen kerajaan bagi menanggani masalah lambakan pendatang asing tanpa izin. Beliau telah mengumumkan bahawa tarikh penamatan Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) adalah pada 30 Jun 2018.

Selain daripada itu, satu program serah diri secara sukarela atau dikenali sebagai Program 3+1 telah diperkenalkan bagi memberi peluang kepada para PATI untuk dihantar pulang ke negara asal mereka.[53]

Sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara (National Disaster Management). Semasa Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bercuti di Amerika Syarikat[54] sambil bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Pulau Hawaii, beliau telah memangku jawatan Perdana Menteri Malaysia dan mengurus dengan baik keperluan mangsa banjir walaupun menghadapi pelbagai cabaran.

Ringkasan Jawatan[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai antara jawatan yang beliau pernah sandang

Papan tanda nama beliau di Kementerian Dalam Negeri Malaysia
  • UMNO
    • Timbalan Presiden UMNO
      • Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan UMNO
      • Pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundangan UMNO
      • Pengerusi Biro Pertanian UMNO
      • Naib Presiden UMNO
        • Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan
        • Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim
        • Ketua UMNO Bahagian Pagoh
          • Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor Darul Ta'zim
            • Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Johor Darul Ta'zim
  • Yayasan Perikatan
    • Penaung
  • Majlis Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) Wilayah Persekutuan
    • Penaung
  • Persatuan Kanak-Kanak Spastik Negeri Johor Darul Ta'zim
  • Yayasan Nurul Yaqeen
    • Pengerusi
  • Persatuan Anak Melayu Johor Darul Ta'zim
    • Penasihat II
  • Menteri Pendidikan Sports and Cultural Association
    • Penaung
  • Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Negeri Johor Darul Ta'zim (JUITA)
    • Penaung
  • Ekspo Inovasi Islam 2014
    • Penaung
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim
    • Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim Bahagian Latihan dan Biasiswa
  • Pejabat Daerah Muar
    • Penolong Pegawai Daerah Muar
  • Sri Saujana Berhad
    • Pengarah Urusan
  • Equity Mal Sdn Bhd
    • Pengarah
  • SGS Ates Sdn Bhd
    • Pengurus Perjawatan

Aktiviti Kemasyarakatan[sunting | sunting sumber]

Selain itu, beliau juga banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Pelbagai jawatan yang beliau pegang, antaranya sebagai Penaung, Pengerusi, Presiden, Yang di-Pertua, Timbalan Pengerusi, Timbalan Presiden dan sebagainya.

Pasukan Pakaian Seragam[sunting | sunting sumber]

Persekutuan Pengakap Malaysia[sunting | sunting sumber]

Beliau juga merupakan mantan Timbalan Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia. Pada 25 April 2009, beliau telah merasmikan Majlis Sambutan 100 tahun Pengakap Malaysia. Hadir sama, Tun Abdullah Datuk Ahmad Badawi.

Beliau adalah penerima Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (BSP I) - Emas dan Pingat Peringatan Sambutan 100 Tahun Pengakap Malaysia.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah mantan Timbalan Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dalam Majlis Presiden. Persatuan ini bergiat cergas dalam memberi khidmat kepada masyarakat. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah perkhidmatan ambulans, pengurusan bencana, latihan dan pembangunan serta perkhidmatan kesihatan dan komuniti.

Sukan[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Muhyiddin Charity Golf Foundation (Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin)[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Muhyiddin Charity Golf (Golf Amal Tan Sri Muhyiddin)[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga merupakan pengasas TSM Charity Golf yang ditubuhkan dalam tahun 2002. Ia merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bermatlamat untuk membentuk masyarakat penyayang melalui sumbangan kebajikan dan derma dari sukan golf. TSM Charity Golf telah sedikit sebanyak mengubah persepsi masyarakat kepada sukan golf. Jika sebelum ini golf dianggap sukan untuk golongan elit, Tan Sri Muhyiddin melalui TSM Charity Golf telah mengubah persepsi ini dengan menjadikan golf sebagai satu wadah untuk membuat kebajikan dan menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

Banyak pertandingan Golf Amal telah dibuat di Australia, New Zealand dan Indonesia. Melalui pertandingan amal ini, kutipan yang dibuat disumbangkan kepada badan-badan kebajikan pelajar di negara-negara tersebut. Sumbangan ini seterusnya digunakan untuk pelbagai aktiviti kebajikan pelajar dan rakyat Malaysia. Selain itu, ia juga sumbangkan kepada mereka yang didalam kesusahan dan mereka yang terlibat dalam pelbagai bencana alam.

Di dalam konteks sukan, Tan Sri Muhyiddin melalui TSM Charity Golf juga cuba untuk membangunkan aktiviti golf di Malaysia. Pada tahun 2006, TSM Charity Golf dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah menganjurkan pertandingan "TSM Golf Challenge[56] - In Search of Malaysian Tiger", dalam usaha untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan golf di Malaysia.

Penubuhan TSM Charity Dialysis Centre adalah bertujuan untuk membantu orang ramai yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan Dialisis secara percuma. Ia terletak di alamat 88 Lorong Titiwangsa 7 Taman Tasik Titiwangsa 53200 Kuala Lumpur. Ia telah dibuka kepada awam sejak bulan April 2013 lagi.

Tapak utama TSM Charity Dialysis Centre telah dibina dengan kos permulaan sebanyak RM2.5 juta dan memerlukan elaun tambahan sebanyak RM980,000.00 setahun untuk perbelanjaan operasi dan penyelenggaraan.

Pusat dialisis dibuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 12 tahun ke atas dan perlu ditemuduga oleh Badan Pemilih sebelum layak untuk mendapatkan rawatan. Mereka juga perlu bebas daripada wabak Hepatitis A, Hepatitis B dan Hepatitis C dan juga bebas dari wabak HIV.

Royal Johor Country Club[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah dilantik menjadi Yang diPertua dan Presiden Royal Johor Country Club. Ia merupakan sebuah kelab golf yang terkenal di Johor Bahru. Kini ia telah bertukar nama kepada Johor Golf and Country Club.

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor Darul Ta'zim[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dilantik sebagai Presiden, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor Darul Ta'zim (1986-1995). Banyak kejayaan yang telah dicapai oleh pasukan negeri semasa beliau memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor Darul Ta'zim.

Pencapaian pasukan bolasepak negeri Johor Darul Ta'zim dari tahun 1986 hingga 1995

Piala Tempatan[sunting | sunting sumber]
Piala Antarabangsa[sunting | sunting sumber]
Liga Tempatan[sunting | sunting sumber]

Kebajikan[sunting | sunting sumber]

Persatuan Kanak-Kanak Spastik Negeri Johor Darul Ta'zim[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah Presiden Persatuan Kanak-Kanak Spastik Negeri Johor Darul Ta'zim selama 10 tahun (1986-1996). Pada bulan Mac 1987, beliau telah meletakkan batu asas bagi membina bangunan baharu untuk Persatuan Kanak-Kanak Spastik Negeri Johor Darul Ta'zim.[57]

Kemasyarakatan[sunting | sunting sumber]

Persatuan Anak Melayu Johor Darul Ta'zim[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah Penasihat II[58] Persatuan Anak Melayu Johor Darul Ta'zim. Persatuan ini berperanan menjaga kebajikan para ahlinya yang berasal dari Johor Darul Ta'zim yang tinggal di Wilayah Persekutuan dan Selangor Darul Ehsan.

Pembangunan Insan[sunting | sunting sumber]

Yayasan Nurul Yaqeen[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Muhyiddin juga merupakan Pengerusi Yayasan Nurul Yaqeen sejak 12 Mac 1991.

Yayasan ini berperanan untuk

  1. Menganjur dan mengendalikan persidangan, seminar serta bengkel bagi meningkatkan perkembangan minda generasi Malaysia yang cemerlang serta mengeratkan silaturrahim dan menggalakkan integrasi di semua peringkat.
  2. Melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunan kepimpinan dan kemasyarakatan seperti ceramah motivasi, keibubapaan, kaunseling, pembangunan kapasiti wanita dan gejala sosial serta pelbagai bidang yang berkaitan.
  3. Wadah pengumpul para cendekiawan untuk berbincang dan melahirkan idea yang konstruktif, kreatif serta kritikal yang dapat menjadi panduan dalam menangani isu dan masalah ekonomi, politik dan sosial.
  4. Melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk membantu meningkatkan pembangunan ekonomi Bumiputera khususnya dalam bidang keusahawanan dan pertanian.
  5. Menjalankan penyelidikan saintifik berkaitan dengan pembangunan ekonomi, sosial dan budaya yang berhubung rapat dengan pembangunan negara.

Anugerah Tesis Terbaik YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin[59][60] (2009-2010) yang dianjurkan oleh Yayasan Nurul Yaqeen dengan kerjasama Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM) itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada penghasilan tesis bermutu tinggi bagi mengiktiraf tesis-tesis terbaik berkaitan Islam dalam pelbagai bidang. Pencalonan adalah dari kalangan para siswazah lulusan Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.[61]

Garis Masa[sunting | sunting sumber]

Keputusan Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Pagoh[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah keputusan Pilihanraya Umum Malaysia yang beliau pernah bertanding bagi Parlimen Pagoh.

Parlimen > Pagoh > Johor Darul Ta'zim
Tahun Parlimen Kerajaan Undian Peratus Pembangkang Undian Peratus Jumlah Mengundi Majoriti Peratus Mengundi
1978 P104
Pagoh

Tan Sri Muhyiddin Yassin
(BN)
(UMNO)
20,128 76.52%

Abdul Wahab Abdul Rahman
(PAS)

3,260 12.39% 26,302 15,610 88.92%
1982 19,035 83.01%

Sumadi Ahmad
(PAS)

2,652 11.57% 22,921 16,383 74.86%
1995 P127
Pagoh
21,856 83.70%

Rosdan Taha Dato' Abdul Rahman
(GR) & (APU)
(Semangat 46)

4,257 16.30% 27,492 17,599 70.68%
1999 20,132 73.35%

Elias @ Alias Haji Shamsir
(BA)
(PKR)

7,282 26.53% 28,327 12,850 71.19%
2004 P143
Pagoh
23,679 82.64%

Mohamed Awang
(BA)
(PAS)

4,932 17.21% 29,534 18,747 65.43%
2008 21,028 71.22%

Mohamad Rozali Jamil
(PR)
(PAS)

8,447 28.61% 30,313 12,581 75.70%
2013 26,274 66.01% 13,432 33.75% 40,612 12,842 86.79%
2018
Tan Sri Muhyiddin Yassin
(PH)
(PKR)
(BERSATU)
23,558 55.21%

Haji Ismail Mohamed
(BN)
(UMNO)

16,631 38.97% 42,672 6,927 82.83%

Ahmad Nawfal
Dato' Dr Mahfodz

(GS)
(PAS)

2,483 5.82%

Beliau telah menggunakan logo dari Parti Keadilan Rakyat bagi mewakili Pakatan Harapan kerana Pakatan Harapan tidak dapat didaftarkan sebagai parti politik yang sah berikutan masalah dalam perjalanan parti beliau, Parti Pribumi Bersatu Malaysia seperti yang didakwa oleh Pendaftar Pertubuhan. Namun, setelah membentuk kerajaan, Pakatan Harapan telah disahkan pendaftaran sebagai sebuah parti politik.

Dewan Negeri Bukit Serampang[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah keputusan Pilihanraya Umum Malaysia yang beliau pernah bertanding bagi Dewan Negeri Bukit Serampang.

Dewan Negeri > Bukit Serampang > Johor Darul Ta'zim
Tahun Dewan Negeri Kerajaan Undian Peratus Pembangkang Undian Peratus Jumlah Mengundi Majoriti Peratus Mengundi
1986 N05

Bukit Serampang


Tan Sri Muhyiddin Yassin
(BN)
(UMNO)
Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada Menang Tanpa Bertanding Tiada
1990 9,260 80.52%
Haji Omar Lambak
(GR) & (APU)
(Semangat 46)
2,240 19.48% 11,911 7,020 76.31

Dewan Negeri Gambir[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah keputusan Pilihanraya Umum Malaysia yang beliau pernah bertanding bagi Dewan Negeri Gambir.

Dewan Negeri > Gambir > Johor Darul Ta'zim
Tahun Dewan Negeri Kerajaan Undian Peratus Pembangkang Undian Peratus Jumlah Mengundi Majoriti Peratus Mengundi
2018 N09

Gambir


Tan Sri Muhyiddin Yassin
(PH)
(PKR)
(BERSATU)
10,280 53.33%
Datuk Asojan Muniandy
(BN)
(MIC)
7,192 37.31% 19,278 3,088 84.83%

Dato' Dr Mahfodz Mohamed
(GS)
(PAS)
1,806 5.63%

Anugerah dan Darjah Kebesaran[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jangan cetak nama saya sebagai 'Mahiaddin' - Tan Sri Muhyiddin Yassin, Astro Awani, dicapai pada 18 Jun 2018
  2. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  3. ^ "Panggilan Yang Berhormat dikhaskan untuk penerima gelaran Dato' yang dianugerahkan oleh Sultan Johor Darul Ta'zim". Ibnu Rusydi. Dicapai pada 2 November 2016.
  4. ^ Syarat ketat anugerah Datuk Johor, Utusan Online, dicapai pada 20 Disember 2016
  5. ^ Jangan cetak nama saya sebagai 'Mahiaddin' - Tan Sri Muhyiddin Yassin, Astro Awani, dicapai pada 18 Jun 2018
  6. ^ Muhyiddin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Malaysiakini, dicapai pada 4 September 2021
  7. ^ Beliau telah digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, oleh Perdana Menteri Malaysia, Mohd Najib Abdul Razak dengan tuntutan bahawa ia adalah keputusan yang sangat sukar.
  8. ^ a b c "UMNO sacks former Malaysian DPM Muhyiddin Yassin and Mukhriz Mahathir". Channel NewsAsia. 24 Jun 2016. Dicapai pada 27 Jun 2016.
  9. ^ Beliau seorang yang siswa yang tidak terkelompok dalam kalangan "genius", dicapai pada 2 November 2016
  10. ^ Sifat suka membaca beliau menjadikan beliau seorang yang mempunyai pengetahuan luas, dicapai pada 2 November 2016
  11. ^ Beliau seorang yang pendiam dan pendengar yang baik, dicapai pada 2 November 2016
  12. ^ "Muhyiddin defends PPSMI decision" Diarkibkan 25 Ogos 2009 di Wayback Machine, The Malaysian Insider, 21 July 2009.
  13. ^ Muhyiddin: I'm Malay first di YouTube 31 March 2010
  14. ^ "Muhyiddin: All can form own 'Perkasa'". themalaysianinsider.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Julai 2010.
  15. ^ "PM defends Muhyiddin’s ‘Malay first’ statement" Diarkibkan 20 Jun 2010 di Wayback Machine, The Star, 2 April 2010.
  16. ^ "1MDB scandal: Malaysia PM Najib Razak sacks deputy, attorney-general as corruption allegations mount". ABC News (Australia). 29 July 2015. Dicapai pada 31 July 2015.
  17. ^ "Muhyiddin registers Mahathir's new party". Strait Times. 10 August 2016. Dicapai pada 27 September 2016.
  18. ^ Senarai bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia Diarkibkan 2017-01-02 di Wayback Machine, Kementerian Luar Negeri Malaysia, dicapai pada 2 Januari 2017
  19. ^ Ahli Dewan Rakyat 14061982, Dewan Rakyat Malaysia, dicapai pada 2 Januari 2017
  20. ^ (Melayu) (Inggeris) Senarai Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, dicapai pada 2 Januari 2017
  21. ^ Bibliografi Menteri Besar Johor Darul Ta'zim Diarkibkan 2017-01-03 di Wayback Machine, Kerajaan Johor Darul Ta'zim, dicapai pada 2 Januari 2017
  22. ^ Ahli Dewan Rakyat 07061995, Dewan Rakyat Malaysia, dicapai pada 2 Januari 2017
  23. ^ Ahli Dewan Rakyat 23121999, Dewan Rakyat Malaysia, dicapai pada 2 Januari 2017
  24. ^ Ahli Dewan Rakyat17052004, Dewan Rakyat Malaysia, dicapai pada 2 Januari 2017
  25. ^ Senarai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, dicapai pada 2 Januari 2017
  26. ^ Senarai Menteri Pelajaran[pautan mati kekal], Kementerian Pelajaran Malaysia, dicapai pada 2 Januari 2017
  27. ^ Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Bunga Raya bagi menghadiri Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Astro Awani, Dicapai pada 16 Oktober 2017
  28. ^ Tan Sri Muhyiddin lancar laman sesawang rasmi MY-Malaysia Diarkibkan 2017-10-13 di Wayback Machine, Utusan Online, dicapai pada 13 Oktober 2017
  29. ^ Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan Kabinet Malaysia 2013, Berita Harian Online, dicapai pada 13 Disember 2016
  30. ^ Senarai Menteri Pendidikan[pautan mati kekal], Kementerian Pendidikan Malaysia, dicapai pada 2 Januari 2017
  31. ^ Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan Kabinet Malaysia 2015 yang telah menggugurkan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan digantikan oleh Dato' Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi, Berita Harian Online, dicapai pada 12 Disember 2016
  32. ^ Harian, W. (2015) Tan Sri Muhyiddin digugurkan dari Kabinet Najib. Sinar Harian, dicapai pada 28 Julai 2015
  33. ^ (Inggeris) Ng, J. (2015) Malaysia’s Najib Razak Fires Deputy Prime Minister in 1MDB Rift. Wall Street Journal, dicapai pada 12 Ogos 2015
  34. ^ Tan Sri Muhyiddin digugur, Ahmad Zahid dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Astro Awani, dicapai pada 13 Disember 2016
  35. ^ (Inggeris) Ng, J. (2015) 5 Things to Know About Probes of Malaysia’s 1MDB Fund. Wall Street Journal, dicapai pada 2 Ogos 2015
  36. ^ Turut mengangkat sumpah tiga menteri kanan iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad, Utusan Online; dicapai pada 4 Jun 2018
  37. ^ 56 ADUN Johor angkat sumpah jawatan, Astro Awani, dicapai pada 17 Julai 2018
  38. ^ Tan Sri Muhyiddin selamat dibedah, bercuti sebulan, Astro Awani, dicapai pada 18 Julai 2018
  39. ^ "Malaysian king chooses Muhyiddin Yassin over Mahathir to be prime minister". South China Morning Post. 29 February 2020.
  40. ^ "Malaysia's Premier, Mahathir Mohamad, 94, Is Out. Or So It Seems". The New York Times. 29 February 2020.
  41. ^ Hassan, Hazlin (16 March 2020). "Malaysia bans travel abroad, shuts schools and businesses over coronavirus spread; lockdown till March 31". The Straits Times. Singapore. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2020. Dicapai pada 22 May 2020.
  42. ^ "Muhyiddin unveils RM250bil economic stimulus package". The Star. Kuala Lumpur. 27 March 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 May 2020. Dicapai pada 22 May 2020.
  43. ^ "'Muhyiddin Or Mahiaddin?' Shah Alam Court Rules Out Order Made By PM Because He Didn't Use His Real Name". The Rakyat Post. Dicapai pada 8 April 2021.
  44. ^ "Report: Sabahan walks free after High Court revokes detention order signed by PM with 'glamour name'". Malay Mail. Dicapai pada 8 April 2021.
  45. ^ Ketokohan Tan Sri Muhyiddin dikagumi Singapura, Utusan Melayu, Zabha, 8 Disember 1988, dicapai pada 3 Disember 2016
  46. ^ Dasar Pembangunan Belia Negara Diarkibkan 2016-12-03 di Wayback Machine, dicapai pada 3 Disember 2016
  47. ^ Menjelang 100 hari Sukan Komanwel - Cabaran besar negara Diarkibkan 2016-11-18 di Wayback Machine, Utusan Online dicapai pada 17 November 2016
  48. ^ Skim Kawalan Harga Barang-Barang Pengguna Tahun 2005/2006 Diarkibkan 2016-12-02 di Wayback Machine Institut Kefahaman Islam Malaysia, dicapai pada 2 Disember 2016
  49. ^ Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia Diarkibkan 2016-08-12 di Wayback Machine, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, dicapai pada 3 Disember 2016
  50. ^ Sektor pertanian akan terus diperkasa - Tan Sri Muhyiddin, Berita Harian, Dicapai pada 16 Oktober 2017
  51. ^ MAHA lonjakkan sektor pertanian Diarkibkan 2017-10-13 di Wayback Machine, Utusan Online, dicapai pada 13 Oktober 2017
  52. ^ RM141 juta bina Taman Botani Negara Diarkibkan 2017-01-04 di Wayback Machine, Utusan Online, dicapai pada 4 Januari 2017
  53. ^ Program Rehiring PATI ditamatkan 30 Jun, Sinar Harian, dicapai pada 18 Jun 2018
  54. ^ Urusan banjir tanggungjawab saya – Tan Sri Muhyiddin Diarkibkan 2016-11-15 di Wayback Machine Utusan Online, dicapai pada 14 November 2016
  55. ^ Pengarah pilihanraya sebanyak 18 kali, Sinar Harian, dicapai pada 6 Disember 2016
  56. ^ (Inggeris) TSM Golf Challenge, TSMCGF, dicapai pada 5 Januari 2017
  57. ^ Majlis meletak batu asas bangunan baharu Persatuan Kanak-Kanak Spastik Negeri Johor Darul Ta'zim, dicapai pada 16 November 2016
  58. ^ Penasihat II Persatuan Anak Melayu Johor Diarkibkan 2018-11-15 di Wayback Machine, dicapai pada 18 November 2016
  59. ^ Dr. Fadzila raih Anugerah Tesis Terbaik Tan Sri Muhyiddin 2009 Diarkibkan 2018-07-24 di Wayback Machine, Utusan Malaysia, dicapai pada 24 Julai 2018
  60. ^ Dr. Kamarul Shukri terima Anugerah Tesis Terbaik YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin 2010, Universiti Sultan Zainal Abidin, dicapai pada 24 Julai 2018
  61. ^ Mencari tesis ilmiah terbaik. Utusan Online. 15 Ogos 2010
  62. ^ a b "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2020-03-01.
  63. ^ "Muhyiddin heads list of Kedah state award recipients". Bernama. Malay Mail. 19 January 2014. Dicapai pada 12 October 2019.
  64. ^ "Sultan of Perak 82nd birthday honours list". The Star Online. 21 April 2010. Dicapai pada 12 October 2019.
  65. ^ "Five royals on Negri Sembilan honours list". The Star Online. 14 January 2010. Dicapai pada 12 October 2019.
  66. ^ "DPM heads Sabah TYT honours list". The Star Online. 3 October 2010. Dicapai pada 12 October 2019.
  67. ^ "Muhyiddin heads Sabah honours list". The Borneo Post. 3 October 2010. Dicapai pada 12 October 2019.
  68. ^ "Muhyiddin heads list of 566 Melaka award recipients". Bernama. 11 October 2019. Dicapai pada 12 October 2019.
  69. ^ "Sarawak Honours List 2008". The Star Online. 5 November 2008. Dicapai pada 12 October 2019.
  70. ^ "TPM terima Bintang Kenyalang Sarawak" (dalam bahasa Malay). Malaysiakini. 13 February 2010. Dicapai pada 12 October 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kategori berkenaan Hasrolhashim/Kotak pasir di Wikimedia Commons Petikan kata berkenaan Hasrolhashim/Kotak pasir di Wikiquote